CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Polis, Kastam, Imigresen Apa Kamu Buat?" - Netizen Salahkan Pihak Berkuasa, Babi Bercampur Kambing

21-7-2017 12:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 8735| Komen: 22|Original author: Oleh: Adib Za

Siapa yang tidak terkejut dengan berita tentang sitaan 4 kontena daging kambing yang dilaporkan bercampur dengan daging babi dalam masa beberapa hari lepas. 

Bukan sahaja mengejutkan, situasi tersebut turut membangkitkan keresahan, kemarahan dan juga kerisauan di kalangan semua masyarakat Islam khususnya. 

Ini kerana daging kambing merupakan antara menu popular dan menjadi pilihan makanan sehari-hari selain daging ayam, lembu dan juga ikan. 

Bayangkan pula 4 kontena itu yang boleh meliputi beribu-ribu orang pengguna. Siapa yang tidak risau? 

Seperti biasa jika ada berita tentang status halal dan haram menjadi tular, pihak Hab Halal, Jakim akan memberikan penjelasan. 

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan, bahagian Hab Halal ini berkata seperti berikut:


"Perlu diketahui bahawa syarikat pengimport produk tersebut bukanlah pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia. 

"Rentetan kes ini, syarikat tersebut turut berdepan tindakan undang-undang kerana menggunakan logo halal Malaysia tanpa memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah.

"Justeru, JAKIM mengalu-alukan tindakan pihak MAQIS demi memastikan produk daging yang masuk ke negara ini sentiasa mematuhi peraturan dan perundangan yang telah ditetapkan."

Bagi pengguna pula mereka disarankan untuk bertindak bijak dengan mengutamakan produk yang ada Sijil Halal Malaysia atau pun Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf Jakim. 

"Untuk mengetahui status halal produk yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia serta logo halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM, layari direktori halal di www.halal.gov.my atau di aplikasi telefon pintar MyJakim."

Terbaru, dilaporkan hanya pihak Maqis menafikan 70 kontena sudah terlepas membawa campuran daging babi dan kambing ini. 


Nampaknya, bukan sahaja masyarakat yang berasa gusar, namun peniaga-peniaga yang menjual daging kambing dan juga pengusaha restoran dengan menu kambing bakar pun terjejas dengan situasi ini. Ada juga pihak yang mula menyalahkan badan seperti polis, kastam, imigresen dan sebagainya. 

Apa pula pendapat anda? - CARI 
12

Bagus
17

Marah
21

Terkejut
3

Sedih
10

Lawak
24

Bosan

Friends Rank (87 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 21-7-2017 12:07 PM
Makan rasuah.. amik duit dr cina hindu.. pas tuu bagi anak binik mkn
Quote sebu1 21-7-2017 12:35 PM
Kawan aku kerje kastam dia bangge bgtau opismate yg same taraf dgn dia dah jd jutawan.:zz aku terus tanye besar sgt gaji dia ke jd jutawan ni :zz
Quote goss79 21-7-2017 12:37 PM
kang citer pung pang pung pang ... sampai habis pun tetap x ckp ni utk jual kat mana, company mana... elok je bgtau, org leh boikot. baru padan dgn muka.
Quote matchstick 21-7-2017 01:21 PM
budak kampung aku semenjak kerja kastam 2-3 yrs ago, tiap2 tahun berdentum dentam main mercun rampasan di bulan ramadan dan syawal. itulah kerja kastam yg aku tahu. sakitnya hati aku natang tu main mercun dkt je dgn umah mak aku. bila lah nak putus tangan
Quote matchstick 21-7-2017 01:26 PM
dh rampas kontena daging babi tu pekerja2 kastam x bawak balik bagi anak bini makan ke daging tu
Quote Skuau 21-7-2017 01:55 PM
matchstick replied at 21-7-2017 01:26 PM
dh rampas kontena daging babi tu pekerja2 kastam x bawak balik bagi anak bini makan ke daging tu

Harem....
Quote trakea 21-7-2017 02:22 PM
Setakat khabar angin dikantoikan oleh MAQIS pun cacai PPRT dah meroyan kat sini
Quote zach2008 21-7-2017 02:46 PM
Mengapa salahkan kastam, imigresen... bukan aku nak bela dia org.
Cuma bila shipment sebegini sangkut, beerti kastam dah buat tugas mereka. Kalau la tangkapan selepas kontena itu dilepaskan dari kawalan kastam mungkin ada isu di situ. Imigresen lagi lahhh.. tak ada sangkut paut langsung. Lain la daging babi dan kambing tu masuk guna pasport.

Dlm pelepasan barangan, kastam lebih kepada duti dan cukai. Sekiranya permit diperlukan, maka permit tersebut perlu diperolehi daripada jabatan2 tertentu dan pemeriksaan pulak dilakukan oleh jabatan2 ini bersama kastam. Takda maka tak lepas.

