Sebuah Perodua Axia terhumban dari tingkat empat kawasan letak kenderaan di sebuah hotel di Genting Highlands menyebabkan dua terbunuh, lapor Astro Awani.
Kejadian jam 4.15 pagi tadi menyaksikan Palanisamy Velayutham, 50, dari Sungai Pelek, Sepang, dan warga China yang dikenali sebagai Ming Sanmao, 43, meninggal dunia di tempat kejadian. Ketua Polis Bentong Superintendan Mohamad Mansor Mohamad Nor berkata, hasil siasatan awal mendapati Palanisamy sedang memandu turun dari tingkat atas ruang parkir. "Apabila sampai di tempat kejadian kawasan membelok ke kanan dipercayai pemandu hilang kawalan terus terlanggar besi penghadang dan terjunam ke taman mini dengan keadaan keempat-empat tayar ke atas," katanya kepada Astro Awani. Kematian mangsa disahkan pegawai perubatan Klinik Genting Highlands. "Siasatan juga mendapati berlaku kecuaian di pihak pemandu yang dipercayai gagal mengawal kenderaan menyebabkan ia terbabas dan terjunam ke bawah. "Bagaimanapun siasatan masih lagi dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya. - CARI
|
19
Bagus |
22
Marah |
40
Terkejut |
24
Sedih |
10
Lawak |
28
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
CiliPadiSedap replied at 17-8-2017 07:20 PM
Axia ada isu stering lock? ada sesiapa pengguna axia boleh clarify? akak baru nak beli axia
CiliPadiSedap replied at 17-8-2017 07:20 PM
Axia ada isu stering lock? ada sesiapa pengguna axia boleh clarify? akak baru nak beli axia
ADVERTISEMENT