CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Melodi Lagu KL2017 Tak 'Sampai', Penampilan Pun Tak Sesuai. Ini Jawapan Dayang Nurfaizah

21-8-2017 11:07 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 25088| Komen: 130|Original author: Oleh: Adib Za

Penyanyi Dayang Nurfaizah menjawab tentang penampilannya yang dikatakan kurang sesuai ketika acara pembukaan Sukan SEA (KL2017) pada Sabtu lepas.

Berita Harian melaporkan Dayang sendiri berasa keliru dengan penampilan sesuai namun selepas berbincang, itulah gaya terbaik daripadanya. Malah ia turut mendapat keizinan penganjur sendiri. 

"Sejujurnya, Dayang dan pihak pengurusan keliru apakah penampilan yang sesuai untuk malam tadi? Apakah Dayang perlu memakai jersi memandangkan ia adalah acara sukan atau bergaya tradisional?

"Bagaimanapun, selepas pihak penganjur meminta Dayang datang sebagai diri sendiri dan berbincang dengan pereka, Rizalman, terhasillah penampilan itu," katanya. 

Sebelum ini, lagu nyanyian Dayang ciptaan Datuk Ramli MS sempena KL2017, Bangkit Bersama turut dikritik kerana melodinya yang 'kurang sampai'.

Ini pula jawapan Dayang berkenaan hal tersebut:


"Saya tahu ramai yang mengkritik lagu Bangkit Bersama atas alasan melodinya kurang menaikkan semangat terutama untuk sebuah temasya sukan sebesar itu.


"Seperti yang dikatakan Ramli pada saya, lagu itu sebenarnya mengajar kita untuk menghargai jasa diri, bukannya sekadar laungan untuk mengharapkan kemenangan semata-mata.

"Apabila kita menghargai jasa diri, kita akan tahu apakah matlamat kita. Dengan itu, ia akan memberikan kita semangat yang lebih untuk mendapatkan apa yang dicita-citakan," ujarnya lagi. - CARI 

Foto: IG Dayang
14

Bagus
14

Marah
10

Terkejut
17

Sedih
18

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (88 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote terpaku 21-8-2017 11:10 AM
hauk yach....meols sebagai penonton live memang kagum dengan showmanship dayang.. tapi lagu tersebut itself buat motivation meols down... dahla dgn persembahan azlan yang miming kelaut sebutir hape tak faham..lagu mia tu ok lah.tapi still x leh beat gemuruh/standing in the eyes

meols kecewa dgn pemilihan lagu sukan sea kali ni.. event itself dah taraf dunia memang terbaik..adrenaline everywhere..

nasib persembahan dayang antara yang awal...so not memorable
Quote MH3707 21-8-2017 11:12 AM
lagu tu mmg tak berapa nak kick...sedap lagi lagu yg minah pinoy tu nyanyi...
Quote makgetah 21-8-2017 11:17 AM
Sedih and kemurungan aku tengok dayang and dengar lagu tu ..bagi lah ape2 reason pon terima lah hakikat melesia suke sgt lagu2 sedih mendayu-dayan yach
Quote pearl.silver 21-8-2017 11:23 AM
Dgr lagu dayang dapat feel ajl je...
Quote JoyahSepoting 21-8-2017 11:24 AM
Standing in the eyes 10 kali lbh baik.. lagu skn sea ni mcm xde feel la. kosong!!
Quote CardiGans85 21-8-2017 11:29 AM
Sy rs mcm pelik dgn persembahan Azlan n Monologue. Dayang ni mcm vibe AJL/Dinner show but baju bg sy, decent n cantik.

Still teringat psembahan Cindai by DCT and Standing in the eyes of the world by Ella ms Commonwealth Games 1998. Memorable
Quote Grndrbi 21-8-2017 11:39 AM
MH3707 replied at 21-8-2017 11:12 AM
lagu tu mmg tak berapa nak kick...sedap lagi lagu yg minah pinoy tu nyanyi...

Shes sabahan la sis... Tapi ada bau2 pinoy.. Sir name dia tu
Quote kucen_miang 21-8-2017 11:44 AM
CardiGans85 replied at 21-8-2017 11:29 AM
Sy rs mcm pelik dgn persembahan Azlan n Monologue. Dayang ni mcm vibe AJL/Dinner show but baju bg sy ...

1998 ingat yg ella jer. yg lagi satu tu ada ekk? tak pasan langsung.
Quote Themilo 21-8-2017 11:47 AM
better lagu Mia malam tu & heshe pun obviously outstanding..

Quote amiekz86 21-8-2017 11:48 AM
adoi.....ok la...daapat jugak dia nyanyi utk sukan sea...kita....x pon...
Quote Nenasketum 21-8-2017 12:01 PM
Camana melayu nak maju???? (Komen takda modal) ....hihihi. Ok lah tu, sora dia bukan jenis besor power kebaboom macam Beyonce.
Len kali amik Adibah Noor. Saper2 komen negatif, Adibah boleh dudukkan ampa semua.
Quote balakkampung 21-8-2017 12:21 PM
kucen_miang replied at 21-8-2017 11:44 AM
1998 ingat yg ella jer. yg lagi satu tu ada ekk? tak pasan langsung.

1998 punya persembahan terbaik..bukan takat ella dgn siti...time tu jugak ada anuar zain , ziana zain, sheila majid, amy mastura , ning dan amelina yg buat persembahan ...




Quote Orix 21-8-2017 12:24 PM
CardiGans85 replied at 21-8-2017 11:29 AM
Sy rs mcm pelik dgn persembahan Azlan n Monologue. Dayang ni mcm vibe AJL/Dinner show but baju bg sy ...

Kt mne nk cari video ella nyanyi Standing In The Eyes of the world tu mse komanwel 98 ? Iols cari kt utube tk jumpa
Quote palmolive 21-8-2017 12:26 PM
MH3707 replied at 21-8-2017 11:12 AM
lagu tu mmg tak berapa nak kick...sedap lagi lagu yg minah pinoy tu nyanyi...

tu bukan pinoy..sabahan tu
Quote rainbow259 21-8-2017 12:43 PM
tula ak pn rase.. mcm tk umpph lagu nye
Quote rainbow259 21-8-2017 12:44 PM
makgetah replied at 21-8-2017 11:17 AM
Sedih and kemurungan aku tengok dayang and dengar lagu tu ..bagi lah ape2 reason pon terima lah haki ...

hahahah kn.. bgi la lgu yg rancak n bgi semangat membara gitu
Quote samasam90 21-8-2017 12:48 PM
lagu tu buat meolls gelisah.. haha boleh gitu?
macam banyak yang kurang.. tak kick la katakan...
Quote chipsmoremore 21-8-2017 12:49 PM
kan

lagu tu macam nak masuk AJL pulakkk... dayang punya presentation pun macam fefeling masuk AJL.. ehhh x kono botoii ni

akak ingat akak sorang je kondem... ape la lagu medayu dayu nak suruh kita kemurungan kot, bukan Ramli MS ke ???

Quote chinta89 21-8-2017 12:49 PM
malaysia dengan lagu mendayu tak dpt dipisahkan?

Lihat semua komen(130)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 08:11 PM GMT+8 , Processed in 0.063550 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top