Ini memang seram! Tapi, memang mendapatlah, kan? Siapa suruh mabuk sehingga tak sedarkan diri di kawasan awam. Memetik Shanghaiist, seorang lelaki dari bandar Guangxi Liuzhou dan dikenali dengan nama A'Jun itu tersedar dari mabuknya dan mendapati tali pinggangnya telah dibuka selain dompet dan telefon bimbitnya lesap!
Selepas membuat laporan, polis menjalankan siasatan dan memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan kejadian. Menerusi rakaman itu, polis mendapati A'Jun merayau-rayau di kawasan terbabit sekitar jam 2 pagi dan tidak sedarkan diri di sebuah kerusi yang berada di lokasi kejadian. Lebih kurang jam 4.30 pagi, seorang lelaki mencurigakan mendekati mangsa dan mula melakukan perbuatan 'terkutuk' itu selepas memastikan 'line clear'.
Dalam kejadian, A'Jun dilihat langsung tidak sedarkan dirinya. Memang sedaplah si kunyit itu dengan 'lolipopnya' tanpa gangguan. Selepas menonton video berkenaan, polis mula memburu suspek dan menahannya tengah hari kemudian di sebuah hotel kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian. Apabila disoal siasat, suspek yang berusia lingkungan 20-an itu mengakui dia seorang gay dan terpesona dek ketampanan A'Jun yang tak sedarkan diri itu, lalu mendorongnya untuk mencabul mangsa. Suspek kemudiannya mencuri barangan mangsa selepas memuaskan nafsunya dan mengambil 600 Yuan dari dompet mangsa, tetapi meninggalkan dompet berkenaan. Namun dia mengaku mengambil kad pengenalan A'Jun sebagai kenang-kenangan. Rakaman video itu tular di Internet dan mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen. "Dia tak mencurilah. Dia ambil duit tu sebagai bayaran 'servis' tu. "Ambil gambar A'Jun untuk dikenang-kenang. Memang cinta sejati betul! "Adoii lelaki sekarang nak tidur di mana-mana pun dah tak selamat. Betapa bahayanya pembiakan kaum Nabi Luth ni," antara komen netizen. Kasihan juga, tak pasal-pasal dicabul lelaki gay. Tapi, mendapat jugalah, kan? Siapa suruh mabuk sampai tak sedarkan diri macam tu sekali. - CARI
|
8
Bagus |
10
Marah |
10
Terkejut |
10
Sedih |
15
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
edee_91 replied at 17-8-2017 08:47 PM
ajun ni ada iras2 muka ajun perwira ke? kalau ajun tu memang handsome gila babi. babi pun kalah.
raradhia replied at 17-8-2017 08:59 PM
iols pun suka ajun yg tu, kehkehkeh
Buritan: Mesti kujadian ni berlaku kat negara isle nii{:hero
edee_91 replied at 17-8-2017 11:05 PM
nah untuk santapan kau.
ADVERTISEMENT