CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Infozon Lihat artikel

Lanjutkan Pelajaran Di Taiwan, Tiga Pelajar Melayu Terpilih Terima Biasiswa

1-8-2017 10:31 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4104| Komen: 14

Bagi menggalakkan rakyat Malaysia melanjutkan pengajian di Taiwan, Jabatan Pendidikan Taiwan menawarkan dua jenis biasiswa kepada rakyat negara ini. 


Dua jenis biasiswa tersebut adalah Biasiswa Taiwan dan Biasiswa Sastera Bahasa Mandarin Jabatan Pendidikan.

Difahamkan biasiswa ini telah diberikan sejak tahun 2004 lagi termasuklah untuk mendapatkan  ijazah dan juga belajar bahasa Mandarin yang berbentuk kursus jangka pendek. 

sumber : pejabat kebudayaan dan ekonomi Taipei

Tahun ini seramai 38 orang pelajar menerima biasiswa tersebut, antaranya 35 orang menerima Biasiswa Taiwan dan tiga orang menerima Biasiswa Sastera Bahasa Mandarin Jabatan Pendidikan.


Difahamkan ketiga-tiga penerima Biasiswa Sastera Bahasa Mandarin Jabatan Pendidikan adalah terdiri daripada pelajar berbangsa Melayu. 

Tawaran Biasiswa Taiwan tersebut adalah untuk mereka yang menghadiri kursus pengajian ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan ijazah kedoktoran, berdasarkan jumlah tahun mereka yang terima biasiswa itu belajar di Taiwan. 

Setiap pelajar akan memperoleh sejumlah wang bernilai iaitu dari NT640, 000 atau bersamaan RM91,400 sehingga NT1.28 juta atau bersamaan RM182,800 ketika tempoh pengajian. 


sumber : pejabat kebudayaan dan ekonomi Taipei

Sepanjang 14 tahun yang lalu, pejabat kebudayaan dan ekonomi Taipei telah memilih lebih ratusan pelajar cemerlang dari Malaysia melanjutkan pelajaran di Taiwan. 

Setelah habis pengajian, semua pelajar tersebut akan balik semula ke Malaysia untuk bekerja dan memberi sumbangan di bidang-bidang masing-masing. 

Sekaligus mereka itu boleh menjadi pengantara untuk mempereratkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dengan Taiwan. 

Selain pelajar berbangsa Cina, difahamkan kebelakangan ini semakin ramai pelajar daripada bangsa lain mula mengenali Taiwan dan memberi pengiktirafan yang tinggi ke atas kualiti pengajian tinggi di Taiwan.- CARI
21

Bagus
11

Marah
24

Terkejut
6

Sedih
16

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (87 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hyie 1-8-2017 11:29 AM
bestnya tapi mandarin taiwan guna tradisional, bukan simplified...
Quote bc85 1-8-2017 11:34 AM
wow, congratulations
Quote saladin780 1-8-2017 11:34 AM
hyie replied at 1-8-2017 11:29 AM
bestnya  tapi mandarin taiwan guna tradisional, bukan simplified...

Ya ke..jadi apa bezanya..lagi susah ke senang?
Quote bc85 1-8-2017 11:34 AM
currency taiwan dengan kita dekat sama ke
Quote hyie 1-8-2017 11:45 AM
saladin780 replied at 1-8-2017 11:34 AM
Ya ke..jadi apa bezanya..lagi susah ke senang?

mandarin tradisional ni kiranya macam ejaan lama la, chinese character pon lagi kompleks tak silap, so bagi iols susah la Kat taiwan je digunakan sebab diorang nak lain daripada lain, slanga cakap pon bunyi lain sket (ni cikgu cina bahasa mandarin iols bagitau la)...

kalau simplified mandarin, lebih mudah sebab chinese character dah dipermudahkan, nak paham pon lebih senang...

apepon, sebutan mandarin tanah besar china/taiwan, lebih pekat dan pprt berbanding sebutan mandarin malaysia...ni yang iols nampak la sebab iols tak paham apa yang ummah mainland cakap
Quote raradhia 1-8-2017 11:50 AM
mcm mn nak apply ya? iols suka ja nak belajar blk if ada biasiswa ni, kalau nak guna pinjaman lg. .aduhh, xterdaya
Quote chinta89 1-8-2017 12:17 PM
semoga uols semua bjaya!

3 je melayu, lain2 cina.
ummah melayu msg2 sibuk nk jd hijabista, pengeluar produk timbang kilo etc..
Quote Jorja 1-8-2017 12:44 PM
Suka baca berita mcm ni..respect pada ladies yg berani belajar tinggi2..congrats & good luck adiks {:love
Quote insulin 1-8-2017 12:46 PM
Wow. Tahniah.
Quote Missfadh 1-8-2017 01:47 PM
hyie replied at 1-8-2017 11:45 AM
mandarin tradisional ni kiranya macam ejaan lama la, chinese character pon lagi kompleks tak silap ...

Haah. My Chinese friend pun tak faham bila our prc friend ckp cina. Somehow, I can differentiate dialect diorg.
Quote idakamaruddin 1-8-2017 02:04 PM
tahniah dekk akak suka tgk adik2 ni belajar rajin2 bw blk ilmu kembangkan kt sini{:love
Quote zeed 1-8-2017 02:05 PM
Nape zaman aku takde? Merasa bljr ke jepun je..
Quote tagas 1-8-2017 07:55 PM
Then balik nganggur
Quote felinecat 27-8-2017 12:13 PM
wow best, tp bile pi uni sane, org sane hardwork ye, siap tido  kt kaki lima uni.. taiwan makanannye bland taste, makann halal susah tp kene pandai2 teq xnak daging @ vege food

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:48 PM GMT+8 , Processed in 0.094682 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top