Sahara Yaacob tidak akan sesekali mengubah imej dan fesyen rambutnya semasa membuat persembahan pentas. Penyanyi veteran yang terkenal dengan julukan "Tina Turner Malaysia" ini mengatakan disebabkan rambutnya yang menggerbang itulah dirinya dikenali ramai.
“Saya seorang penyanyi dan saya dikenali dengan rambut saya. Mereka mahu saya pakai tudung? Pernah kita dengar dan lihat Tina Turner menyanyi pakai tudung? “Mereka mahu membuang identiti saya. Mereka mahu mengawal saya dan bidang saya. Siapa mereka, mahu campur hal saya?” katanya kepada ProjekMMO. Walau bagaimanapun penyanyi berusia 61 tahun ini sekadar menggunakan rambut palsu sahaja dan masih memakai anak tudung di dalamnya.
Katanya dia masih mengenakan hijab dalam kehidupan sebenar dan tidak mengambil kisah segala tohmahan dari orang ramai. “Saya berkecimpung sejak 1968. Mereka suruh saya menyanyi pakai tudung? Saya gila atau mereka yang gila?” katanya. Bagi pelantun lagu Peronda Jaket Biru ini, hijab hanyalah penampilan luaran namun apa yang dilihat Tuhan adalah keikhlasan dalam amalan. “Ya, agama itu penting. Tetapi agama itu antara kita dengan Tuhan. Tidak perlu berlakon untuk menjadi alim. Allah lebih tahu. “Kalau hati tidak betul, pakai serban sebesar rumah pun tiada makna. Allah tidak pandang serban atau tudung kita. Dia pandang hati yang bersih. “Jadi tolong jangan tunjuk pandai dengan saya. Saya tidak mahu orang bercakap yang bukan-bukan dengan saya. Saya sudah masak untuk itu,” katanya. Itu kata Sahara, pendapat anda pula macam mana? -CARI |
25
Bagus |
28
Marah |
14
Terkejut |
15
Sedih |
3
Lawak |
25
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Kalau hati tidak betul, pakai serban sebesar rumah pun tiada makna
ADVERTISEMENT