CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hanya Di Melaka, Pasangan Yang Ingin Bertunang Perlu Isi Borang

24-8-2017 01:36 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 9369| Komen: 61


Seperti mana yang kita ketahui, sejak zaman dahulu lagi pertunangan hanya diikat secara lisan dengan cincin sebagai tanda.

Segala perbincangan untuk merisik dan pertunangan dijalankan secara lisan antara wakil pihak lelaki dan wanita.

Kini, dilaporkan dalam usaha menjaga kepentingan pasangan yang ingin bertunang di Melaka, borang bertunang perlu diisi buat kedua-dua pihak yang terbabit. 

sumber : internet

Memetik laporan Berita Harian, borang bertunang itu dinamakan sebagai Perjanjian Pertunangan, yang mempunyai terma yang mengikat kedua-dua pihak kepada perjanjian tersebut. 

Menurut setiausaha Persatuan Sidang Melaka, Muslihin Muhammad, borang pertunangan itu sudah lama diwujudkan dan tercatat dalam sebuah buku panduan adat pada 1980-an oleh Persatuan Ketua-Ketua Kampung (Sidang) Melaka yang ditubuhkan sejak 1960. 


Tambah Muslihin, selain memuat perkara mengenai tanda dan nilai pertunangan yang dibawa, jumlah hantaran dan tempoh pertunangan, dalam lampiran  borang (terkini) itu mengandungi nama pasangan bertunang, nombor MyKad dan alamat.

sumber : The Reporter

"Pasangan berkenaan perlu mengikut tempoh pertunangan menerusi borang yang disediakan itu."

"Sekiranya pasangan bersetuju mengikat dalam tempoh setahun, maka majlis boleh dipercepatkan atau tepat dalam tempoh. Namun tidak boleh melebihi tempoh itu."

Sementara itu, perlaksanaan borang pertunangan itu difahamkan bukan sahaja untuk menjaga maruah pasangan, malah mengangkat adat masyarakat Melayu. 

Secara adatnya, pasangan tidak dibenar berdua-duaan sehingga boleh menimbulkan fitnah dan sidang berhak menegur perlakuan sumbang pasangan berkenaan ketika dalam tempoh pertunangan. 

Bagi Azyan Nadhira Azmi yang bakal berkahwin pada Februari 2017, berkata,urusan untuk mengisi borang tersebut tidaklah rumit dan pasangan hanya perlu menyerahkan salinan MyKad sebagai bukti ikatan menerusi borang, selain resit pembelian tanda pertunangan seperti cincin atau gelang tangan.  

"Saya menyokong penggunaan borang ini kerana ia adalah satu daripada cara untuk memberi keadilan kepada mana-mana pihak sekiranya pertunangan itu diputuskan," tambah Azyan.- CARI


2

Bagus
12

Marah
4

Terkejut
13

Sedih
16

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (61 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote azimodin 24-8-2017 01:46 PM
Aku selaku perempuan menyampah dengan adat melaka minta resit cincin tunang. Masa aku merisik dulu tetiba makcik2 hauk demand nak nak tengok resit (katanya adat). Aku pulak x aware & xde bagitahu pihak lelaki. xpasal2 je jadi kekecoha. seb baik la mak mertua aku ada simpan resit dalam handbag. Kalau setakat penghulu je tengok resit OK lagi, ni siap pas2 kat orang2 yang ade, saksi la konon.
Quote palmolive 24-8-2017 01:49 PM
azimodin replied at 24-8-2017 01:46 PM
Aku selaku perempuan menyampah dengan adat melaka minta resit cincin tunang. Masa aku merisik dulu t ...

takut calon menantu tipu cincin emas korea ker..ahak ahak
Quote lasagnaklcc 24-8-2017 02:02 PM
Yg nilai cincin tu kan, kalau putus tunang pihak lelaki akan dpt refund ke? Atau dpt blk cincin cthnya.
Quote insulin 24-8-2017 02:06 PM
Hmmm.. Agak2 korang rasa borang ni suatu hari nanti akan kena mati setem x?
Quote ryer25 24-8-2017 02:13 PM
insulin replied at 24-8-2017 02:06 PM
Hmmm.. Agak2 korang rasa borang ni suatu hari nanti akan kena mati setem x?

