Ekoran sebelum ini Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos menyatakan keinginan untuk mengambil alih jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO bagi menggantikan Khairy Jamaluddin.
Terbaru terdapat dua bekas menteri dari UMNO menyatakan sokongan mereka dan berpendapat membiarkan pemimpin yang betul-betul memahami kehendak akar umbi menerajui Pemuda UMNO. Memetik laporan Free Malaysia Today, bekas menteri besar Kedah, Sanusi Junid berkata dirinya tidak rasa terkejut langsung terhadap keinginan Jamal Yunos untuk menjadi Ketua Pemuda UMNO. Tambahnya, sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib boleh menjadi presiden UMNO, maka bukan sesuatu yang luar biasa bagi sesiapa yang berimpian tinggi mempunyai keinginan yang sebegitu.
Selain itu, bekas Menteri Penerangan, Zainuddin Maidin pula berpendapat, berbanding dengan ketua pemuda UMNO ada sekarang iaitu Khairy Jamaluddin, perwatakan Jamal Yunos yang proaktif dan agresif disifatnya lebih mendekati jiwa akar umbi ahli UMNO. Jelasnya, "UMNO memerlukan seorang pemimpin "Samseng" yang berani dan bergaya agresif. " Sebelum ini, Jamal Yunos menyatakan hasrat menggantikan Khairy Jamaluddin untuk menjadi Ketua Pemuda UMNO selepas Pilihanraya Umum yang akan datang ini.- CARI
|
11
Bagus |
5
Marah |
4
Terkejut |
10
Sedih |
11
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT