Bersempena sambutan hari raya Aidilfitri baru-baru ini, sebuah gereja Katolik di Sabah dilaporkan memainkan lagu raya.
Sebuah video berdurasi 27 saat rancak ditularkan di media sosial yang menunjukkan kugiran di gereja itu memainkan instrumental lagu bertajuk Suasana Hari Raya. Hampir ditonton 70 ribu kali, tindakan muhibah gereja itu sekaligus mendapat pujian dan juga tanda hormat dari kalangan netizen. Loading FB Post... Rata-rata mereka berasa kagum dan juga senang dengan sikap 1 Malaysia yang ditunjukkan.
"Inilah baru Sabah Berneo! Respek each other!" "Seronoknya kalau mereka buat di Semenanjung. Boleh sambut raya bersama-sama." Netizen juga menyelar mereka yang cuba memainkan isu perkauman dan agama menerusi video tersebut. "Nanti adalah yang viral 'menyalahgunakan lagu'." Dalam pada itu memetik laman Sayang Sabah, persembahan itu dilakukan di Pusat Suci Holy Family Nulu Sosopon. Menurut ketua koir, Harry Wong berkata lagu tersebut dimainkan untuk menunjukkan perpaduan dalam menyebarakan rasa sayang ketika musim perayaan ini. “Sekarang adalah Hari Raya dan kami mahu sama meraikannya dan pada masa yang sama kami mahu menunjukkan bahawa tidak salah untuk memainkan lagu Hari Raya di sebuah gereja bagi menandakan perayaan itu,” katanya, seperti yang dipetik The Star. Tambahnya, dia berasa terkejut video tersebut menjadi tular kerana kugiran gerejanya sememangnya turut memainkan lagu perayaan lain termasuk Tahun Baru Cina. - CARI |
21
Bagus |
25
Marah |
20
Terkejut |
21
Sedih |
19
Lawak |
25
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT