Sepasang suami isteri menemui ajal apabila motosikal yang ditunggang mereka tidak sempat mengelak dua biji tayar yang tercabut dari sebuah lori pasir. Kejadian itu berlaku semasa lori muatan pasir terbabit dalam perjalanan dari arah Batu Kikir menghala ke Kuala Pilah pada kira-kira 10.55 pagi. Memetik laporan Berita Harian, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Deputi Superintendan Syahrul Anuar Abd Wahab, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. Menurut DSP Syahrul Anuar, kedua-dua mangsa yang dikenali sebagai Azizan Sahari, 43, dan Norbaiti Awang, 44, ketika itu dalam perjalanan pulang dari Klinik Kesihatan Juasseh ke rumah di Taman Putra, kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian. "Apabila sampai di tempat kejadian, tiba-tiba tayar belakang sebelah kanan lori itu telah tercabut dan masuk ke laluan bertentangan seterusnya terpelanting ke arah kereta pasangan suami itu." "Polis sudah mengambil kenyataan pemandu lori terbabit bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987." Tambahnya, kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di Kuala Pilah sebelum diserahkan kepada ahli keluarga.- CARI |
20
Bagus |
6
Marah |
8
Terkejut |
17
Sedih |
4
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
cutieslilies replied at 11-8-2017 10:43 AM
Berita punn.. ni kereta ka motor???
ADVERTISEMENT