CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Slogan 1malaysia Gagal. Akan Digantikan Dgn Slogan Endless Possibilities

21-8-2013 04:03 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9455| Komen: 77

Description: Jika Slogan Pertama Kurang Memberi Kesan, Cuba Lagi. Datuk Seri Najib Razak Kini Bersedia Untuk Melancarkan Penjenamaan Baru Bagi Pendekatan Malaysia, Disasarkan Kepada Rakyat Malaysia Selepas Pilihan ...
Selepas 1Malaysia hilang taring, Putrajaya kini guna `Endless Possibilities’
OLEH JAHABAR SADIQ, PENGARANG
August 21, 2013


Jika slogan pertama kurang memberi kesan, cuba lagi. Datuk Seri Najib Razak kini bersedia untuk melancarkan penjenamaan baru bagi pendekatan Malaysia, disasarkan kepada rakyat Malaysia selepas Pilihan Raya Umum 2013 yang membangkitkan kemarahan ramai.

Kempen terbaru itu yang dipanggil `Endless possibilities’, dijangka dilancarkan pada 17 September, sehari selepas Malaysia menyambut Hari Malaysia yang ke-50, kata sumber memberitahu The Malaysian Insider.

Mereka berkata, slogan `Endless Possibilities’ akan menggantkani slogan 1Malaysian yang diperkenalkan perdana menteri ketika beliau mula menjawat jawatan itu pada April 2009. Satu laman web baru – www.malaysia.my juga kini dibina.

“Kempen `Endless Possibilities’ sudah bermula awal tahun ini tetapi pelancarannya ialah pada 17 September depan. Semua menteri sudah diberikan penerangan mengenainya,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata, Najib turut dilihat menggunakan butang lencana berlogo `Endless Possibilities’, yang berupa lingkaran tiada penghujung berjalin dengan M dan Y dalam warna merah, kuning dan putih berlatarbelakangkan warna biru, bersama dengan butang lencana logo 1Malaysia.

Slogan 1Malaysia dengan tagline `Rakyat didahulukan. Pencapaian diutamakan’ dipersendakan kerana maksudnya yang kabur dan pengkritik menyatakan ia tidak mampu menyatukan rakyat Malaysia, termasuk bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Saya tidak jelaskan konsepnya, tetapi itu yang direka,” kata bekas perdana menteri dalam satu temubual Disember lalu.

Najib berkata, beliau memutuskan bahawa ia perlu ada `elemen strategi tidak jelas yang membawa pelbagai makna’ ketika beliau memperkenalkannya tiga tahun lalu, bagi membolehkan konsep itu diperluas untuk memasukkan pendapat lain daripada masyarakat.

Tetapi, jabatan kerajaan, agensi dan usahawan mengambil slogan 1Malaysia, menghasilkan pelbagai program, insiatif, produk dan perkhidmatan berdasarkan kepada tema itu, termasuk stesen radio dan tandas awam.

Bagaimanapun, slogan itu gagal membantu Najib mendapat kemenangan besar dalam pilihan raya pada 5 Mei lalu apabila Barisan Nasional (BN) hanya mampu mendapat 133 kerusi parlimen, kurang tujuh daripada 140 kerusi yang dimenangi dalam Pilihan Raya 2008.

Sejak PRU13, slogan 1Malaysia tidak lagi digunakan, sama ada daripada kerajaan atau rakyat walaupun ia begitu giat ditonjolkan dalam kempen pilihan raya dan jelajah Janji Ditepati BN.

Sumber memberitahu The Malaysian Insider bahawa slogan `Endless Possibilities’ sebenarnya mahu dilancarkan sebelum hari mengundi, tetapi kerajaan menangguhkannya bagi mencegah kemungkinan berlaku kekeliruan.

Pos Malaysia sudah merancang untuk melancarkan setem baru bertajuk Malaysia: Endless Possibilities pada 30 Mei 2013 tetapi tidak ada tanda set setem itu.

Sumber berkata, kempen baru itu sebenarnya bermula pada awal tahun ini di majlis berprestij Forum Eknomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland dan dalam beberapa program Pelancongan Malaysia.

Klip video berdurasi 60 saat yang memaparkan Najib juga dilancarkan dan disiarkan oleh penyiar berita global CNN.

“Taklimat ringkas daripada Pejabat Perdana Menteri ialah untuk mempromosi Malaysia sebagai negara yang dinamik dengan infrastruktur lengkap membangun dan pelan pembangunan ekonomi agresif untuk masa depan.

“Dengan memaparkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, klip video itu disiarkan menerusi CNN untuk menarik pelabur dan syarikat asing ke dalam negara,” menurut penjelasan yang diletakkan bersama klip video itu dalam laman YouTube.

