CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tren ERL Rosak Lagi, Penumpang Berjalan Kaki Masuk Ke KLIA

5-9-2017 12:20 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 10359| Komen: 98


sumber : keratan dari YouTube


Tren Express Rail Link atau ERL yang menghubungkan bandar raya Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur KLIA dilaporkan mengalami masalah teknikal sehingga menyebabkan penumpang terpaksa berjalan kaki ke ruang legar KLIA.

Memetik laporan New Straits Times, kejadian tersebut berlaku pada 5.30 petang kelmarin yang membabitkan seramai 20 orang penumpang yang terpaksa berjalan kaki mengikut laluan di landasan tren ERL ke luar legar KLIA.

Menurut jurucakap Malaysia Airports Holdings Berhad, MAHB, biarpun tren tersebut telah lama dan tempoh penggunaannya masih tinggal kira-kira lima tahun lagi, namun kerja-kerja pembaharuan dijangkakan hanya akan siap sepenuhnya pada hujung tahun ini. 

" Sejurus terima laporan kerosakan berlaku, jurutera kami segera tiba di lokasi dalam masa seminit. Hanya penumpang didapati tidak bersabar dengan bertindak membuka pintu gerbang tren berkenaan dan berjalan kaki mengikut laluan landasan ke ruang legar KLIA."



Walaupun, seramai 20 orang penumpang memilih berjalan kaki ke ruang legar KLIA, tetapi paparan video mendapati masih terdapat seramai lima orang penumpang memilih tunggu di dalam tren ketika kerja-kerja pembaikian sedang dilakukan.

Difahamkan, tren ERL tersebut telah mengalami masalah kerosakan sebanyak dua kali dalam masa tiga bulan, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz turut menggesa pihak MAHB segera menyelesaikan masalah kerosakan tersebut bagi mengelakkan perkara seumpama ini berulang sekaligus menyusahkan para pelancong.- CARI
7

Bagus
11

Marah
10

Terkejut
7

Sedih
11

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (53 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Themilo 5-9-2017 12:40 PM
ni Aerotrain la bingai.. bukan ERL.. mohon editor study perbezaan aerotrain, erl, lrt, mrt, brt, komuter, monorel dan lain-lain jenis pengangkutan awam.
Quote helicornia 5-9-2017 12:49 PM
Themilo: ni Aerotrain la bingai.. bukan ERL.. mohon editor study perbezaan aerotrain, erl, lrt, mrt, brt, komuter, monorel dan lain-lain jenis ...

lorr aerotrain ke..mmg btul la ko ckp bingai
Quote munahjolie 5-9-2017 12:54 PM
Hahahah. Aerotrain oh Aerotrain. Dah penuh nak mampos setiap kali nak naik. Mana tak rosak? Kalau satu train dengan pelancong pprt dorang akan cakap kuat2 duduk silang kaki dengan kasut yg busuk, bergasak sesama sendiri tak hiraukan orang lain padahal dalam tu tengah sempit gila. Kalau dapat pelancong bertamadun sikit, Duduk sopan je. Atau berdiri kasi orang yg lebih tua duduk. So sweet gituuu.
Quote makshu 5-9-2017 12:56 PM
Edited by makshu at 5-9-2017 12:59 PM

aku dh bayang ERL dr KL tu rosak.. gigih naww passengers nk jln kaki smpai klia.. ko igt stesyen erl tu dekat2..?? alahaiiiii.. aerotrain rupanya..
Quote jfq 5-9-2017 01:07 PM
Baru nak sembur penulis. ERL yg dari klsentral.
Yg rosak ni aerotrain internal service within klia
Quote oni313 5-9-2017 01:09 PM
ayooo


ERL ngan aero train pun takleh beza ka?

pitam akak dek, jalan kaki dari airport ke KL
Quote jerukkedondong 5-9-2017 01:14 PM
Themilo: ni Aerotrain la bingai.. bukan ERL.. mohon editor study perbezaan aerotrain, erl, lrt, mrt, brt, komuter, monorel dan lain-lain jenis ...

Haaaahaahaa..kan dah dapat bingai..memang bingai pun...
Quote RooneyMara 5-9-2017 01:15 PM
Baru nak ckp, gigih betul erl rosak pastu jalan sampai klia. Lepas baca komen, rupa nya aerotrain.
Quote cmf_premierleag 5-9-2017 01:18 PM
Ya ampun.. Apa ke bodoh sgt wartawan CARI ni?  Erl dan aerotrain pun dah bleh beza ke?
X penah gi klia ke dik?  X penah naik flite gi obersi ke dr klia?
Quote jfq 5-9-2017 01:20 PM
Wartawan CARI pls expand ur general knowledge before perasan nak jadi wartawan
Quote cauliflower 5-9-2017 01:38 PM
kikikiki bimbo nya Aerotrain dengan ERL pun tak reti nak beda...kalau ERL rosak kau naik lah UBER atau GRAB sis. tak ke mampos nak jalan smpi KLIA tu.......sah sah kau terlepas flight dik kalau kau jalan kaki ke KLIA
Quote Atifan 5-9-2017 01:51 PM
Hahaha..last sekali tuan tanah kena hencap blk..dik, sila buat homework sblm buka thread..selamat beramal
Quote Pink_Purple 5-9-2017 02:01 PM
jerukkedondong replied at 5-9-2017 01:14 PM
Haaaahaahaa..kan dah dapat bingai..memang bingai pun...

LTS memang bingai, byk kali dah nmpk thread dia,

mabuk ketum kut,  gosip artis buka kat CI
Quote namr 5-9-2017 02:05 PM
Wartawan tahap pmr kah
Quote buragazz 5-9-2017 02:13 PM
Themilo replied at 5-9-2017 12:40 PM
ni Aerotrain la bingai.. bukan ERL..  mohon editor study perbezaan aerotrain, erl,  ...

Patut la aku cam... ni ERL ker... bukan Aerotrain .. rupanya betul
Quote supernaturalee 5-9-2017 02:24 PM
Pink_Purple replied at 5-9-2017 02:01 PM
LTS memang bingai, byk kali dah nmpk thread dia,

mabuk ketum kut,  gosip artis buka kat CI

tp die xpnh reply balik
kira telan je kena hencap berbakul2



Quote dinopower2 5-9-2017 02:25 PM
Themilo replied at 5-9-2017 12:40 PM
ni Aerotrain la bingai.. bukan ERL..  mohon editor study perbezaan aerotrain, erl,  ...

tu la aku mcm torkajut baca..... larat plak berjalan sampai klia....
ni la wrwtn cari yg dibanggakan @admin6

please la..... takyah jd wrwtn la klau menda asas pun tak reti nak check... general knowledge zero.....
Quote dinopower2 5-9-2017 02:28 PM
makshu replied at 5-9-2017 12:56 PM
aku dh bayang ERL dr KL tu rosak.. gigih naww passengers nk jln kaki smpai klia.. ko igt stesyen erl ...

kan.... geram plak aku budus ya amat..... ingat penumpang nak jln kaki ke.... ingat dekat?
mohon @chazey @MissNigga @kucen_miang menambah edisi carutan... agar2 sel2 otak wrtwn cari berhubung

wrtwn cari yg ade kelas tersendiri bleh klaim terslh type ka... apa ka.... bile takleh beza jenis train tu mmg sah2 tak layak jd wrtwn.....
ke ko keje dlm opis je.... cari bahan ke internet?
Quote kakigebang 5-9-2017 02:37 PM
Bingai punya tajuk..

Lihat semua komen(98)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:08 PM GMT+8 , Processed in 0.129880 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top