Dipercayai melakukan tuntutan palsu bagi pembekalan telur dan susu yang berjumlah RM211, 646 kepada jabatan dietetik dan sajian di sebuah hospital, pasangan suami isteri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu untuk bantuan siasatan kira-kira jam 6 petang kelmarin. Memetik laporan Harian Metro, kedua-dua suspek yang masing-masing berumur 28 tahun dan 26 tahun itu kemudian dibawa ke ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu kira-kira jam 10 pagi tadi untuk mendapatkan perintah reman. Difahamkan, sebanyak empat tuntutan palsu melalui Pesanan Kerajaan berjumlah RM113,066 dikemukakan lelaki terbabit bagi pembekalan telur ke jabatan dietetik dan sajian di hospital yang sama pada Februari dan Jun lalu sedangkan pembekalan itu sebenarnya tidak dilakukan.
Selain itu, maklumat awal SPRM turut mendedahkan suspek mengemukakan dua lagi dokumen tuntutan palsu melalui Pesanan Kerajaan masing-masing berjumlah RM49,290 bagi pembekalan susu ke jabatan sama pada bulan Jun dan Julai lalu. Perintah reman dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen / Majistret, Noradila Ab Latiff bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.- CARI
|
6
Bagus |
6
Marah |
5
Terkejut |
4
Sedih |
4
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
kentel replied at 8-8-2017 12:26 PM
cmne boleh buat tuntutan pembekalan kalau tak ada pesanan??? so kewangan luluskan bayaran ke?
matchstick replied at 8-8-2017 01:09 PM
yg penting mampu berjanguk pakai tudung bawal penuh batu atas kepala...
berjanguk
ADVERTISEMENT