CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kehidupan Saya Sekarang Sangat Struggle" - Izreen Azminda

24-7-2017 11:21 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 31593| Komen: 170|Original author: Oleh: Maly Rosli

"Kehidupan saya sekarang sangat struggle berbanding dulu."

Jarang muncul di majlis hiburan kerana jadual kerja yang padat, aktres Izreen Azminda mengakui harus bekerja keras untuk menyara kehidupan sebagai ibu tunggal kepada anaknya, Muhammad Adrian Umar, 4.




“Dulu saya berlakon tanpa sebarang tekanan kerana minat mendahului segala-galanya, namun situasi sekarang menjadi berbeza apabila saya perlu bekerja keras untuk memastikan pendapatan bulanan saya mencukupi untuk menyara anak dan keluarga.

“Jadi saya sangat menghargai setiap peluang yang datang dengan melakukan kerja dengan sehabis baik agar tidak mengecewakan pihak produksi dan juga penonton yang menyokong kerjaya selama ini,” katanya kepada Sinar Harian.


Memetik Sinar Online, Izreen bagaimanapun akui di masa-masa tertentu, dia terpaksa menolak beberapa tawaran kerana skripnya tidak sesuai dengannya selain masalah komitmennya untuk bekerja di luar Kuala Lumpur.



“Alhamdulillah, setakat ini tawaran berlakon masih menyebelahi saya secara konsisten dalam usaha saya meneruskan kesinambungan kerjaya lakonan.

“Namun kadang-kala ada di antaranya yang terpaksa saya tolak kerana skrip yang tidak sesuai termasuk beberapa sebab lain yang tidak dapat dielakkan demi menjaga kualiti kerja saya,” katanya.

Selain tanggungjawab kepada anak, Izreen juga menjaga ibunya yang sedang sakit semenjak beberapa tahun lalu.



“Kehidupan saya sekarang sangat struggle berbanding dulu kerana perlu menggalas tanggungjawab untuk menjaga anak, ibu dan diri saya sendiri juga yang kadang-kala tidak terurus.

“Dulu, ibu akan menjaga anak ketika saya keluar bekerja dan situasi itu sedikit sebanyak membantu meringankan beban saya, namun semenjak dia sakit saya kena uruskan semuanya sendiri termasuk menjaga ibu.

“Disebabkan keadaan itu jugalah saya tidak akan mengambil tawaran berlakon yang memerlukan saya bekerja di luar Lembah Klang kerana tidak boleh meninggalkan mereka di rumah lama-lama,” jelas Izreen.


Foto: IG Izreen Azminda

Semoga Izreen terus tabah menjalani kehidupan dan berjaya dalam apa jua yang diceburi. - CARI
22

Bagus
42

Marah
31

Terkejut
46

Sedih
43

Lawak
29

Bosan

Friends Rank (213 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SweetShera 24-7-2017 11:33 AM
Semoga tabah dan berjaya Izreen
Quote sweetfasha 24-7-2017 11:35 AM
makin cantik dia ni
Quote cascutes 24-7-2017 11:38 AM
semoga dipermudahkan
Quote shiedafaizal 24-7-2017 11:42 AM
semoga dipermudahkan dan semoga berjjaya...suka tgk dia berlakon...
Quote esbatu 24-7-2017 11:43 AM
putih merah2 kulit nye sekarang
Quote prettyuglybabe 24-7-2017 11:45 AM
anak dia tak berayah ke sampai semua dia nak kena sara?
Quote fynnkakiblock 24-7-2017 11:46 AM
Semoga mak izreen kembali sihat. kurangkan gedik tu ya
Quote mieymiey 24-7-2017 11:48 AM
prettyuglybabe replied at 24-7-2017 11:45 AM
anak dia tak berayah ke sampai semua dia nak kena sara?

Adakah dia sesambil tu nak bagitau yang bekas laki dia tak bagi nafkah anak?
Quote -electrifying- 24-7-2017 11:56 AM
jilboobs sgt dia ni
Quote HoneyManjer 24-7-2017 11:57 AM
Nk promo diri ke kakakss..moga adala vvip yg baca kisah kakak yer...
Quote Duta lover 24-7-2017 12:02 PM
Mmg struggle skang. Tp percayalah smuanya akan menjadi baik kelak. Huhu. Kata2 yg aku selalu ckp kt diri sendiri
Quote emma_lee 24-7-2017 12:12 PM
pakai tudung tp tayang body..
Semoga sembuh ibu beliau
Quote gadis_tulip 24-7-2017 12:18 PM
Dulu minah nie agak kelam. Camana boleh nampak sportlight??
Quote CiliPadiSedap 24-7-2017 12:19 PM
muka dia badan dia hampir sama dengan forumer cari forum
Quote amiekz86 24-7-2017 12:22 PM
semoga segalanya akn menjadi lebih baek
Quote moonbug 24-7-2017 12:24 PM
Cantik flawless kulit dia
Quote moonbug 24-7-2017 12:25 PM
Semoga dimudahkan segala urusan ya
Quote CiliPadiSedap 24-7-2017 12:30 PM
gadis_tulip replied at 24-7-2017 12:18 PM
Dulu minah nie agak kelam. Camana boleh nampak sportlight??

dia pakai eyeshadow banyak sangat tu muka putih pinkish
Quote nisako 24-7-2017 12:31 PM
semoga dipermudahkan.......................

Lihat semua komen(170)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 01:22 PM GMT+8 , Processed in 0.073516 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top