CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cemas! Nyaris Dimamah Api Kerana Gulai

17-8-2017 10:30 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4319| Komen: 26

Lebih 100 penduduk di Kondominium Permai di Kota Bharu berdepan situasi bahaya apabila sebuah unit di bangunan berkenaan nyaris terbakar.

Memetik Harian Metro, kejadian disebabkan salah seorang penghuninya, Choo, 49, memanaskan gulai dan terlupa memadamkan api dapur ketika keluar mengambil anak perempuannya di sekolah menengah di Jalan Atas Banggol.



Foto: Harian Metro

“Saya terkejut apabila pulang dan mendapati bomba memenuhi kawasan kondominium dan penduduk berkumpul di bawah rumah.

“Lebih terkejut apabila rumah saya yang terbabit. Nasib baik hanya kebakaran kecil di dapur,” katanya.


Cemas apabila asap tebal memenuhi aras 10 dan 11 bangunan 13 tingkat itu, penduduk bergegas turun sebaik sahaja penggera kebakaran berbunyi.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Darulnaim Penolong Penguasa Bomba Wan Mohd Shahrir Azizi Wan Said, lima anggota dikerahkan ke lokasi sejurus pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.16 petang

“Ketika tiba, aras yang terjejas dipenuhi asap tebal dan api dapat dikawal daripada merebak dalam tempoh 10 minit.

“Kami mengarahkan semua penduduk keluar bagi memastikan tiada penghuni terjejas,” katanya. - CARI
9

Bagus
12

Marah
8

Terkejut
13

Sedih
10

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (57 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote WeAiNe 17-8-2017 10:32 AM
aiyaaaaa nasib baik ooo
kalau tak unit lain pun boleh kena sama terbakar
Quote rainbow259 17-8-2017 10:36 AM
alhamdulillah.. nasib baik tk pape
Quote akusukaq 17-8-2017 10:46 AM
Biasakan cek api dapur dulu sebelum tingalkan rumah.
Quote diss69 17-8-2017 10:49 AM
boleh jadi ingatan utk kita semua...
Quote baghal_bortuqal 17-8-2017 10:57 AM
berat nanang baso sek kappung dok apartmen


this is a serious issue in malaysia where fire safety tidak diberi penekanan sewajarnya. Takat nak harapkan building management pass bomba drill tak cukup bila:
- dapat penghuni tolol mcm ni,
- penggunaan smoke detector tidak diwajibkan,
- dan segala mcm pe'el jelek spt blocking fire exit, fire doors dibiar terbuka etc.
Quote mieymiey 17-8-2017 10:58 AM
Lebih terkejut apabila rumah saya yang terbabit


Ayooo. Pastikan cek semua suis elektrik, gas sebelum keluar. Sebagai peringatan untuk kita semua.
Quote qistiena 17-8-2017 11:03 AM
aiyooo...nasib tak jadi mcm that London tu...
Quote borrow 17-8-2017 11:11 AM
Pernh jd kat ai . Lupa sgt . dh 20 minit drive  br igt api x tutup . Kelam kabut balik.

Syukur periuk yg ai beli tu berkualiti , tebal . Now ai masak klo x ada plan nk keluar ja.
Quote bawalputih 17-8-2017 11:14 AM
Nasib x merebak..kalo merebak mau kena maki acik ahso ni
Quote Rock_Jackass 17-8-2017 11:16 AM
nasib la takde pape, klu ade org tua lelah la nk lari turun ke bwh bile alarm bunyi.
Quote EvieWanKenobi 17-8-2017 11:23 AM
sib baik la tak meletop..
Quote SuRiaGreeNz 17-8-2017 11:27 AM
aku pernah jd.. dok rebus daging..
sbb lma sgt, smpai terlupa..
lps tu keluar pegi kedai,
balik tgk rumah berasap..
bruu teringt daging ats dapur..
mmg rentung terus daging & periuk tu..
jenuh sental la periuk tu, takut mak iols marah..

kdg benda nk jd, terlupa sungguh..
Quote susukambingbest 17-8-2017 11:31 AM
Org dah brumur sllu mcm tu. Trlupa lbih2 lg klau brkejar sana sini. Ada jiran aku dia surirumah, anak2 5 org msih brsekolah. Uruskn anak2 pegi blik skolah sndiri. Sheol cite penah trlupa mcm ni lah. Nsib baik api bukak kecik je. Bla bnyk hal nk fikir, mudh jd trlupa.

Sjk dr kes tu, dia tampal bbrapa kertas kt dinding n pintu ruang tamu tulis "tutup gas dan air" utk mmgelakkn sheol trlupa lg. Jd tiap kali nk kluar, bla trbaca krtas tu, sheol trus cek dapur n bilik air.
Quote Artemesiaa 17-8-2017 11:32 AM
Membahayakan nak2 jadi kat rumah bertingkat2 macam ni keluarga lain pun boleh terjejas sama.  Sebab tu penting sentiasa check dapur segala suiz sebelum keluar rumah.
Quote debab76 17-8-2017 11:34 AM
so konsepnya kena bykkan makan kismis la gitew?
Quote lasagnaklcc 17-8-2017 11:34 AM
Pernah jgk terlupa tgh panaskan pan nak goreng telur. Tgk2 api dah sampai siling.
Quote tembikai 17-8-2017 04:06 PM
ingatan utk kita semua...kdg2 tu mmg blh lupa sgguh...
Quote Madel 17-8-2017 04:11 PM
Mcm jiran belakang rumah..anak tertinggal bus sekolah.konon nya nak kejor bus sekolah..
Tapi dia nya tengah goreng ayam..lupa nak padam kan api..5mint je dia kluar..tau2 dapur dah terbakar abis dgn kabinet dapur..petiais..mesinbasuh.

Naseb baik kebetulan ada jiran bomba yg lalu baru balik kerja..abam bomba tu la yg cepat2 tarik tong gas keluar..

Naseb baik la juga sebab acik tu kluar tak kunci pintu gate rumah dia..tak kalu mmg rentung abis 1 rumah.
Quote mdhelmi 17-8-2017 04:39 PM
jgn kata amik anak sekolah lupa tutup api
makcik2 kat umah yg tgk wasap 24 jam yg nk baca 300 msg dlm 20 group sambil nk share semua benda pon bole lupa tutup api

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:06 PM GMT+8 , Processed in 0.041843 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top