CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tular Video Lelaki Warga Emas Dipukul, Suspek Dikenal Pasti Jiran Mangsa

11-9-2017 06:20 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3352| Komen: 18




Sebuah video memaparkan seorang lelaki dalam lingkungan 50-an dipukul dengan kejam sambil disaksikan seorang wanita dan kanak-kanak menjadi tular di media sosial. 

Memetik laporan mStar, pihak polis kini sedang mengesan suspek yang dikenal pasti sebagai jiran pengadu yang bertindak memukul mangsa dengan menggunakan rotan panjang manakala rakannya bertindak merakam kejadian pengadu dipukul.

Dipercayai klip video yang berdurasi seminit 44 saat itu dirakam di kediaman mangsa di Klang, Selangor dan dimuat naik oleh pengasas Komuniti Kepolisan Masyarakat (CP) Malaysia, Kuan Chee Heng menerusi laman Facebooknya Ahad lalu.

Ketua Komunikasi Korporat Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Datin Asmawati Ahmad berkata punca serangan itu dipercayai daripada pertelingkahan antara mereka berdua sebelum itu.


“Kejadian dipercayai berpunca daripada tindakan mangsa yang sebelum itu memarahi suspek menggunakan kata-kata kesat dan lucah kerana mencampuri urusan keluarga mangsa."

Mangsa yang dilaporkan mengalami kecederaan di bahu, peha, punggung dan betis telah mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (TAR) Klang.- CARI
8

Bagus
5

Marah
12

Terkejut
9

Sedih
10

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (52 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote raradhia 11-9-2017 06:26 PM
kesiannya, dah tua pun kena pukul. .
Quote batmana 11-9-2017 06:45 PM
warga emas tu dh nyanyuk kot
tu yg mulut laser

husnozon ajala

kt kg ada ja cmni
Quote MRX 11-9-2017 06:55 PM
Kejamnya apek ni {:laugh
Quote moonbug 11-9-2017 06:58 PM
Kerana mulut badan binasa
Quote Jorja 11-9-2017 07:03 PM
Dua dua salah tapi sorang confirm masuk lokap..not worth it
Quote alieyrina 11-9-2017 07:10 PM
Kat kampeni aku pun yg tua memg mulut laser..gaduh dgn cleaner sampai maki2..kalau dia bebel kami buat x tau ja..bila nak berambus tah
Quote cik_noreen 11-9-2017 08:12 PM
sian apek tua tu. sian jugak pada budak yg meraung tu. pasti trauma
Quote Super-M 11-9-2017 08:28 PM
aku kan amik aduan dgn org .. ada satu waktu tu uncle ni panggil aku. sini awak.. lupanya suruh aku uruskan jiran dia.. sbb bergaduh.

jiran dia dh tua.tanah kat depan rumah semua dia tanam sayur dia.. walau depan rumah org. org tanam, dia cabut.. jiran2 xtahan.. tp semua takut dgn uncle ni. walau dh tua sgt. yg lawaknya,uncle yg mengadu ni cakap 'u tak uruskan, i upah india pukul org tua tu'.. aku pun pening
Quote batman_2007 11-9-2017 09:16 PM
Super-M: aku kan amik aduan dgn org .. ada satu waktu tu uncle ni panggil aku. sini awak.. lupanya suruh aku uruskan jiran dia.. sbb bergaduh. jiran dia dh tua ...


Haha. Lagi apa seterusnya jd kat apek tua tu?
Quote skinskin 11-9-2017 10:31 PM
org tua mmg cmtu mudah sentap.. kite yg muda ni x yah nk terasa sgt la.. yg ko gi bantai org tua ni wat pe.. confirm ko masok lokap jap lg
Quote paz 11-9-2017 10:35 PM
Adoi tak suka lah orang macam ni dalam community. Yang muda pun, bukan main besar rotan kau guna.
Quote diss69 11-9-2017 10:53 PM
Super-M: aku kan amik aduan dgn org .. ada satu waktu tu uncle ni panggil aku. sini awak.. lupanya suruh aku uruskan jiran dia.. sbb bergaduh. jiran dia dh tua ...

klako pon ada...{:laugh
Quote raradhia 11-9-2017 11:40 PM
skinskin replied at 11-9-2017 10:31 PM
org tua mmg cmtu mudah sentap.. kite yg muda ni x yah nk terasa sgt la.. yg ko gi bantai org tua ni  ...

bagus laa tu masuk lokap, org tua kudrat xada tp yg muda ni msh ada kudrat. .dia hentam atok tu mcm tu dah sah2laa atok tu xberdaya. .

masukkan skali lokap yg tukang rakam ni jgak. .bebal!
Quote sehirkedi 12-9-2017 01:56 AM
Kalau dek kerana mulut pun, memang tak patut pukul warga emas. Jiwa tak halus. Dalam jiwa tu kurang kasih sayang.
Quote trakea 12-9-2017 05:57 AM
Kawasan PPRT mana tuh ?
Quote RAHELCOHRAN 12-9-2017 08:14 AM



Halo.
Saya adalah Bapak Rahel pemberi pinjaman pinjaman swasta yang memberikan pinjaman kesempatan hidup untuk individu, perusahaan bisnis, asuransi, dan lain-lain. Apakah Anda dalam kesulitan keuangan atau membutuhkan pinjaman untuk diinvestasikan atau Anda memerlukan pinjaman untuk membayar tagihan Anda tidak lebih jauh lagi seperti kami di sini untuk membuat semua masalah keuangan Anda menjadi sesuatu dari masa lalu. Kami menawarkan semua jenis pinjaman dalam mata uang mata uang dengan tingkat 2% tanpa biaya dimuka. Saya ingin menggunakan media yang bagus ini untuk memberi tahu Anda bahwa kami siap membantu Anda dengan jenis pinjaman apa pun untuk menyelesaikan masalah keuangan Anda. ya kemudian kembali sekarang melalui email ([email protected]) untuk lebih jelasnya, anda sangat istimewa.
Quote Bujat 12-9-2017 08:47 AM
RAHELCOHRAN replied at 12-9-2017 08:14 AM
Halo.
Saya adalah Bapak Rahel pemberi pinjaman pinjaman swasta yang memberikan pinjaman kesem ...

Ko dah knape sundal?
Quote mizruncing 12-9-2017 09:45 AM
kesiannyaaa . xsgup nk tgk video.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 11:33 PM GMT+8 , Processed in 0.065267 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top