Malam kelmarin kira-kira jam lapan malam, berlaku satu pembunuhan kejam di Melaka apabila seorang pesara tentera ditemui maut akibat ditetak secara hidup-hidup! Memetik laporan Harian Metro, seorang penyamun bersenjata parang terjah masuk ke sebuah rumah di Taman Bukit Terendak, Sungai Udang, Melaka dan bertindak kejam menetak seorang pesara tentera yang berusia 60 tahun yang dikenali Abdul Rahman Pileh. Akibatnya beberapa bahagian badannya mengalami kecederaan yang serious dan mati di dalam ruang tamu rumahnya. Manakala, Isterinya Sabturiah Lakidau yang berusia 59 tahun, parah dipercayai ditumbuk pada mulut, bawah dagu dan leher selain pergelangan tangan dikelar.
Menurut jiran sebelah rumah mangsa mendengar jeritan minta tolong daripada Sabturiah, sebelum keluar mendapati wanita itu terduduk di longkang hadapan rumahnya. "Dia beritahu ada orang masuk rumah bersenjata parang. Saya terus layan dia bercakap kerana bimbang dia pengsan akibat kehilangan banyak darah." "Dia minta saya dan jiran lain tengokkan suaminya dalam rumah, tapi kami semua perempuan, bimbang penjenayah masih berada dalam rumah." Sejurus terima panggilan dari jiran mangsa, polis segera bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan sambil membawa mangsa yang cedera parah itu ke hospital untuk rawatan lanjut. Siasatan awal mendapati penyamun adalah seorang anggota temtera, namun pihak polis masih tidak mengetahui motif sebenarnya suspek bertindak menetak mangsa sehingga mati di lokasi kejadian.- CARI
|
6
Bagus |
8
Marah |
1
Terkejut |
4
Sedih |
5
Lawak |
1
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Ipo replied at 15-7-2017 04:51 PM
mesti ada motif lain..
ngerinya...
dua tahun aku duduk taman ni dulu, aman2 je masa tu..
CiliPadiSedap replied at 15-7-2017 05:03 PM
org melaka ke? tak nampak muka melaka pun. selalu je akak lalu terendak (mrsm terendak)
CiliPadiSedap replied at 15-7-2017 05:03 PM
org melaka ke? tak nampak muka melaka pun. selalu je akak lalu terendak (mrsm terendak)
ADVERTISEMENT