Lainla, kalau dalam tu daging kambing dan babi tapi declare sebagai perabut dan kastam lepaskan mmg la tak patut. Tapi utk kargo spt ini kontena yg digunakan pun dah lain.. dia org guna reefer container, bukannya kontena biasa tuh
Quote leylapple 21-7-2017 03:02 PM
pelik jugak kalau takder apply sijil halal, jais tanak cek apa2 pun kontena makanan yang masuk...

no wonder org malas nak apply sijil halal..

Quote manjalara_01 21-7-2017 03:15 PM
zach2008 replied at 21-7-2017 02:46 PM
Mengapa salahkan kastam, imigresen... bukan aku nak bela dia org.
Cuma bila shipment sebegini sangk ...

teringat dokumentari ni...
[youtube]aThjZehMVUo[/youtube]
Quote zach2008 21-7-2017 04:00 PM
leylapple replied at 21-7-2017 03:02 PM
pelik jugak kalau takder apply sijil halal, jais tanak cek apa2 pun kontena makanan yang masuk...

...

Pihak jabatan agama takkan terlibat dalam mana2 urusan sebegini.
Process flow dia cukup mudah sebenarnya... kalau semua jabatan terlibat ntah berapa lama sesuatu shipment tu boleh lepas.
Permit import sepatutnya dipohon terlebih dahulu oleh pengimport. Tak kira la kat mana, jabatan pertanian ke, veteriner ke sebab sedikit berbeza antara negeri terutama bila melibatkan malaysia timur dan semenanjung.

Sewaktu memohon permit import ni dah ada tapisan, kalau takde sijil halal automatik takkan dapat kelulusan.
Bila dah dapat permit import, sewaktu barang diisytiharkan kepada kastam, maka tanggungjawab kastam adalah membuat pemeriksaan bersama dgn pihak yg meluluskan permit import. Pengimport atau agen yg dilantik pun kena hadir sama. Kalau diisytiharkan kambing maka kena dipastikan kambing lah di dalamnya. Bila dah settle semua dan dipastikan barangan sama dengan yg diisytiharkan, kastam lebih kepada cukai/ duti yg perlu dijelaskan. Pihak lain diperlukan utk endos pada bahagian2 mereka sendiri.

Sbg cth kes ayam di sibu, sarawak baru2 ini. Actually pihak kastam dah jalankan tugas mereka dengan tidak melepaskan ayam2 tersebut. Sebab tiada kelulusan import permit daripada veteriner sarawak. Jadi, ayam2 tersebut dilupuskan selepas pengimport tak berjaya menyediakan dokumen yg sepatutnya. Permasalahan dia yg menyebabkan ianya jadi viral, mungkin tempat pelupusan yg tidak sesuai, tidak dikawal ketat dan "ketidak kesahan" org ramai akan bahaya ayam2 tersebut.

Tp kalau declare perabut, di dalam tu ayam dan dilepaskan sebagai perabut, mmg dah sah2 la salah pihak kastam.

Quote zach2008 21-7-2017 04:17 PM

Tak mampu nak tengok... pjg sangat.
Pendapat aku, apa guna kapal besar gedabak tapi tak boleh dipenuhkan.
Dgn persekitaran dunia sekarang yg lembab, silap2 bawa bencana kepada shipping co.
Lg pun lg besar kapal, tak semua port dia boleh singgah

Quote mh17 21-7-2017 04:34 PM
Mmg babi hanat sape yg ta check..Pasal aku da check daging aku bli mmg mcm babi..kat econsave..aku pelik gak kenape pucat.bau pun ta ada,yg 1 lg ada bau daging..aku bli bln lpas..jnis yg lambak mampat kiub tu..aku na tnjuk bukti pun taleh,harap2 bkn babi..hanat btol::
Quote manjalara_01 21-7-2017 05:52 PM
zach2008 replied at 21-7-2017 04:00 PM
Pihak jabatan agama takkan terlibat dalam mana2 urusan sebegini.
Process flow dia cukup mudah seb ...

thanks for pencerahan...video tu utk sesape yg berminat nak tgk...
Quote net_level 21-7-2017 11:27 PM
zach2008 replied at 21-7-2017 02:46 PM
Mengapa salahkan kastam, imigresen... bukan aku nak bela dia org.
Cuma bila shipment sebegini sangk ...

kan... iols pun pelik kejadah kaitan imigresen dalam hal ni?
nape tak LHDN sekali join? hahhahahah

Quote batmana 22-7-2017 01:14 PM
setiap hari, puluh ribu kontena dtg nk periksa
kastam pn brapa org aja

dorg periksa brg ikut rawak aja

pada aku, kastam sbg jab. gomen yg paling kaya, recuit lar org , student2 nganggur tu dlm 10 ribu orang check kontena bagai

potong gaji orang atas, leh baya gaji sket kt dorg ni

tapi jgn harapala
Quote otai_g 22-7-2017 01:25 PM
apa kaitan dgn imigresen plk. Ini tugas kastam la jipake.
Quote ShiningStars 22-7-2017 05:02 PM
Kembang tekak wey
Quote syidasaleh 23-7-2017 01:44 AM
Skuau replied at 21-7-2017 01:55 PM
Harem....

babi tu harommmmmm ye

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:03 AM GMT+8 , Processed in 0.083523 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top