Memetik laporan Bernama, notis perintah tutup itu dikeluarkan Pejabat Kesihatan Daerah Klang berkuatkuasa pukul 2 petang, Jumaat untuk tempoh dua minggu berakhir 1 September 2017. Menerusi rakaman berdurasi 33 saat itu, tikus tersebut dilihat mengambil secebis sayur dalam bekas hidangan lauk di premis itu. Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr Zailan Adnan mengesahkan penutupan berkenaan.
Bagaimanapun beliau berkata tindakan itu diambil bukan disebabkan penyebaran video tersebut di media sosial. Tegasnya notis yang dikeluarkan mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983, kerana premis itu tidak bersih dan boleh mendatangkan bahaya kepada orang ramai. "Agak sukar untuk pastikan di mana rakaman video berkenaan diambil. Bagaimanapun, PKD akan menjalankan siasatan dengan terperinci," katanya. “Ia bukan ditutup sebab mengesyaki video yang viral itu. Tetapi, kantin HTAR Klang itu ditutup setelah penilaian dilakukan terhadap kantin hospital berkenaan.” Tambah beliau, tindakan lanjut akan diambil jika tahap kebersihan masih tidak memuaskan, termasuk menamatkan kontrak pengusaha kantin itu.- CARI
|
saladin780 replied at 19-8-2017 03:03 AM
hospital klang ni kalu pegi..suasana cam hospital kat mumbai je rasa
manjalara_01 replied at 19-8-2017 11:33 AM
vegan mice ehehehe...ok la at least pandai jaga diet
teringat tikus yg bawak lari pizza tu
ADVERTISEMENT