CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jujurnya, Saya Memang Tak Mampu Capai 'Note' Tersebut - Haqiem Rusli

26-7-2017 05:52 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 13230| Komen: 81|Original author: Oleh: Adib Za

Bakat baru yang semakin meningkat naik, Haqiem Rusli sering dipuji kerana mempunyai vokal yang hebat.

Namun baru-baru ini netizen mengkritiknya selepas mendapati dia tidak mampu menyanyi secara live dengan nada tinggi seperti mana dalam versi studio. 


Tak mahu dirinya terus dicemuh, Haqiem, 18 bertindak membalas kritikan itu dengan menjelaskan keadaan sebenar. Pun begitu terdapat pula pendapat yang mengatakan dia seperti berlagak sombong dengan apa yang diujarkannya itu. 

"Saya boleh terima sebarang kritikan daripada peminat. Tapi kalau komen atau kritikan tersebut seakan-akan ingin menjatuhkan, saya perlu pertahankan diri.

"Mestilah saya rasa sakit hati apabila kita dah lakukan yang terbaik tapi masih ada yang tidak berpuas hati.

"Tapi saya tidak mahu ambil perkara tersebut terlalu serius. Bagi saya, mereka kutuk dapat dosa dan saya dapat pahala," katanya kepada Mstar Online. 


Haqiem juga mengakui tidak mampu membawakan nada tinggi dalam lagu Tergantung Sepi seperti dalam versi studio. Namun, dia menukar cara nyanyian yang masih 'sedap' didengar dan bukannya cuba melawan arus sehingga 'terkucil'.


"Orang selalu ingat nyanyi lagu nada tinggi secara langsung itu mudah sahaja. Memang la dalam rakaman suara tak ada masalah sebab boleh buat berulang kali.

"Secara jujur, saya memang tak boleh nak capai nada tersebut sebab itu saya tukar melodi lain. Tapi yang penting, saya sudah lakukan dengan terbaik.

"Bukan nak cakap besar atau berlagak tapi sekurang-kurangnya saya tidak nyanyi sumbang," ujarnya lagi. - CARI

Foto: Carian internet
18

Bagus
33

Marah
18

Terkejut
26

Sedih
22

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (136 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Rhyno 26-7-2017 06:02 PM
dah tau takleh capai high note, napa ko gigih gak nak record lagu tu.  

Quote RatuDunia94 26-7-2017 06:15 PM
Baca dr jawapan heols ada bau2 "bajet bagus" yg sangat kuat.. Kalo x ubah PR heols bakalan x lama dlm industri..
Lain kali buat lagu ukur tekak sendiri..
Quote danieladam 26-7-2017 06:19 PM
Amboi..berlagak betol jawapan ko dik haqiem. Cube belajar tone down sket dgn kwn2 lain mcm tajul dgn dik eman!

Siyes..mmg x lama la hayat seni ko kalo ada perasaan mcm bagus ni.
Quote CiliPadiSedap 26-7-2017 06:20 PM
sajat punya tekak mampu capai note tinggi, galaxy note 8 cm best je
Quote MousemickeyU 26-7-2017 06:33 PM
Kalau dia kena kutuk macam dek aiman tino confirm2 lagi meroyan dak ni :zz
Quote melnanzz 26-7-2017 06:43 PM
kalau kat studio boleh buat walaupun kena ulang byk kali, kat live pun boleh usaha jugak. Kena praktis je sampai dapat.
Quote rayna_raynes 26-7-2017 06:47 PM
Rugi bagi lagu tu kat kau. Patutnya bagi kat HafizSuip, tak pun Syamelina
Quote bintangcinta 26-7-2017 06:49 PM
"Bukan nak cakap besar atau berlagak tapi sekurang-kurangnya saya tidak nyanyi sumbang," ujarnya lagi.

omg!
Quote September14 26-7-2017 06:55 PM
Klu org kritik ko diam je lg bgus.. ataupun ckp sy terima kritikan dgn hati tbuka n akn mnmbah mutu nyanyian sy.. kan senang org pun sejuk hati je dgr.. better snyap je...
rmai je pnyanyi yg xleh nyanyi sbjik mcm dlm rekod. Bkn msalah bsar pun..
Quote cicicumel 26-7-2017 07:20 PM
Tone down je dik.khai baha pon bila high note mcm bunyi keldai.mcm suara pompuan.geli. nasib baik lagu baru dia LULUH tu tak tinggi.

Jgn jd mcm vokalis Projektor Band.tak pasal2 dah kena bersara sbb peti suara dh rosak.pendengar dgr mmg rasa teruja tapi kau nk nyanyi jerit2 setiap kali show mampoosss...

Tp utk AJL i yakin budak ni bole bwk high note tu...utk show hari2 x yhla paksa2.
Quote wordlife 26-7-2017 07:42 PM
jawapan yg sudah diduga
mereput la ko dgn peel bajet bagus ko tu
jgn sampai ko terpeleot lagi kt muzik muzik semi nnt yach
Quote babydoll 26-7-2017 08:01 PM
bkn ni ke yg meroyan bila org komen pasal nyanyian dia? i tgk kt benang bod sini ke bod lain eh? mcm ingat2 lupa
Quote Bujat 26-7-2017 08:05 PM
Sompong bodoh nya kau dikkk. Apa2 pun semuga sukses.
Quote debab76 26-7-2017 08:14 PM
cicicumel replied at 26-7-2017 07:20 PM
Tone down je dik.khai baha pon bila high note mcm bunyi keldai.mcm suara pompuan.geli. nasib baik la ...

uihh da bersara ke chuols? kira lagu aisyah tu org lain yg nyanyi?
Quote debab76 26-7-2017 08:15 PM
konsepnya idup ni kena ukur baju kat badan sendiri dik. harap heshe ubah attitude klu nak survive lama dlm industri.
Quote cicicumel 26-7-2017 08:21 PM
debab76 replied at 26-7-2017 08:14 PM
uihh da bersara ke chuols? kira lagu aisyah tu org lain yg nyanyi?

Aa..Projektor Band tgh cari vokalis baru.lagu aishah tu masih vokalis lama.lgpon lagu tu santai2 je kan.
Quote debab76 26-7-2017 08:28 PM
cicicumel replied at 26-7-2017 08:21 PM
Aa..Projektor Band tgh cari vokalis baru.lagu aishah tu masih vokalis lama.lgpon lagu tu santai2 j ...

mane chuols tau vocal sheols da rosak? ade apa2 kenyataan tak?
Quote pisangbanana 26-7-2017 08:28 PM
Dh tahu x bole nk nyanyi x yah la amik lagu tu
Quote awexgaban7 26-7-2017 08:40 PM
Mohon dik akem tenang yachh... namo rebel2 mcm ni dik...kalau nak pergi jauh laa....

Lihat semua komen(81)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:05 AM GMT+8 , Processed in 0.067748 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top