CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tuduhan Mencuri, Bekas Pembantu Rumah Aliff Syukri Mengaku Tidak Bersalah

5-7-2017 05:26 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4578| Komen: 13


sumber : Harian Metro


Bekas pembantu rumah pengasas produk D'Herbs, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman didakwa di Mahkamah Majistret Selayang atas tuduhan mencuri tiga utas gelang tangan berjumlah lebih RM1,500 milik isteri jutawan terkenal itu, bulan lepas.

Memetik laporan Harian Metro, tertuduh yang juga seorang warga Indonesia dikenali sebagai Sundari mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Nurul Izzah Hasan Basri.

Berdasarkan pertuduhan, Sundari didakwa mencuri tiga utas gelang emas berjumlah RM1,509.14 milik Datin Nur Shahida Mohd Rashid di sebuah rumah di Kampung Damai, Kuang pada 4 pagi, 18 Jun lepas.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.


Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul 'Ain Shafie tidak menawarkan sebarang jaminan kerana tertuduh adalah warga asing.  Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 19 Julai ini untuk sebutan semula kes.

Pada 20 Jun lepas, media melaporkan jutawan kosmetik itu mengamuk apabila dia mendapat tahu beberapa pembantu rumahnya membuat pakatan mencuri wang dan barang berharga miliknya bernilai RM100,000.

Kes itu menjadi viral selepas Aliff Syukri memuat naik lima video menunjukkan tindakannya menyoal siasat pembantu rumah selain rakaman beliau mengheret wanita itu ke Balai Polis Sungai Buloh.- CARI

13

Bagus
21

Marah
18

Terkejut
9

Sedih
12

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (84 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 5-7-2017 05:27 PM
jahat lah bibik nih
Quote eLiaD 5-7-2017 05:58 PM
kata ade bideo masa bibik ni mencuri pun x ngaku lagi
Quote Pink_Purple 5-7-2017 06:15 PM
dah masuk mahkamah dah,

ok la bibik, dok free, xpayah keje
Quote CiliPadiSedap 5-7-2017 06:49 PM

eleh tak mampu lah tu nak hire bibik. sebab tu bibik gigih tak mencuri burung hantu..
Quote Tehtarik2017 5-7-2017 09:04 PM
Sian pulak nengok videonya masa kena marah
Quote rayray28 5-7-2017 09:10 PM
Tak kan 3 gelang tu nilainya seribu lebih je?halus naw2 ke? Mcm x logik lak nilai gelang tu..iols punya halus je seutas pn dh lebih dr nilai dia tu..
Quote hackermelayu 6-7-2017 12:40 AM
Cobaan Dan dugaan
Quote hackermelayu 6-7-2017 12:41 AM
Dengar cerita Dato Aliff Syukri nak sponsor buat filem berdasarkan kisah benar Aman Shah hacker bank tu
Quote Bipolajourney 6-7-2017 07:01 AM
Pakai baju sama hari kena tangkap hari tu

Ala depot tahanan warga asing milik imigresen. Mereput ko spender dan baju 2 minggu tak salin. Sis pernah ke Depot masa pekerja yindia kawan sis kena tahan.
Quote haryatie 6-7-2017 07:23 AM
cissss..x mengaku pulak
Quote kentel 6-7-2017 07:59 AM
ko tak malu ke bukak tered yang sama??? sia2 kalau gaji dibayar tp buat keje bodoh!!

https://mforum.cari.com.my/forum ... ead&tid=1049822
Quote qistiena 6-7-2017 09:52 AM
nie baru sorang...
ade lagi yg akan didakwa ke...
Quote Rainsack 28-9-2017 06:40 AM
Adoiiiiiiiiiijii

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:58 AM GMT+8 , Processed in 0.042760 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top