Menjelang bulan Syawal, kita dapat lihat aneka rekaan baju raya digayakan orang ramai menerusi perkongsian gambar mereka di media sosial. Dan hari ini, orang ramai lebih memilih rekaan pakaian labuh yang menampakkan susuk tubuh dengan potongan kembang di bahagian bawah ala ikan duyung. Pasti menawan apabila si pemakai mengenakannya!
Namun, apa akan terjadi sekiranya 'kaum Adam' yang memakai jubah seperti dress itu? Memetik mStar Online, seorang lelaki menggayakan jubah berkenaan dengan 'pose' melentik yang kononnya nampak menggoda. Beberapa gambar yang kini tular di media sosial itu memaparkan lelaki berkenaan menggayakan jubah dengan potongan ikan duyung berwarna merah jambu terang dan kuning dengan 'beraninya' tanpa rasa malu.
Mungkin dia menyangka akan mendapat pujian ramai, namun sebaliknya kecaman daripada netizen yang diterimanya. "Hakikatnya jubah tidak mempunyai potongan sama ada ia untuk lelaki mahupun wanita. “Ini jubah atau dress perempuan. Tak perlulah pelik sangat. Gelilah! “Ini bukan jubah. Siapalah pereka ini. Agak-agaklah, memalukan saja. Pakaian ini lebih kepada kaum Hawa. "Rela pakai baju ‘pagoda’ dan berkain pelikat daripada memakai jubah ini," antara komen netizen. - CARI |
6
Bagus |
16
Marah |
10
Terkejut |
10
Sedih |
13
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
insulin replied at 29-6-2017 01:39 PM
Hmmm..... Tak nampak sesuai untuk dipakai oleh orang lelaki...
EJALTI replied at 29-6-2017 01:11 PM
Siap ada tetek lagik dgn berjubah bagai...
ADVERTISEMENT