Tahniah buat Atlet terjun negara, Cheong Jun Hoong kerana telah mencipta kejayaan yang luar biasa dengan meraih pingat emas dalam acara 10m platform wanita pada Kejohanan Akuatik Dunia FINA 2017 di Budapest, Hungary, awal pagi tadi. Memetik laporan The Star, kejayaan itu sekali gus menjadi sejarah baru buat Malaysia dalam acara tersebut. Lebih mengejutkan, atlet berusia 27 tahun itu menewaskan atlet dari China yang juga peserta pilihan kejohanan. Jun Hoong meraih 397.5 mata mendahului dua wakil China iaitu Si Yajie di tempat kedua (396 mata) dan Ren Qian ketiga (391.95 mata). Sementara itu, Facebook kejohanan tersebut dalam satu kenyataan berkata, kejayaan Jun Hoong satu kejutan besar dengan mengalahkan atlet China.
"Kita boleh jangka Malaysia menaiki podium seperti dilakukan Pandelela Rinong pada tahun 2015 di Kazan dengan meraih pingat gangsa." "Tetapi malam ini, rakan senegaranya meraih emas buat julung kalinya untuk Malaysia," kata kenyataan itu. Sementara itu, nasib tidak menyebelahi Pandelela bagi acara itu selepas berada pada kedudukan kesembilan. Terdahulu, gandingan Jun Hoong dan Pandelela berjaya meraih pingat gangsa dalam acara 10m platform seirama pada kejohanan sama pada 17 Julai lalu.- CARI |
29
Bagus |
15
Marah |
20
Terkejut |
19
Sedih |
14
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT