Wah, nampaknya sejak kebelakangan ini terdapat beberapa orang dalam kalangan bukan artis yang didedahkan memiliki rupa paras persis artis terkenal.
Selepas Fazura, Mira Filzah dan juga Redza Rosli dikatakan menemui 'kembar' mereka, terbaru seorang pembaca berita di TV1 dikatakan mirip sangat dengan Datuk Siti Nurhaliza. Gambarnya sedang membaca berita menjadi tular beberapa hari lepas selepas netizen tertarik dengan persamaan antara pembaca berita ini, Normazalina Mohd Nor, 33 dengan Tok Ti. "Terkejut dan tidak sangka pula apabila ada kawan-kawan memberitahu tentang perkara ini menjadi viral dan komen tentang wajah seiras dengan Siti Nurhaliza. "Pada saya tidaklah sama, mungkin teknik solekan sahaja, maklumlah, jurusolek selalu ada sahaja idea untuk solek saya seperti wajah siapa. Jadi semalam mereka kata nak buat seperti wajah Tok Ti, itu yang nampak seiras," katanya kepada mStar Online.
Normazalina berkata, dia memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran pada 2009 dan mula membaca berita pada tahun 2010. Namun, kini dia sudah mempunyai kerjaya lain sebagai Setiausaha Sulit Kanan, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat. "Biarpun sudah berhenti sebagai wartawan penyiaran, namun saya masih lagi membaca berita secara sambilan di RTM pada hujung minggu," katanya lagi. - CARI |
31
Bagus |
17
Marah |
16
Terkejut |
13
Sedih |
9
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
miemiecha replied at 3-7-2017 11:08 AM
seklai imbas nmpk cam tokti.. pastu berimbas2, malas nk tgk dah.. hahahahha
ezacbee replied at 3-7-2017 11:09 AM
Tak boleh blah ayat ko
terpaku replied at 3-7-2017 11:03 AM
sebiji macam nour eriqa.......... 13 tahun yang lalu
saladin780 replied at 3-7-2017 11:50 AM
samalah jugak..macam siti yg telah dikurangkan jisimnya sebanyak 25%
ADVERTISEMENT