CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Toys 'R' Us Hampir Bankrap?

19-9-2017 06:22 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 12306| Komen: 97


sumber : Reuters


Berikutan wujud ketidaktentuan dalam industri runcit susulan perkembangan gedung dalam talian dan kedai diskaun, semalam kedai rangkaian permainan terbesar Amerika Syarikat, Toys 'R' Us Inc, memfailkan perlindungan kebankrapan.

Permohonan perlindungan mengikut Chapter 11, Kod Kebankrapan Amerika Syarikat (AS) dibuat bagi tujuan penyusunan semula antara yang terbesar membabitkan gedung runcit menimbulkan tanda tanya nasib 64,000 kakitangan di 1,600 gedung milik firma itu.

Memetik laporan Reuters, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, pengurusan Toys 'R' Us berkata ia menerima komitmen untuk lebih AS$3 bilion (RM12.5 bilion) daripada pemiutang termasuk pinjaman bersindiket diterajui JPMorgan dan beberapa pemberi pinjaman sedia ada syarikat berkenaan.


Pembiayaan baharu yang tertakluk kepada kelulusan mahkamah itu dijangka akan segera meningkatkan kedudukan kewangan syarikat dan menyokong operasi yang sedang berjalan sepanjang proses pengawasan mahkamah, tambah Toys 'R' Us.

Sementara itu, Toys 'R' Us turut memaklumkan, Unit Kanada syarikat itu berhasrat untuk mendapatkan perlindungan dalam prosiding yang selari di bawah Akta Penyusunan Pemberi Pinjaman Syarikat (CCAA) di Mahkamah Agung Keadilan Ontario.

Walau bagaimanapun, operasi di luar Amerika Syarikat dan Kanada, termasuk kedai-kedai 226 di Greater China dan Asia Tenggara, tidak akan terjejas oleh penstrukturan semula tersebut.

"Perniagaan Toys 'R' Us di Asia dibuka seperti biasa dan terus memberi perkhidmatan kepada pelanggan kami. Operasi peruncitan kewangan kami yang teguh dan pelaburan kami di rantau ini terus berkembang dengan ketara,"kata Andre Javes, Presiden Toys 'R' Us (Asia).- CARI

4

Bagus
11

Marah
11

Terkejut
12

Sedih
13

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (67 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cahaya_almas 16-9-2017 12:55 PM
Brg mahal sgt......mmg patut bangkrup....huhu
Quote alepmama 16-9-2017 01:00 PM
Mahal beno....beli kedai eco je mampu jaman skrrg ni
Quote cmf_premierleag 16-9-2017 01:21 PM
Skang ni kat kedai 5 ringgit pun banyak jah mainan made in china. Kat GM klang tu pun byk yg murah2
Quote makita 16-9-2017 01:49 PM
Edited by makita at 16-9-2017 10:36 PM

Sblom bengkrap tu buat la sales..sedap sket soping
Quote PyoNaRi 16-9-2017 01:59 PM
Edited by PyoNaRi at 16-9-2017 02:00 PM

Abg iols suka sangat beli mainan utk anak dia kat sini. Dah la mahai gila lak tu... tapi kadang2 ajak masuk ja. Pastu anak dia sebut la satu2 kartun kat situ yg dia tgk kat disney junior apatah. Even kadang2 tak beli, nasib anak buah behave.
Quote mawarika 16-9-2017 02:01 PM
Padan muka.. mahal sgt.. sebelum nak katup kedai buat sale dulu ioilss dtg..
Quote mommymonster82 16-9-2017 03:33 PM
Ada sesetengah barang tu mcm melampau harganya.. N me rasa cam pening gak masuk toys r us ni.. maybe susun atur dia kot..
Beli kt mana2 mall yg sempat je..gtu ja selalu.cari yg ok skit n kualiti pon ok.. xperlu pon masuk toy r us semata nk cari mainan
Quote idril 16-9-2017 03:40 PM

tu








toysrus kat great eastern mall tengah sale sebab nak katup...... pegi la uolssss










Quote MarryPottet 16-9-2017 09:48 PM
mohon toys r us berguru dengan haji wan emdibi teknik2 utk melangsaikan hutang. selain tu, boleh juga terai mintak derma kilat dari tok arab
Quote intanpurnama 16-9-2017 10:14 PM
Memang selayaknya bankrup barang toys pun bukan tahan lama tak berbaloi beli baik gi pasar malam dapat gak 3 brg rm 10.
Quote mjla 16-9-2017 10:18 PM
Jibun tak nak back up ke
Duit PNB byk lg
Quote Knowlee 16-9-2017 10:21 PM
Mahal barang2 kat kedai ni.
Quote alieyrina 16-9-2017 10:38 PM
Tah mahai..xtau nk beli apa kalau masuk sini..kalau nampak pun mesti x rasa nk masuk dah..beli mainan kt supemaket ja la
Quote Lagubestbest 16-9-2017 10:39 PM
Designed in USA. Made in China. Sebelum iPhone, TRUs dah buat dulu.
Quote gagakbiru 16-9-2017 11:02 PM
Barang ori memang la mahal,kualiti pun bagus.beli rm10 punya senang je rosak
Quote namieamuro 16-9-2017 11:12 PM
skrg byk dh sumber menan lagi murah tp sebijik mcm kt toys r us ni..tmbh lg zaman ni ko xley suke ati membelanje..mmg la menan dlm ni best tp mahal kemaen..baek spend tuk brg mknn..
Quote bictoria 16-9-2017 11:14 PM
Masuk sini kalau nak beli hadiah beday je. Tu pun carik yang paling murah.
Quote bictoria 16-9-2017 11:17 PM
Sis impikan HEMA boleh masuk malaysia gantikan toyrus yg mahal tu
Quote zackry14 16-9-2017 11:20 PM
Dr zaman dulu smpi skrg mahal giler. Beli kat supermarket jek

Lihat semua komen(97)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:39 AM GMT+8 , Processed in 0.043403 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top