CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pakai Burka Di Parlimen, Senator Australia Dikecam Kerana Hina Islam

18-8-2017 06:23 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 7012| Komen: 45


sumber : https://i.ndtvimg.com


Sebagai sebahagian daripada kempennya untuk melarang pemakaian burka oleh sesetengah Muslimah, Senator Australia, Pauline Hanson bertindak memakai burka berwarna hitam ke Parlimen semalam.

Ianya dikatakan bertujuan untuk menarik perhatian orang ramai terhadap isu keselamatan yang membabitkan keganasan kononnya timbul berpunca dari pakaian itu. 

Bagaimanapun, memetik laporan ABC tindakan ahli politik kontroversi itu telah mengundang kecaman pelbagai pihak termasuk pegawai kerajaan dan umat Islam khususnya. 

Dilaporkan setelah 20 minit memakai burka berwarna hitam ketika di Parlimen, pengasas parti One Nation itu menanggalkannya dan membuat seruan supaya pakaian tersebut diharamkan daripada khalayak umum atas alasan keselamatan negara.


“Jika seseorang yang memakai balaclava (topeng ski) atau topi keledar ke sebuah bank atau bangunan lain, atau di mahkamah, peralatan tersebut harus ditanggalkan."

“Mengapa peraturan ini tidak dikenakan ke atas mereka yang menutup muka atau tidak dapat dikenal pasti?”

sumber : https://s.yimg.com

Peguam Negara George Brandis menegur Hanson dengan berkata, “Kita semua sudah maklum bahawa anda bukan pengikut ajaran Islam. Saya ingin menasihati anda supaya berhati-hati terhadap kesalahan yang mungkin anda lakukan terhadap kepercayaan agama rakyat Australia yang lain.” 

Memetik laporan Sky News, Adel Salman, Timbalan Presiden Majlis Agama Islam Victoria berkata tindakan Hanson adalah suatu ‘penghinaan terhadap kedudukan beliau’.

Manakala, bagi Senator bebas, Derry Hinch, kelakuan Hanson boleh disifatkan sebagai satu perbuatan yang amat menjijikkan.

“Pauline Hanson mengejek agama beberapa orang Australia ... dia telah menghina kedudukannya sendiri iaitu sebagai Senat,” katanya. 

Bagaimanapun, Hanson tidak menyesal dengan tindakannya itu dan berharap semua orang mendapat mesej yang ingin disampaikan.- CARI




7

Bagus
6

Marah
9

Terkejut
12

Sedih
6

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (51 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FOTHER-MUCKER 18-8-2017 06:31 PM
Mashallah Peguam Negara George Brandis ada DNA melayu ke?
Quote jetrofa 18-8-2017 06:35 PM
mcm kelakar siot pula tengok makcik pauline ni..
Quote wnwa05 18-8-2017 06:40 PM
aku tak pelik kalau kapirun buat macam ni yg aku pelik ada orang melayu perangai macam palat dok mainkan isu agama
Quote FOTHER-MUCKER 18-8-2017 06:48 PM
wnwa05 replied at 18-8-2017 10:40 AM
aku tak pelik kalau kapirun buat macam ni yg aku pelik ada orang melayu perangai macam palat dok mai ...

Jika ummah tak faham mesti mereka fikir ianya adalah issue agama seperti Peguam Negara George Brandis!
Quote Maideen. 18-8-2017 07:09 PM
Ana lihat semakin manis dan menawan  Pauline Hanson ni apabila dia membungkos auratnya......

Yang bener,

Lobai pakar aurat.
Quote finesse 18-8-2017 07:15 PM
Lol... Bungkus jgn x bungkus.. hujung2 bom sana sini mcm kejadian di Russia dahulu.. dua pembungkus letupkan diri di Metro Russia.. anda sudah lupa kata???
Quote sekngucing 18-8-2017 07:34 PM
elokla sekat... dari pada jd mcm syria,  pakistan dll... bom sana sini
Quote Skuau 18-8-2017 07:54 PM
Dia sepatutnya bg bukti dan statistik mereka yg pakai burqa ada terlibat dgn keganasan atau jenayah...
Quote damian_lee 18-8-2017 08:22 PM
DNA penjenayah buangan #doneKecam
Quote TuntungReturn 18-8-2017 08:43 PM
tapi aku pelik jgk,uztazah2 yang belajar kt mesir,jordan takde la sgt pakai purdah ni. yang baru nk kenal agama yg dok pakai purdah,
Quote cmf_BeachBoys 18-8-2017 08:49 PM
Kapir dan munafik takut bebenor kat orang yang pakai burqa atau purdah ni
Quote Maideen. 18-8-2017 10:01 PM
FOTHER-MUCKER replied at 18-8-2017 06:48 PM
Jika ummah tak faham mesti mereka fikir ianya adalah issue agama seperti Peguam Negara George Bran ...

Musti lobai vongok ingat Peguam Negra George Brandis takut dengan Pauline Hanson bila Pauline Hanson pakai burqa....hahahahaha
Quote Perkele 18-8-2017 10:09 PM
Dilaporkan setelah 20 minit memakai burka berwarna hitam ketika di Parlimen, pengasas parti One Nation itu menanggalkannya dan membuat seruan supaya pakaian tersebut diharamkan daripada khalayak umum atas alasan keselamatan negara.


hah....tahu pulak beliau lemash yea
Quote Buritan 18-8-2017 10:13 PM
FOTHER-MUCKER replied at 18-8-2017 06:31 PM
Mashallah Peguam Negara George Brandis ada DNA melayu ke?

Bukan sajok ada dna mulayu.. tapi beliau mmg mulayu kini dan selamanya.. lu sajok yg malu ngaku mulayu tapi melantak budu
Quote Buritan 18-8-2017 10:14 PM
wnwa05 replied at 18-8-2017 06:40 PM
aku tak pelik kalau kapirun buat macam ni yg aku pelik ada orang melayu perangai macam palat dok mai ...

Dah punai dia tak kerat.. mmglaa ada taik palat
Quote Buritan 18-8-2017 10:16 PM
Maideen. replied at 18-8-2017 07:09 PM
Ana lihat semakin manis dan menawan  Pauline Hanson ni apabila dia membungkos auratnya......:lovelin ...

Ko tak.nak bungkus... leh gak caver leluhur tuu
Quote CiliPadiSedap 18-8-2017 10:21 PM
ni pandangan peribadi akak :

>> tutup aurat untuk wanita bukan muka tutup aurat anggota selain muka dan tapak tangan setahu akak
>> isu keselamatan di benarkan untuk lihat muka jangan sentap kalau ada isu keselamatan, tetapi yang periksa anggota badan wanita muslimah kita minta anggota wanita dan tempat tertutup daripada pandangan lelaki .

ye akak sokong isu keselamatan, kadang2 orang gunakan agama untuk terrorist, untuk kutip tin milo, untuk kepentingan diri sendiri. kita pertahankan hak kaum wanita termasuk sajat namun begitu ada masa dan tempat kita kena toleransi.

Quote orenmango 18-8-2017 11:07 PM
Pauline Hanson ni mmg kontroversi. Dia mmg ramai haters even among aussies sendiri. Sejenis redneck.
Quote teddpapel 18-8-2017 11:08 PM
Ko da kenape makcik...

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:39 PM GMT+8 , Processed in 0.267591 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top