Tidak pernah bertanyakan kepada ibu bapanya kenapa memilih nama 'Manja' untuk diberikan kepada seorang anak lelaki. Memetik laporan Sinar Harian, luahan itu disuarakan oleh pesara tentera yang dikenali sebagai Manja Pa berusia 54 tahun bahawa dirinya sudah biasa dengan nama unik tersebut.
Bagaimanapun, menurut anak kelahiran Langkawi itu, tidak ramai yang mengetahui nama asalnya kerana sejak kecil Manja lebih dikenali dengan panggilan ‘Pak Itam’ oleh ahli keluarga, jiran dan rakan-rakan. “Sejak kecil saya suka teman mak pergi menoreh, kadang-kadang saya ditinggalkan dengan pengasuh di estet India dan banyak bergaul dengan rakan-rakan kaum itu."
"Arwah mak yang mula bagi gelaran tu sebab saya saja anak Melayu yang bermain dengan mereka, panggilan tu kekal sampai sekarang,” katanya. Tambah Manja, ketika mengenali isterinya, dia bimbang ditolak sebab memiliki nama yang mungkin memalukannya. "Pada mulanya isteri saya tidak percaya dan ingatkan itu sekadar gurauan." “Dia periksa nama saya dengan kawan baik saya untuk sahihkan, dan selepas itu dia terima macam biasa. Dia panggil saya abang saja,” ujar Manja. Menceritakan antara kenangan manis bersama rakan ketika menganggotai pasukan payung terjun, katanya, ada juga rakan yang mengusik dengan panggilan namanya. "Nama kau ni saja Manja, tapi muka tak manja pula, watak pun tak manja’, “itu antara usikan yang biasa saya dapat.”- CARI |
10
Bagus |
7
Marah |
13
Terkejut |
9
Sedih |
8
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
swimswim replied at 1-8-2017 06:39 PM
teringat satu produk manjakani a decade ago. siap ada slot dkt thr pkol 12 mlm and ada sesi soal ps ...
Pink_Purple replied at 1-8-2017 07:16 PM
panggil je la man..
insulin replied at 1-8-2017 07:18 PM
Panggilan Pak Man pun dah OK sangat...
fox. replied at 1-8-2017 07:04 PM
Air muka pakcik ni pun nampak manja
ADVERTISEMENT