"Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Perkara sebenarnya hanya saya dan dia (Afifah Nasir) sahaja yang tahu."
Ha, akhirnya mengaku juga Aliff Aziz, 26, bersikap curang terhadap isterinya Bella Astillah selepas terkantoi berdua-duaan dengan Nur Afifah Nasir di kelab karaoke. Tidak menafikan perkara itu, Aliff meminta maaf kepada mana-mana pihak yang terjejas akibat kontroversi berkenaan. "Sebagai manusia biasa saya tidak lepas daripada buat kesilapan dan saya akui melakukan perkara itu atas sebab-sebab yang tidak dapat saya jelaskan," katanya kepada sidang media pada Isnin.
Memetik mStar Online, Aliff turut menggesa pihak Afifah untuk mengaku bersalah. "Pada saya dia tidak perlu untuk menegakkan benang yang basah. "Kalau niatnya mahu menjaga reputasi, ia sudah pun berakhir," ujarnya. Tambahnya, dia merayu agar Afifah bersikap profesional meneruskan penggambaran drama mereka yang tertangguh. "Saya harap sangat Afifah bersikap profesional dan habiskan penggambaran ini, kasihan pada pihak produksi yang akan menanggung kerugian," katanya. Aliff turut mengambil kesempatan itu untuk menafikan dakwaaan dia memukul isterinya dalam kejadian berkenaan. "Dakwaan saya pukul isteri seperti yang ditulis di akhbar sangat berat buat saya. Saya tidak pukul Bella, malah kenyataannya di dalam laporan itu hanyalah mengasari tanpa sengaja," jelasnya. Sementara itu, Astro Awani semalam melaporkan Bella Astillah, 23, meminta pihak tertentu agar tidak melabelkan dirinya dengan perkataan meroyan yang disifatkan keterlaluan. "Bagi saya itu sangat kasar dan tidak patut. "Keluarga saya tahu siapa dan bagaimana perangai saya. Dalam hal ini saya tidak meroyan!" katanya pada sidang media, kelmarin. Selepas menjelaskan keadaan sebenar pada sidang media kelmarin, pasangan itu dilaporkan kini sudah berdamai. Harap-harap kontroversi ini akan selesai dengan aman dan damainya lah ya. - CARI
|
43
Bagus |
28
Marah |
31
Terkejut |
26
Sedih |
32
Lawak |
44
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT