Seorang pemandu Uber menghentikan serangan seks oral terhadap seorang penumpang wanita selepas diberitahu mangsa menghidap HIV sebelum dia terburu-buru mencuci kemaluannya dengan air botol.
Suleiman Abdirizak, 42, bukan sahaja terkejut dengan pendedahan itu, malah dia juga ketakutan dijangkiti virus berkenaan sehingga terpaksa ditenangkan mangsa. Memetik Metro.co.uk, Suleiman didakwa di Mahkamah Snaresbrook Crown, London, atas tuduhan merogol. Pendakwa Sarah Morris berkata, pada 10 November tahun lalu, mangsa yang makan di luar berasa tak sedap badan selepas meminum sebotol wain. Dia kemudiannya memutuskan untuk pulang dengan perkhidmatan Uber.
Ketika dalam perjalanan, Suleiman memberhentikan kenderaannya di Buckle Street, Stepney, sebelum melakukan serangan seksual terhadap mangsa yang sedang tidur. Sarah memberitahu hakim, tertuduh memaksa mangsa melakukan seks oral jika mahu perjalanan diteruskan. "Mangsa terpaksa menipu suspek dengan memberitahu dia menghidap HIV untuk melepaskan diri," katanya. Ketika disoal siasat, mangsa berkata, dia tidak tahu macam mana dia boleh terfikirkan idea itu. "Dia cepat-cepat berkumur dan mencuci kemaluannya kerana menyangka dia telah dijangkiti virus itu. "Saya tahu dia terkejut dan dalam ketakutan. Saya beritahu dia yang semuanya akan baik-baik sahaja," katanya. Suleiman, bagaimanapun menafikan tuduhan berkenaan, sebaliknya mendakwa wanita terbabit menyuruhnya memberhentikan kenderaan di sebuah tempat tersembunyi kerana mahu muntah. - CARI
|
23
Bagus |
22
Marah |
20
Terkejut |
24
Sedih |
20
Lawak |
27
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT