CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

DahJadi Pembaca Berita, Ini Rupanya Anak Teruna Aziz Desa Yang Disebut-Sebut Tu

28-7-2017 04:21 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 22119| Komen: 86|Original author: Oleh: Myra Rozi

Sekali pandang, rasa-rasanya ada yang jatuh cinta pandang pertama tak? Tak dinafikan, lelaki ini memang mempunyai rupa dan personaliti yang menarik.

Tidak hairanlah kalau anak muda yang baru berusia 22 tahun ini dipilih sebagai pembaca berita TV9 yang baharu mulai September depan.

Foto: mStar Online
Dikenali sebagai Mas Zharif Zafri, rupanya dia adalah anak lelaki kepada bekas pengacara TV3, Allahyarham Aziz Desa yang meninggal pada tahun 2015 akibat masalah buah pinggang kronik, kencing manis dan jantung.

Menjadikan arwah bapanya sebagai inspirasi, Zharif bangga dapat menyambung legasi bapanya yang berkecimpung dalam bidang penyiaran.

Namun lelaki lepasan Aswara ini sedar yang dia kini menggalas tanggungjawab berat dengan membawa nama Allahyarham.

Foto: Facebook
Menurut sumber mStar Online, Zahrif menyatakan yang arwah bapanya sering menasihatkan dirinya supaya jangan sesekali malas membaca.

Tambahnya, dia harus berusaha keras sendiri untuk mendapatkan sesuatu. Membaca Surah Iqra dijadikan amalan sebelum memulakan sebarang pekerjaan.

Foto: Facebook
Walaupun mengakui sedih setiap kali melangkah ke Sri Pentas kerana ia membawa pelbagai memori tentang bapanya, namun dia terpaksa mencekalkan hati demi mencari rezeki buat keluarganya.

Seorang lagi yang turut dipilih sebagai pembaca berita baharu stesen televisyen tersebut adalah 'kembar' Neelofa yang tular baru-baru ini, Hawa Rizwana.

Foto: mStar Online
Pakej dah lengkap, kacak dan bijak pula itu. Semoga Zharif akan terus berjaya dalam bidang yang diceburi. Nak tengok Zharif, bolehlah tengok di TV9 ya. -CARI
13

Bagus
20

Marah
16

Terkejut
12

Sedih
18

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (87 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jazaa100 28-7-2017 04:28 PM
Bila dia bercakap ada iras Aziz Desa....
Quote mieymiey 28-7-2017 04:35 PM
"Kembar" Neelofa ni memang berbakat dalam pengacaraan atau terpilih sebab dia tular bebaru ni?
Quote manehnya 28-7-2017 04:56 PM
kacak.. ada potensi
Quote vanillaninja 28-7-2017 04:59 PM
Ok la dik, not bad. Tapi yang sebelah heols tu takde rupa si Lofa pun.
Quote RatuDunia94 28-7-2017 05:22 PM
Hensem.. Tp pembaca berita ni patut x boleh hensem2 or cantik2 sgt... Nanti org x pokus pada berita.. Haha
Quote Artemesiaa 28-7-2017 06:10 PM
Kalau ada bakat apa salahnya menceburi bidang yang sama seperti bapanya.  
Quote jointhecurse 28-7-2017 07:11 PM
hensem nooo
Quote d_dalia 28-7-2017 07:31 PM
Yg otai2 tv3 tu rupa biasa je tetap jadi pilihan iols utk tengok berita mcm kamarudin mape
Quote de_ikea 28-7-2017 07:55 PM
d_dalia replied at 28-7-2017 07:31 PM
Yg otai2 tv3 tu rupa biasa je tetap jadi pilihan iols utk tengok berita mcm kamarudin mape

Kenapa that girl dikata kembar lofa? I missed that news hihihi.
Quote harisanis 28-7-2017 07:57 PM
gmbr yg viral mmg ade rupa nelopak..yg dlm ni xde rupa sgt
Quote d_dalia 28-7-2017 08:21 PM
de_ikea replied at 28-7-2017 07:55 PM
Kenapa that girl dikata kembar lofa? I missed that news hihihi.

Ada viral rupa lopa kekdahnya..tapi certain angle je kot..bukan sebijik rupa lopa pun
Quote fox. 28-7-2017 08:31 PM
Celah mana yg sebelah tu muka lopak
Quote aleesyasofia 28-7-2017 08:55 PM
mieymiey replied at 28-7-2017 04:35 PM
"Kembar" Neelofa ni memang berbakat dalam pengacaraan atau terpilih sebab dia tular bebaru ni?

ada baca yg sheols bt praktikal kat situ.. tue yg sng dpt kje situ..
Quote cmf_premierleag 28-7-2017 10:36 PM
Ms zaman MHI dolu2 aziz desa punya trademark in 90s "kita cermin cerminkan diri kita di pagi indah ni.. yashhhhhhhh!!! "
Ohmyyyy nmpk benau akak dah kertu
Quote jazaa100 28-7-2017 10:57 PM
mieymiey replied at 28-7-2017 04:35 PM
"Kembar" Neelofa ni memang berbakat dalam pengacaraan atau terpilih sebab dia tular bebaru ni?

Dia memang berbakat....

Dia bgtau , dia terpilih sblm di viralkn yg dia 'kembar' neelopak
Quote de_ikea 28-7-2017 11:30 PM
d_dalia replied at 28-7-2017 08:21 PM
Ada viral rupa lopa kekdahnya..tapi certain angle je kot..bukan sebijik rupa lopa pun

Ooo gitu. Thanks dal. Nampak tak sama jua di mata iols
Quote mieymiey 28-7-2017 11:56 PM
aleesyasofia replied at 28-7-2017 08:55 PM
ada baca yg sheols bt praktikal kat situ.. tue yg sng dpt kje situ..

Ooh okey, kalau macamtu i tak jadi nak kecam
Quote mieymiey 28-7-2017 11:59 PM
jazaa100 replied at 28-7-2017 10:57 PM
Dia memang berbakat....

Dia bgtau , dia terpilih sblm di viralkn yg dia 'kembar' neelopak

Kalau dia memang berbakat dan layak jadi pengacara, tahniah. Viral pasal kembar Hajah Lofa tu kira bonus la.
Quote malaisyah2 29-7-2017 07:50 AM
Nape name die ade mas bagai, nampak sangat anak orang jawe

Lihat semua komen(86)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 01:35 PM GMT+8 , Processed in 0.049579 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top