CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Geram Pula Dengan Perangai Suka Buang, Membazir Makanan Ni!

27-7-2017 02:22 PM| Diterbitkan: CARI_Kolumnis| Dilihat: 5033| Komen: 19

Salam sejahtera kepada semua pembaca yang dihormati dan dikasihi. Habis sudah bulan Syawal tak lama lagi kita nak menyambut pula Hari Raya Qurban pula bukan. Sapa sini yang telah buat majlis rumah terbuka baru-baru ini sempena Hari Raya. Maha sendiri pun ada buat rumah terbuka kecil-kecilan mana-mana rakan yang nak datang beraya sedara-mara sahaja. Tapi macam mana kita nak menguruskan makanan yang berlebihan selepas mengadakan majlis rumah terbuka tu.


Perkara macam ni selalu terjadi kepada tuan rumah terutamanya kalau majlis yang dirancang tu tak ramai yang datang. Mungkin sebab sibuk atau ada banyak jemputan lain jadi tak dapat nak penuhi jemputan semua rumah. Maka akan adalah belaku lebihan makanan daripada majlis tersebut. Apa selalu kita buat terhadap makanan tu?

Adakah anda simpan atau sedekahkan pada orang lain atau paling teruk buang sahaja. Sebenarnya ada beberapa perkara yang anda boleh buat untuk memastikan lebihan makanan dari majlis tadi boleh digunakan. Nak makan boleh tapi kena tahun lah macam mana.


1) Simpan lebihan makanan dengan cara betul
Sebenarnya makanan yang lebih ni kita masih boleh simpan dan ia boleh bertahan untuk beberapa hari lagi. Macam mana nak simpan makanan untuk tahan lama. Caranya kena pastikan makanan disimpan mengunakan bekas simpanan yang bertutup rapat. Kemudian asingkan mengikut jenis dan jangan campurkan makanan tu untuk pastikan ia tahan lama.

Paling penting makanan ni kalau nak simpan kena simpan dalam peti sejuk kerana ia melambatkan proses kerosakan makanan tersebut. Makanan jenis berkuah ni boleh bertahan disimpan dalam tempoh 3 hari sahaja. Tapi ingat bila nak makan semula makanan yang disimpan panaskan dahulu atas api untuk kembalikan semula tekstur makanan yang telah disimpan.

2) Jadikan ia makanan yang lain
Menggunakan lebihan makanan ni untuk dijadikan makanan yang baru adalah satu cara mengelakkan pembaziran. Macam mana tu contohnya kalau ada nasi impit yang lebih banyak jangan buang tapi jadikan ia menu baru iaitu Lontong Goreng seperti mana menu makanan popular dari Singapura. 

So pelbagaikan menu dengan lebihan makanan ini dan ia mampu memjimatkan pebelanjaan dan juga masa. Tapi kena pastikan makanan tu sedaplah jangan bila diolah ia menjadi semakin tidak sedap lak.


3) Guna semula
Ini adalah tahap akhir dimana sisa makanan tu memang kita dah tak boleh nak makan lagi. Tapia ada menda lain yang masih boleh makan sisa makanan ini iaitu tumbuhan. Jadi bahan makanan yang lebih tadi kita boleh jadikan sisa kompos atau lebih mudah kita panggil bajalah.

Kalau kita ada tanaman seperti sayuran atau buah-buahan baja kompos ni sangat berguna. Ia adalah baja selamat kerana menggunakan bahan semulajadi dan tiada bahan kimia. Tapi proses nak buat baja kompos ini ada caranya. Tu kena belajar kat youtube ada kat sini nak cite nanti panjang lebar lak ok.

Tapi sebenarnya cara yang elok untuk kita tak membazir makanan ini adalah dengan memberi makanan yang banyak tu pada tetamu yang datang untuk bungkus bawa balik. Kalau tetamu yang akhir datang majlis anda tu sediakanlah beg plastik untuk mereka sekurang-kurangnya habis juga makanan tu orang lain boleh makan betul tak. Kalau tak pun bagi pada jiran-jiran rezeki yang ada sama kita kongsikan.


Apa pun cara sebenarnya makanan ni jangan kita bazirkan. Kalau boleh habis kita habiskan dan pastikan mula-mula nak memasak tu kuantiti tu cukup untuk bajet tetamu yang nak datang. Jangan buat terlalu banyak sehinggakan membazir. Mula niat murni nak buat majlis tapi bila dah bazir jadi pula dosa nanti. 

Pernah juga terfikir mana pergi makanan bufet yang banyak kat hotel-hotel tu adakan mereka buat seperti mana yang Maha ceritakan tadi hurmmm. Jangan lupa untuk follow Instagram @Mahamahu dan juga Facebook @Mahamahu juga ok. Selamat mencuba semua.

12

Bagus
12

Marah
10

Terkejut
9

Sedih
10

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (68 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manehnya 27-7-2017 02:53 PM
x kan nk membuang, membazirkan amalan setan..

ofkoz la pakat tapau sorang sikit wak balik , leh la org kt rumah makan sorang sikit, dpt pahala tuan rumah
Quote kuzaime 27-7-2017 03:17 PM
Biasanya kalau ada majlis mkn2 @ kenduri, mmg family aku akan masak @ order lebih sikit drpd bil jemputan. X berani nk sediakan ngam2 aje ngan jemputan..kang kalo x cukup naya aje..
biasanya yg balik nnti kami akan tapaukan lauk pauk yg ada lebih.. Cuma tinggalkan sikit aje utk makan mlm org2 dlm umah sndiri.
Quote aleesyasofia 27-7-2017 06:09 PM
stakat nie kitaorg xprnh lg buang mkanan.. msti abis pnye.. yg hairannya tetamu yg mmbazir.. ambk byk mknnya idok..
Quote Artemesiaa 27-7-2017 06:16 PM
Selain seperti yang disarankan tu elok le disedekahkan je.  
Quote fox. 27-7-2017 09:00 PM
Boleh la bagi jiran2 sedara mara,tetamu bawak balik sorang sikit.pasti tak membazir
Quote debab76 27-7-2017 09:47 PM
meols biasa nasi empit tak abis buat nasi empit goreng jah. ptong kecik2
Quote sabar_sabariah 28-7-2017 11:17 AM
Yang mana buat open house hidang lontong tu dan ada kuah kacang jugak
kalau tak habis boleh masak balik
jadi lontong darat
sedap jugakkkk
Quote AznieBunnie 28-7-2017 02:33 PM
hangatkan balik lauk, masuk tapawe, bagi jiran.
mereka tak datang rumah, sebab segan ramai sangat sanak-saudara dan kengkawan.
Quote insulin 28-7-2017 02:51 PM
X baik membazirkan makanan. Zaman sekarang nih harga makanan makin mahal...
Quote fishcracker 29-7-2017 01:04 PM
Selalu habis makanan sampai tak cukup kadang,tetamu memang mintak bungkus{:love
Quote yayangmama 30-7-2017 10:40 AM
saya kalau buat majlis, biar berlebih....jgn terkurang..selalu nasi minyak ke x abes leh wat nasi goreng n bg pada jiran2

husb selalu kata saya ni 'lebar tapak tangan' hahahaha

tp betul lah...kekdg tetamu yg membazir

pernah g majlis kawen, nak duduk kt meja tu...org da xde, tapi ats meja tu ada kuih sepinggan yg maybe terusik sebiji dua, ada taufufah dah tercuit tapi tak habis, ada tembikai n oren lg 3 potong...ada pinggan yg da siap makan sekali atas meja tu sbb penanggah belum kemas lg

sy n husb ngomel je, knapa la wujud org camni...tah hape2...rasa xmmpu nak makan jgn lah tamak  amek byk, dah la ada kuih seri muka, sedap plak seri muka tu...
Quote jazaa100 30-7-2017 11:35 AM
sabar_sabariah replied at 28-7-2017 11:17 AM
Yang mana buat open house hidang lontong tu dan ada kuah kacang jugak
kalau tak habis boleh masak b ...

Lontong darat tu mcmana dik....
Tlg BG resepibdik
Quote emelia1509 30-7-2017 11:56 AM
Makan pun kena berhemah konsepnye..Jangan tamak je..Tak kira la tuan rumah atau tetamu..
Quote pearl.silver 30-7-2017 12:57 PM
Oh no..
I ada kawan yg jenis membazir ni..
Klu teringin mkn mister potato, dia beli mkn tiga pat keping, pastu buang je..beli muffin,sandwich starbuck, mkn sikit pastu bg tong sampah
I plak jenis xsuka bazir..klu dah beli mesti abeskn..nk nanges rasa tgk dia buang2 mknn..
Quote sabar_sabariah 31-7-2017 01:48 PM
jazaa100 replied at 30-7-2017 11:35 AM
Lontong darat tu mcmana dik....
Tlg BG resepibdik

nasi impit + kuah lodeh + kuah kacang tu campur2 je dlm kuali kak
tumiskan barang2 tumis cam biasa
sedap jugak kak
tp kuah lodeh tu amik isinya je kak
kuahnya sikit je
sbb tu namanya lontong darat sbb dia kan jadi kering

akak google je
banyak resepi

Quote jazaa100 31-7-2017 02:44 PM
sabar_sabariah replied at 31-7-2017 01:48 PM
nasi impit + kuah lodeh + kuah kacang tu campur2 je dlm kuali kak
tumiskan barang2 tumis cam bias ...

Terima kasih dik....

1st time dgr lontong darat...tgok resepi mcm sedap je kann....lontong biasa tu byk sgt kuah...akk kurang sikit klu kuah byk ni...
Nanti akk cuba lontong darat...
Quote sabar_sabariah 31-7-2017 03:42 PM
jazaa100 replied at 31-7-2017 02:44 PM
Terima kasih dik....

1st time dgr lontong darat...tgok resepi mcm sedap je kann....lontong bias ...

nak lagi sedap,
tumbuk sikit udang kering kak

ok kak
selamat mencuba!!
saya pun ni officemate yg ajar
main campak2 je
Quote syadail 31-7-2017 05:27 PM
kalau buat open house, elok buat hari Ahad.
Kalau makanan tak habis, simpan peti ais, esok bawak gi ofis. Mesti habis.

Selalunya kita memang dah tak selera makan makanan sama slps open house.

Kalau nk bagi jiran plak rasa macam tak kena, nanti jiran kata lebihan nk bagi dia.  Kadang org terasa.
Quote nisako 1-8-2017 08:19 AM
tgk gambar mkn lapo pulak...........

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:02 PM GMT+8 , Processed in 0.055338 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top