"Ia situasi sukar buat Haziq, dan kesilapan itu boleh berlaku ke atas mana-mana pemain. Kita tak boleh menyalahkan dia." Demikian respon yang diberikan oleh Jurulatih skuad Bawah 22 Tahun (B-22) negara, Datuk Ong Kim Swee apabila ditanya mengenai kesilapan penjaga gol Muhammad Haziq Nadzli yang tertumbuk bola ke gawang sendiri. Dilaporkan kesilapan itu berlaku ketika penjaga gol berusia 20 tahun itu cuba mengeluarkan bola sepakan sudut pada minit ke-39. Memetik laporan Berita Harian, bekas pengendali kebangsaan itu berkata, beliau bangga dan berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh pemainnya sepanjang kejohanan ini, cuma kali ini skuad kita tiada rezeki.
Bagaimanapun, beliau turut secara jujur mengatakan kecewa itu tetap ada kerana gagal memenangi pingat emas yang menjadi impian seluruh rakyat Malaysia. Difahamkan, kekalahan malam kelmarin seakan mengulangi tragedi 2001 di mana Malaysia tewas dengan keputusan sama apabila kesilapan penjaga gol Kamaruzaman Hassan menghadiahkan kemenangan buat skuad Gajah Perang di venue yang sama.- CARI |
30
Bagus |
26
Marah |
22
Terkejut |
29
Sedih |
20
Lawak |
35
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
PEPPERMAN replied at 30-8-2017 11:54 AM
Saya tak lah impikan sangat pingat emas bola sepak. Sebab banyak acara lain sudah pun cemerlang. Da ...
highcastle replied at 30-8-2017 12:12 PM
Bagi aku peminat tak rasakan sangat kekalahan malam tadi, cuma jangan kalah dengan Indon........:lol ...
prizadane replied at 30-8-2017 12:20 PM
pada aku, haziq buat mistake. tu je. tapi aku tak salahkan dia. sebab manusia akan buat salah. plus, ...
ADVERTISEMENT