Bila bercakap tentang daging, masih ramai yang keliru apakah yang terbaik untuk mereka. Adakah daging ayam kurang baik, daging lembu lebih baik..dan sebagainya. Mungkin itu adalah antara persoalan yang bermain di minda ramai orang.
Terdapat jenis daging yang anda boleh nikmati dalam hidangan dan ia tidak menyebabkan kolestrol anda melambung. Begitu juga sebaliknya. Nak tahu apakah daging terbaik untuk anda ambil dalam diet? Berikut merupakan 5 jenis daging yang anda boleh ambil ya: 1. Daging kerbau Daging kerbau merupakan alternatif terbaik yang baik untuk anda yang ingin mengambil daging merah.
Rasanya setanding daging merah (lembu) namun memiliki kandungan lemak yang lebih sedikit dan kurang kalori serta kolestrol berbanding daging lembu, ayam malahan ikan! 2. Daging ayam Sangat sihat jika diambil tanpa kulitnya. Ia juga mengandungi sumber nutrisi seperti selenium, vitamin B6 dan bitamin B3. Dan tahukah anda daging putih ini merupakan anti-depresi yang baik? 3. Daging ikan Daging ikan dan ayam memang mengandungi kolestrol yang tidak setinggi daging merah. Malah, lemak dalam ikan dianggap dan dipercayai mempunyai manfaatnya seperti salmon. Lemak omega-3 misalnya dalam ikan mampu menurunkan risiko terkena penyakit kardiovaskular. 4. Daging ostrich Bagi anda yang ingin mengurangkan pengambilan daging merah, bolehlah mencuba daging ostrich atau burung unta. Secara teknikalnya ia mengandungi lemak yang kurang separuh dari daging ayam. Malah tinggi pula kandungan proteinnya! 5. Daging panggang Jika anda tetap mahu mengambil daging merah seperti lembu atau kambing, pilihlah daging yang dimasak secara panggang. Ia kurang mengandungi lemak tepu dan juga menawarkan protein yang tinggi. - CARI
|
23
Bagus |
13
Marah |
9
Terkejut |
26
Sedih |
15
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Electromagnet: Kerbau liatlah.pyh empuk .ke aku xpndai msk
ADVERTISEMENT