CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

12 Tahun Bercinta, Gadis Mualaf Nekad Nikahi Pesakit Kanser

27-8-2017 10:43 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10951| Komen: 102

12 tahun perkenalan membuatkan seorang mualaf nekad menikahi pasangannya yang menghidap kanser.

Andrea Adrianna Law Abdullah, 31, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Alfian Rizal, 34 yang kini menderita kanser usus besar dan hati tahap yang keempat.


Foto: Harian Metro
Menurut laporan Berita harian, majlis pernikahan berlangsung dengan suasana pilu kerana keadaan Alfian sendiri yang sudah tidak berupaya berjalan atau berdiri.

Walau bagaimanapun Andrea Adrianna berkata, dia ikhlas menerima takdir berjodohan dengan suaminya itu walaupun mengetahui risiko tentang penyakitnya.

"Kami sudah lama berkawan, iaitu sejak sama-sama menuntut di Universiti Multimedia (MMU) Melaka. Selain sudah kenal hati budi masing-masing, dia tidak pernah memaksa saya memeluk Islam.

"Keikhlasan dirinya membuatkan saya tertarik sehinggalah membimbing saya mendapat hidayah memeluk Islam tahun lalu. Saya yakin dialah jodoh terbaik buat saya," katanya sebak.

Foto: Berita Harian
Sementara itu Alfian mengakui pengorbanan cinta isterinya adalah kekuatan dirinya untuk berjuang meneruskan kehidupan.

"Dalam keadaan diri saya diuji sebegini, Andrea tetap berada di samping saya waktu susah dan senang. Itulah yang membuatkan saya terharu kerana dia menerima saya seadanya.

"Alhamdulillah, doa saya untuk mengahwininya dimakbulkan Allah SWT. InsyaAllah kami berdua akan berlepas ke Guangzhou, China untuk menjalani rawatan kimoterapi. Diharapkan keadaan saya bertambah baik," katanya. -CARI

9

Bagus
17

Marah
10

Terkejut
12

Sedih
17

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (79 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kibodwatriuh 27-8-2017 10:49 AM
Semoga diberkati hidup kedua-duanya.
Quote MissMamamia75 27-8-2017 11:04 AM
Alllahu..tacingnya akak baca kisah ni pagi2


Semoga segera sembuh Dik..dan kekal bahagia till jannah
Quote finesse 27-8-2017 11:05 AM
Ini baru relationship goalss adik2 WeChat sekalian yach!!!
Quote HoneyManjer 27-8-2017 11:08 AM
Sodehhhhhh{:childlike
Quote lee_haru 27-8-2017 11:11 AM
True love still exist...
Quote uori 27-8-2017 11:13 AM
sedihnyaaa  
semoga cepat sembuh  
aku harap dorang bahagia sampai mati!  
Quote insulin 27-8-2017 11:14 AM
Rasa sayu pula selepas baca kisah pasangan ini.

Semoga Allah memberkati pasangan ini.
Quote asfaz 27-8-2017 11:14 AM
Semoga cepat sembuh dan bahagia..aamiin
Quote Pink_Purple 27-8-2017 11:18 AM
sampai ke China nak pergi kimo,

kepakaran tempatan xde ke..
Quote bedahmenjuyah 27-8-2017 11:25 AM
Semoga cepat sembuh dan berbahagianke hujung nyawa
Quote MissNigga 27-8-2017 11:34 AM
kalo jodoh tak berpanjangan di dunia ni ... iols doakan agar pasangan ini akan berkekalan sehingga ke jannah ....
Quote pucuk-kelompang 27-8-2017 11:37 AM
salute you... cinta agung...
Quote Decaffeinated 27-8-2017 11:43 AM
Cinta agung memang menuntut pengorbanan tahap tertinggi.

Mak bapak budak pompuan ni redha ka..... tak pula diceritakan....

Quote minguk 27-8-2017 11:45 AM
Semoga beliau diberi kesembuhan...
Sedih betul baca..
Quote mdmyana 27-8-2017 11:48 AM

Semoga dipermudahkan segala urusan
Quote vanillaninja 27-8-2017 11:55 AM
Semoga Alfian diberikan kesembuhan dan perkahwinan kekal sehingga akhir hayat.
Quote Knowlee 27-8-2017 11:56 AM
Such a true love. Amazing. They appreciate each other.
Quote felinecat 27-8-2017 11:57 AM
amazing, sedihnye
Quote felinecat 27-8-2017 11:58 AM
Pink_Purple replied at 27-8-2017 11:18 AM
sampai ke China nak pergi kimo,

kepakaran tempatan xde ke..

kite ad institut kanser negara. tp itu usaha die cari alternatif..di hongkong, taiwan, china ade rawatan alternatif, sediakan wang saje

Lihat semua komen(102)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:44 AM GMT+8 , Processed in 0.108715 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top