|
Alahai, kasihan pakcik ni. Hidup-hidup dia kena tipu dengan penjual ubat mujarab. Pula tu, sebiji berharga RM30. Kena pukau ke apa? Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook (FB) memuat naik sebuah entri meluahkan kekesalannya terhadap pihak tak bertanggungjawab menipu ibu bapanya untuk membeli 'produk mujarabnya'.
"Dia cakap ubat ni mujarab. Makan seminggu sekali je, rupanya memang macam panadol," tulis Fazlina Norani. Agak tidak masuk akal apabila ubat dijual berharga RM30 sebiji dan bapanya perlu membayar RM150 untuk lima biji tablet.
"Lepas orang tu balik, baru mak tengok ubatnya. Memang tu panadol. Siap ada tulisan PANADOL. Sah kena tipu," katanya. Walaupun berang ibu bapanya ditipu sedemikian, Fazlina bagaimanapun bersyukur tiada perkara buruk berlaku kepada kedua-dua orang tuanya. Wanita terbabit juga menasihati orang ramai untuk tidak membenarkan orang luar masuk ke dalam rumah sesuka hati. "Sesiapa yang mak abah tinggal berdua dan kurang sihat tu pesan-pesan la kepada mereka jangan bagi orang lua masuk rumah," nasihatnya. Perkongsian itu mendapat perhatian netizen yang khuatir dengan kejadian sedemikian kini semakin berleluasa. "Macam-macam cara orang nak tipu. Teruk betul la. "Kenapa mesti kenderaan brwarna putih.. Van putih, motosikal putih dan kini viva putih pula. Macam ada kesepakatan je semua ni," komen netizen. Berhati-hatilah semua apabila ada orang datang ke rumah untuk menjual sesuatu terutama benda yang kelihatan mencurigakan. - CARI
|
|
15
![]() Bagus |
17
![]() Marah |
13
![]() Terkejut |
11
![]() Sedih |
17
![]() Lawak |
15
![]() Bosan |

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

:. Mmg bengang btui la dgn spesies manusia mcm ni.. Sma aku paling anti segala scheme MLM yg mgatakan kopi itu teh ini jus itu jus ini boleh myembuh kn. Rasa nak bedal je. Bbrpa bln lalu makcik kena, beli capsule SN*... Siap soh abek package rm4k, kopi, capsule2 entah apa jenis, teh detox dan apa ntah lagi depa dok promote kat makcik utk merepair kanser thyriod ka apa ntah tu pyakit makcik. Tgok2 result sama jgk.dh la ada kecing manih. Result kencing manih makin tinggi ada lah. La ni elok elok. Dah bedah walau ada parut kekal kat leher mcm kena sembelih je.. Tp ni barut2 skim mlm ni dok sorong jugak lain package utk kesembuhan itu ini.. Rasa nak tonggang je kepala hotak..tp yg dok promote benda bodo ni sepupu sendiri jgk. Tu yg rasa nak bgi penumbuk sedas
ADVERTISEMENT