CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kes Polis Dibunuh Dalam Balai: Suspek Disyaki Abang Sepupu Mangsa Direman 7 Hari

2-9-2017 01:09 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 7177| Komen: 22


sumber : internet


Insiden pembunuhan Lans Koperal Valentino anak Mesa, 29 ketika bertugas bersendirian di kaunter pertanyaan balai polis di Subang Jaya itu, awal pagi Khamis lalu bukan sahaja dipandang serious oleh pihak polis malah bertindak pantas menahan seorang suspek berusia 34 tahun untuk bantuan siasatan. 

Memetik laporan Free Malaysia Today, suspek diatahan ditahan 16 jam kemudian di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, ketika dia cuba melarikan diri ke luar negara. 

Dilaporkan pagi kelmarin suspek berbaju lokap oren dibawa ke mahkamah di Petaling Jaya pagi kelmarin dan mahkamah meluluskan permohonan tahanan reman ke atas suspek selama 7 hari bermula kelmarin. 

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor, proses siasatan yang dijalankan mengikut undang-undang sedia ada, kami mengharapkan tiada sebarang spekulasi ke atas tangkapan ini kerana akan menjejaskan siasatan sepertimana yang telah tular sebelum ini.


"Ketika kejadian, suspek terbabit menyerbu balai berkenaan dan menetak adik sepupunya, sebelum mengambil pistolnya dan menembak mati mangsa."

Memetik laporan Berita Harian, Datuk Mazlan Mansor turut berkata sebarang rakaman CCTV yang diserahkan kepada pihak penyiasat boleh membantu merungkai kes pembunuhan.

"Siasatan kes ini masih lagi berjalan. Tolong berikan kami ruang untuk menyiasat kes ini," katanya.

Pada masa sama, beliau turut menafikan dakwaan bahawa senjata api yang dibekalkan kepada Valentino iaitu Walther P99, yang dipercayai diambil penyerangnya, sudah ditemui.

Menurut laporan China Press, suspek sebenarnya merupakan abang sepupu mangsa. Difahamkan, suspek berdendam dengan mangsa kerana pertikaian keluarga, kemudian merancang untuk membunuh mangsa 

Akhbar itu melaporkan suspek sengaja memilih waktu itu untuk memastikan pembunuhan dapat dijalankan dengan lancar berikutan suspek dikatakan biasa dengan jadual dan persekitaran kerja mangsa, 

Sumber yang dipetik akhbar Sin Chew Daily melaporkan, polis masih menyiasat motif pembunuhan, tetapi siasatan awal menolak kemungkinan kes itu ada kaitan dengan wang. - CARI

18

Bagus
22

Marah
16

Terkejut
19

Sedih
9

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (99 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote husie91 2-9-2017 01:34 AM
Agak2 sebab apa la eh sampai sepupu sendiri tegamak nak bunuh. Betul2 dendam kesumat tu
Quote izzat1987 2-9-2017 05:07 AM
husie91: Agak2 sebab apa la eh sampai sepupu sendiri tegamak nak bunuh. Betul2 dendam kesumat tu

Kekadang polis2 ni bukan la baik sangat. Manusia biasa macam kuta juga la. Ada la tu yg mangsa dh buat hingga lelaki ni sanggup ambil jalan terkutuk ni.
Quote raradhia 2-9-2017 07:53 AM
even sepupu sndri pun xboleh dipercayai, kekdg org yg terdekat dgn kita lg bahaya. .
Quote dreamy_forest 2-9-2017 08:08 AM
Ganasnya abg sepupu...bunuh pastu lari obesi cam cter csi
Quote jazaa100 2-9-2017 08:10 AM
Edited by jazaa100 at 2-9-2017 08:11 AM

Entah entah mangsa kwin dgn gf dia kot....mangsa polis, mestilah gf pilih mangsa dari suspek...

Dah dlm kapalterbang dah....sikit lg nk selamat berlepas....knp dia tak pegi thailand dulu naik ets sampai perlis

Ets penuh kot org ramai cuti....

Quote alieyrina 2-9-2017 10:25 AM
Masalah kuarga? Ok spesifik skit..masalah pa?
Quote stryder_cats 2-9-2017 10:43 AM
betul2 dendam kesumat ni..
Quote pyropura 2-9-2017 10:51 AM
Betul ke dibunuh sepupu????
Atau sengaja direka cerita penipu??
Quote white_musk 2-9-2017 11:14 AM
Al fatihah..  Semoga rohnnya dicucuri rahmat.  
Quote moonbug 2-9-2017 12:10 PM
Cara bunuh tu pun mmg obvious sbb dendam. Sanggup dtg dari Sibu turun KL semata2 nak membunuh
Quote chazey 2-9-2017 12:42 PM
Abang sepupu ka ipar? Konfius akak. Gosip kata abang ipar. Berita kata abang sepupu.
Quote chazey 2-9-2017 12:45 PM
Akak ada lehat gambar meka bersama. Obviously meka ada hang out togeder. So psiko kan tetiba pi tetak bunuh macam takda perasaan gitu.
Quote Skuau 2-9-2017 03:22 PM
Drp mo saspek...mesti bnyk tgk csi,ncis,c mind dsb.....
Quote shernazz 2-9-2017 04:01 PM
disyaki sebab harta pusaka..
Quote RatuDunia94 2-9-2017 04:11 PM
Dlm masa 16 jam sempat juga kalo nk lari ke luar negara.  Tp flight delay.. Haha
Quote Vokuro 2-9-2017 05:39 PM
moonbug replied at 2-9-2017 12:10 PM
Cara bunuh tu pun mmg obvious sbb dendam. Sanggup dtg dari Sibu turun KL semata2 nak membunuh

Iya sister, abang polis pakar forensik tengok cara di bunuh pun dah tahu bunuh dengan dendam ke apa, kalau bunuh dendam ini memang di tikam2 banyak.kali, bukan untuk matikan semata mata. Contoh kalau bunuh dengan pisau.
Dari situ pun pihak polis dah boleh narrow down siapa pembunuh nya iaitu pembunuh harus la di kenali mangsa, lepas tu check log ponsel, siapa kontek.terakhir bagai, kes senang jah nak selesai.

Acik2 kepam bimbo jah yang tak boleh hadam konsep.pembunuhan ini.

Sama jua kalau bunuh dalam.rumah, polis akan check ada barang hilang ke idok, ada kesan force entry ke idok untuk determine pelaku
Quote Pink_Purple 2-9-2017 07:24 PM
rapat la tu, sbb tu tahu jadual keje mangsa.

biasa kut dia pergi balai, sbb tu pengawal dipondok jaga xtahan dia
Quote kimchipedas 2-9-2017 09:24 PM
Ini betul2 dendam kesumat ni smp gamak bunuh gitu..
Quote EvieWanKenobi 3-9-2017 11:34 AM
Memang dah nekad untuk bunuh..

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 05:19 PM GMT+8 , Processed in 0.064571 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top