Kalau nak diikutkan destinasi pilihan untuk melancong, Taiwan memang tersenarai dalam pilihan utama sebab banyak tempat yang cantik dan menarik.
Namun sayang sebab sebelum ini ramai yang berat hati ke sana sebab susah nak cari tempat makan yang halal dan selain tempatnya yang tidak mesra Muslim. Tak jadi masalah lagi sebab sekarang keadaan ini sudah berubah sama sekali sebab Biro Pelancongan Taiwan kini giat menjalankan usaha bagi menarik pelancong Islam dari segenap pelusuk dunia untuk datang ke sini. Ditambah pula Islam di sana sedang berkembang dengan penduduk Muslim yang mencecah lebih dari 60 ribu orang, dan kebanyakannya terdiri dari etnik Hui.
Bagi memudahkan perjalanan pelancong di sana, penggunaan pengangkutan awam amat digalakkan dan lagi menarik sebab mereka menyediakan tempat wuduk dan solat yang sangat selesa. Ia dibina khas di tempat-tempat yang mempunyai pemandangan yang menakjubkan, secara tidak langsung sudah cukup untuk buat kita mengagumi kebesaran Tuhan. Tempat-tempat seperti Taoyuan International Airport, Kaohsiung International Airport, Taipei Train Station, Kaohsiung Train Station, and Taiwan High Speed Rail Taichung Station semuanya sudah menyediakan kemudahan yang mesra Muslim. Ibadah tetap boleh dijalankan walaupun di mana-mana sahaja. Restoran-restoran serta hotel-hotel yang menyediakan makanan Halal juga semakin berkembang di sana dengan lebih dari 109 tempat setakat ini. Tips bagi pengunjung adalah memilih premis makanan yang memiliki logo 'Halal' dan 'Salam' kerana kedua-duanya mendapat kelulusan penyediaan makanan mengikut syariah oleh Persatuan Cina Muslim (CMA). Selain singgah untuk mengisi perut di tempat-tempat makan ini, ia turut menyediakan ruang solat dan istirehat bagi pelancong sebelum bergerak dari satu destinasi ke destinasi yang lain. Rugi kalau tak cuba beberapa makanan yang menjadi keistimewaan di sini seperti Taiwan Beef Noodle yang boleh didapati di Restoran Mi Daging Lembu Ai-Jia Qingzhen. Selain itu beberapa premis yang harus dicuba makanannya termasuk Taipei Halal Bimillah Restaurant 11, Ali Baba's Indian Kitchen dan Lahore Restaurant. Malahan ada di antaranya memiliki dua tingkat berlainan dan dapurnya pula terpisah dua, bagi menyediakan tempat makan dan ruang memasak khas untuk pengunjung Muslim. Jangan lupa ambil kesempatan untuk mengunjungi rumah ibadah yang ada di sana termasuk Masjid Agung Taipei di Jalan Daan di Taipei, Masjid Kaohsiung, Taipei Cultural Mosque, Masjid Jamik Taichung, Masjid Long Gang dan Masjid Tainan. Kalau nak disenaraikan tempat wajib singgah di Taiwan memang tak cukup ruang, tapi antara yang menjadi tumpuan adalah Sun Moon Lake, Taman Tema Leofoo, Ladang Ekologi Taiyi, Yehliu Geopark dan Jiufen Old Street. Bagi mereka yang nak tahu maklumat lanjut tentang Taiwan, boleh layari laman web ini, www.taiwan.net.my/ms/ atau eng.taiwan.net.tw atau https://www.travel.taipei/muslim/. -CARI |
30
Bagus |
22
Marah |
15
Terkejut |
8
Sedih |
12
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Penglipurtales replied at 18-8-2017 05:30 PM
Menarikk. Antara tempat perlancongan dalam list
Peterpan17 replied at 21-8-2017 01:11 PM
Aku klu negara yg bahasanya ckp cing cong, cing cong mmg tak tergerak nak pergi. Mgkn pergilah tp le ...
sapeka replied at 22-8-2017 07:49 AM
nape?
tak best ke?
ADVERTISEMENT