kena ada cop pesuruhjaya sumpah
Quote azimodin 24-8-2017 02:23 PM
ryer25 replied at 24-8-2017 06:13 AM
kena ada cop pesuruhjaya sumpah

pastu dapat kad tunang dengan gambar berukuran pasport
Quote krustykrab 24-8-2017 02:27 PM
azimodin replied at 24-8-2017 01:46 PM
Aku selaku perempuan menyampah dengan adat melaka minta resit cincin tunang. Masa aku merisik dulu t ...

betul tu....aku prnh ikut family in-law gi merisik org melaka....sekali ketua mintak tgk resit....menyirap darah MIL aku sbb cincin murah je



Quote haryatie 24-8-2017 02:35 PM
azimodin replied at 24-8-2017 01:46 PM
Aku selaku perempuan menyampah dengan adat melaka minta resit cincin tunang. Masa aku merisik dulu t ...

parahnya..
takut emas korea@zhulian kut..
maklum zmn sekrang ramai org suka menipu
jadi org pun mula berhati2 hati kut..

Quote azimodin 24-8-2017 02:37 PM
haryatie replied at 24-8-2017 06:35 AM
parahnya..
takut emas korea@zhulian kut..
maklum zmn sekrang ramai org suka menipu

Masa nikah dorang mintak bukti transaction maybank2u duit hantaran
Quote haryatie 24-8-2017 02:38 PM
sbb da byk sgt kes tipah tertipu ni kut..
mungkin ada baik nya ..

Quote haryatie 24-8-2017 02:41 PM
azimodin replied at 24-8-2017 02:37 PM
Masa nikah dorang mintak bukti transaction maybank2u duit hantaran

ok le tu...
semua tu kena ada hitam putih..
main cakap2 jerk dia org x confident..



Quote fff_cat 24-8-2017 02:43 PM
Aku orang melaka... takde pulak aku tgk famili2 belah aku mintak2 resit cincin ni.

Dolu2 time zhulian tak wujud lg pun tak penah aku tengok mcm tu. Ni mesti sesetgh tempat je kat melaka tu, bukan semua sama..
Quote AbukRokok 24-8-2017 02:47 PM
insulin replied at 24-8-2017 02:06 PM
Hmmm.. Agak2 korang rasa borang ni suatu hari nanti akan kena mati setem x?

Endless possibilities
Quote rainbow259 24-8-2017 02:48 PM
azimodin replied at 24-8-2017 01:46 PM
Aku selaku perempuan menyampah dengan adat melaka minta resit cincin tunang. Masa aku merisik dulu t ...

ada jgk mcm ni ek...
Quote rainbow259 24-8-2017 02:48 PM
insulin replied at 24-8-2017 02:06 PM
Hmmm.. Agak2 korang rasa borang ni suatu hari nanti akan kena mati setem x?

hahaha boleh jdi jgk..
Quote helle 24-8-2017 03:00 PM
Hehe ok gak la...malang tak berbau...cam kes anak sedara akak terpaksa cari loyer nak saman x tunang sbb mungkir
Quote makita 24-8-2017 03:06 PM
Kalau 15 thun dulu ada mcm ni..mmg masak kwn aku. Waktu dlm tempoh pertunangan, dia suruh bf baru msuk merisik. Lepas tu dia suh mak dia bgtaw tunang dia yg dia ade org lain. Senang je dia uruskn hal kecurangan dia.
Quote bangcak 24-8-2017 03:10 PM
sekeping borang baper hengget?
selepas gst kira baper??
Quote DeeHanania 24-8-2017 03:11 PM
fff_cat replied at 24-8-2017 02:43 PM
Aku orang melaka... takde pulak aku tgk famili2 belah aku mintak2 resit cincin ni.

Dolu2 time zhu ...


Ahaa kita pun asal Melaka,
Dlu xde pun isi borang tuk btunang ke hape,
Cuma dlu sblm nak bkawen memang kena isi borang pengesahan bujang kat pejabat Agama tu jek
Skrg nie bru nak buat tuk isi borang btunang nie..

Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:05 AM GMT+8 , Processed in 0.100836 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top