CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Derma Pusat Tahfiz Ittifaqiyah Cecah RM1 Juta Selepas 5 Hari Tragedi

19-9-2017 06:13 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 6151| Komen: 61


sumber : Berita Harian


Susulan insiden menyayat hati yang telah mengorbankan 23 nyawa penghuni Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Khamis lalu, masyarakat Malaysia yang prihatin tampil menghulurkan bantuan samada dalam bentuk kewangan dan juga sokongan moral.  

Memetik laporan Harian Metro, sumber pengurusan pusat tahfiz itu berkata, selepas lima hari tragedi itu berlalu, kini jumlah sumbangan yang disampaikan orang ramai telah mencecah RM1 juta yang membabitkan orang persendirian, agensi kerajaan, swasta dan kumpulan individu.

"Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang masih meletakkan kepercayaan kepada institusi tahfiz di negara ini," katanya.

Tambahnya lagi, sumbangan itu akan digunakan untuk pengurusan pusat tahfiz itu.


Wartawan Harian Metro yang 'berkampung' di pusat tahfiz berkenaan sejak tragedi berlaku Khamis lalu mendapati orang ramai termasuk dari luar Lembah Klang tidak putus-putus mengunjungi pusat berkenaan bagi menyampaikan sumbangan serta menzahirkan sokongan.- CARI
1

Bagus
2

Marah
3

Terkejut
2

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote OmJualGas 19-9-2017 06:15 PM
Untuk keluarga mangsa  ???...
Quote diandahlia7 19-9-2017 06:22 PM
Harap pengurusan tahfiz ambik iktibar jgkla.guna kan sebaiknya sumbangan org ramai untuk tingkatkan aspek keselamatan.
Quote bambimo 19-9-2017 06:34 PM
alhamdulillah..
hrp ada percent utk family mngsa.
dan pengurusan sekolah perbaiki infra apa yg patut mengikut prosidur keselematan
Quote Buritan 19-9-2017 06:40 PM
Alhmdlh.. dapatlaa bebudak tuu tempat yg elok.. ade cf.. ade fire ext.. aku doakan semoga pusat tahfiz sentiasa maju dan berjaya.. aku nak jd tahfiz aku tak mampu.. aku mampu doa yg terbaik je
Quote mommymonster82 19-9-2017 06:41 PM
Kalu pon ada sumbang untuk family mangsa mohon xperlulah sebarkn.. diam2 sudahla..
Bukn per tahu jelah manusia ni bila tau jr org dpt duit byk mulalah..
So elokla xperlu diwar2kn untuk kita lindungi privacy dan keselamatan family mangsa. Dan xperlulah kita risau dan bertanya dlm media sosial..klu betul nk tahu pergi je jumpa personally tanya..
Quote moonbug 19-9-2017 06:41 PM
Wah banyaknya. Alhamdulillah rezeki
Quote Nham22 19-9-2017 06:48 PM
Wang yg banyak pon xdpt kembalikan nyawa anak2 depa...
Quote totokreturn 19-9-2017 06:52 PM
Buritan replied at 19-9-2017 06:40 PM
Alhmdlh.. dapatlaa bebudak tuu tempat yg elok.. ade cf.. ade fire ext.. aku doakan semoga pusat tahf ...

Dey... tahfiz tuh majoriti anak2 org kaya belaka... ada anak dato shamsudin, ada anak angkat mas anizan dan vip2 lain... rumah tuh wakaf dari sorang dato apa nama tah.. anak dia pun belajar kat situ juga... tahfiz ni selalu setiap bulan dapat sponsor dari vip2 cam nizalman....

Pengurusan nak buat tangga kecemasan, alat pemadam api pun tak mampu ker...?
Quote totokreturn 19-9-2017 06:52 PM
Buritan replied at 19-9-2017 06:40 PM
Alhmdlh.. dapatlaa bebudak tuu tempat yg elok.. ade cf.. ade fire ext.. aku doakan semoga pusat tahf ...

Dey... tahfiz tuh majoriti anak2 org kaya belaka... ada anak dato shamsudin, ada anak angkat mas anizan dan vip2 lain... rumah tuh wakaf dari sorang dato apa nama tah.. anak dia pun belajar kat situ juga... tahfiz ni selalu setiap bulan dapat sponsor dari vip2 cam nizalman....

Pengurusan nak buat tangga kecemasan, alat pemadam api pun tak mampu ker...?
Quote wanitajelita 19-9-2017 06:53 PM
Abg wj alhamdulillah seorang hafiz Quran. Dan Adik lelaki. Bila dengar orang kutuk2 sekolah tahfiz/pondok, memang wj sedih.
Quote Buritan 19-9-2017 07:18 PM
totokreturn replied at 19-9-2017 06:52 PM
Dey... tahfiz tuh majoriti anak2 org kaya belaka... ada anak dato shamsudin, ada anak angkat mas a ...

Ko dongki ke... bukan mcm ko leh dlm mimpi jah dpt duit sejuta..
Quote Buritan 19-9-2017 07:19 PM
wanitajelita replied at 19-9-2017 06:53 PM
Abg wj alhamdulillah seorang hafiz Quran. Dan Adik lelaki. Bila dengar orang kutuk2 sekolah tahfiz/p ...

Ko balas jah balik.. set set melayu pagan biasaklaa
Quote NAT_11 19-9-2017 07:22 PM
Harap tokey Tahfiz tu tak gunakan duit derma itu beli Merc dan tambah
bini muda seorang dua.
Quote noraidil_06 19-9-2017 07:37 PM
Bile org ckp tahfiz x cukup duit. Sy ssh nk percaya. Sbb tahfiz yg sy sll berurusan ckp,  derma dlm bln ramadhan saja dh blh cover utk setahun.tu tahfiz ceruk ulu ye.
Tahfiz yg sy berurusan di pakistan skrg bertengkek2 bgnnye. Dia ckp hasil derma org Malaysia
Quote chiquititamichi 19-9-2017 08:22 PM
totokreturn replied at 19-9-2017 06:52 PM
Dey... tahfiz tuh majoriti anak2 org kaya belaka... ada anak dato shamsudin, ada anak angkat mas a ...

Ekau nak bergosip...sah2 fakta pun salah...bukan ank angkat mas anizan..anak sedara... vip tu rizalman ..bukan nizalman jang....
Quote zorrro_03 19-9-2017 10:25 PM
NAT_11 replied at 19-9-2017 07:22 PM
Harap tokey Tahfiz tu tak gunakan duit derma itu beli Merc dan tambah
bini muda seorang dua.

nampak sgt perangai beruk kau. sesuai dgn avvy
Quote albedah 19-9-2017 10:40 PM
Errr utk tahfiz ke utk mangsa?
Quote edee_91 19-9-2017 10:41 PM
yay boleh beli pakej haji second trip!
Quote white_musk 19-9-2017 10:55 PM
Melayu sangat pemurah

Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:09 PM GMT+8 , Processed in 0.082212 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top