Nak tahu apa masalah terbesar kaum wanita selepas bersalin? Jawapannya tak lain dan tak bukan mestilah kenaikan berat badan yang ketara.
Lagi malang bila suami pula mula bersikap dingin disebabkan sudah tidak tertarik dengan bentuk badan isteri. Jangan sedih dulu, ada caranya! Ikuti tips dan cara penjagaan diri selepas bersalin oleh wanita yang dikenali sebagai Nur Balqis Bt Yunus ini tentang bagaimana dirinya kekal langsing walaupun sudah mempunyai 4 orang cahaya mata. 1. Teruskan beri susu badan kepada anak-anak anda Lebih kerap kita menyusukan badan, lebih cepat berat badan turun dan anak pun sihat.
2. Pastikan badan sentiasa panas Amalkan jamu seminggu selepas bersalin. Lebih elok makan jamu kampung yang dicampur dengan akar kayu serta makanan yang boleh memanaskan badan macam halia dan lada hitam supaya senang berpeluh dan sekaligus menyihatkan. 3. Amalkan pakai bengkung selama 100 hari Pakai bengkung setiap masa kecuali mandi, berurut dan bertungku. Sebelum pakai letakkan minyak panas supaya perut lebih cepat mengecil. 4. Amalkan bertungku Buat setiap hari sampai habis tempoh berpantang. 5. Jaga makan Makan dalam jumlah kecil,tapi kerap. Elakkan minum ais dan amalkan makan sup ikan, sayur, ayam yang dicampur dengan halia dan lada hitam. 6. Ambil vitamin C dan Habbatus Sauda Amalkan pengambilan kedua-dua bahan ini sebelum tidur. 7. Jangan duduk dalam aircond untuk 100 hari Jangan pasang dalam rumah. Kalau masuk kereta duduklah di belakang dan lindungi badan anda dengan baju sejuk. 8. Pakai stoking Sentiasa pastikan kaki anda panas. 9. Pantang dengan suami Jangan melakukan hubungan intim dengan suami selama 100 hari. 10. Berurut dan bertangas adalah wajib Ambil air , rebus dengan halia , manjakani, serai wangi , daun pandan, daun limau purut , daun mengkudu, daun kunyit, daun limau purut. Rebus sampai menggelegak. Amalkan bertangas selama setengah jam setiap hari. Walaupun banyak yang perlu dilakukan tapi hasilnya memang hebat sekali. Bukan untuk orang lain, tapi untuk kebahagiaan rumah tangga sendiri. Selamat mencuba dan semoga berjaya! -CARI
|
34
Bagus |
21
Marah |
26
Terkejut |
24
Sedih |
26
Lawak |
23
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
RatuDunia94 replied at 21-7-2017 01:10 AM
Sepupu iols ank sembilan tp body langsing je.. Dia kata xde amalkan apa2.. Penat berlari kejar anak ...
idakamaruddin replied at 21-7-2017 02:30 AM
sepupu uols mak aiman tino kah
CiliPadiSedap replied at 21-7-2017 05:52 PM
100 Hari x romen birahnya kau dik.
barfi replied at 21-7-2017 06:28 PM
Sepatutnya kena berapa hari baru tak dikira birah sis?
CiliPadiSedap replied at 21-7-2017 06:30 PM
Maksimum 60 hari je berpantang dik. Lebih daripada tu birah and sayur
Akak hari 63 dh bl ...
barfi replied at 21-7-2017 06:33 PM
Bukan ke lagi cepat main lagi org panggil birah sis?
pakwetizzaqyah replied at 20-7-2017 12:27 PM
alah kalau ko keturunan badan kecik atau mmg jenis makan tak banyak..mmg kurus la badan tu balik.... ...
ADVERTISEMENT