Terdapat juga beberapa pengiklanan bercetak dengan slogan baru itu dalam majalah antarabangsa untuk tujuan perniagaan dan pelancongan sepanjang tempoh lapan bulan lalu. Tetapi sumber berkata, penggunaan secara meluas akan hanya berlaku selepas pelancaran pada 17 September ini.

“Tunggu dan lihat. Ia akan menjadi kempen yang besar dan mengkagumkan. Kempen ini ada `kemungkinan yang tidak berpenghujung’,” katanya. – 21 Ogos, 2013.

17

Bagus
9

Marah
7

Terkejut
8

Sedih
13

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (63 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dukalara2009 21-8-2013 08:30 AM
1 lagi bentuk pembaziran akan berlaku apa akan jadi dengan produk dan banner-2 1 malaysia yang bersepah-sepah tu.....
Quote MissNigga 21-8-2013 08:32 AM
Bijan vs Hamsor.... endless love
Quote AHMADVW 21-8-2013 08:37 AM
bahasa melayu dicampak ketepi-- mana ketuanan melayu
Quote cmf_kunyit 21-8-2013 08:38 AM
janji dicapati..
Quote Czaziq 21-8-2013 08:42 AM
Mcm xkene je tagline ni. Kalo utk kompeni bole la.. Tp kalo utk negara mcm x berapa sesuai. Cuba lagi penasihat jpm!
Quote sueism 21-8-2013 08:44 AM
tak payah lah nak berlogo2 ...
Quote totokreturn 21-8-2013 08:44 AM
Pm slogan malaysia...kah...kah...kah....
Quote totokreturn 21-8-2013 08:45 AM
Memartabatkan bahasa melayu.... harkkk tuihhh....
Quote namirulmukminin 21-8-2013 08:48 AM
AHMADVW posted on 21-8-2013 08:37 AM
bahasa melayu dicampak ketepi-- mana ketuanan melayu

Ini ketuanan Kandang...
Quote dlayla 21-8-2013 08:49 AM
byk lg bende penting pakjib oiii...bukan nk ber slogan bagai...pemerintahan kelaut...phuii!!!
Quote sarajevo 21-8-2013 08:49 AM
endless membazir...
Quote gogo2 21-8-2013 08:57 AM
totokreturn posted on 21-8-2013 08:45 AM
Memartabatkan bahasa melayu.... harkkk tuihhh....

mungkin berita ni dari sumber Inggeris. Pasal tuh takde translasi utk Endless Possibilities.

Mungkin dalam BM adalah:-

"Kemungkinan Tanpa Had"
Quote undark 21-8-2013 08:57 AM
habis la duit income tax aku...
Quote rayna_raynes 21-8-2013 09:23 AM
Bapa Slogan
Quote totokreturn 21-8-2013 09:55 AM
gogo2 posted on 21-8-2013 08:57 AM
mungkin berita ni dari sumber Inggeris. Pasal tuh takde translasi utk Endless Possibilities.

Mu ...

Tak urban laa kalu guna bahasa melayu... bila guna baha omputih... nanti orang kampung tanya pak jib aper bender endless endless nih... senang nanti nak goreng.. owhhh endless nih maknanya...kami mengutamakan bantuan pada pakcik2 semua.... semua angguk2....hahaha
Quote hzln 21-8-2013 09:57 AM
dari salam hadori ke salam 1malaysia akan datang salam endless possibibilities ler pulak....
Quote aqissa 21-8-2013 09:57 AM
gogo2 posted on 21-8-2013 08:57 AM
mungkin berita ni dari sumber Inggeris. Pasal tuh takde translasi utk Endless Possibilities.

Mu ...

cam munyik adv unt iklan internat jalur lebar plak...
Quote mikasa 21-8-2013 09:59 AM
ni semua nak perabih duit je.

setakat slogan ..action lg penting
Quote totokreturn 21-8-2013 10:00 AM
Bila tanya pasal konflik mesir..... diamkan diri......
Bila tanya pasal k8nflik syria..... diamkan diri.....
Bila tanya pasal kos kenaikan harga barang..... diamkan diri......
Bila tanya pasal lantikan sharizat lembuu jadi pa dia... diamkan diri......
bila tanya pasal tembak menembak berleluasa sekarang nih..... diamkan diri....

Bila tanya pasal slogan... laju jerk jawab sl8gan baru endless love kehulu... endless love kehilir....untung macai umno bodoh dapat ketua camnih.... idop melayu..... idop bahasa melayu......kah...kah...kah...

Lihat semua komen(77)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 09:14 PM GMT+8 , Processed in 0.063375 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top