CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tolak Dibantu, Suami Isteri Pilih Tinggal Di Hutan Sebagai Bukti Cinta

21-9-2017 11:34 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 16918| Komen: 207

Demi cinta, Nor Hidayah Sahazan, 23, sanggup memilih untuk tinggal di hutan bersama suaminya, Ahmad Ridzuan Yaacob, 26.

Bukan disebabkan kemiskinan atau dihalau keluarga, namun pasangan bahagia ini ingin berdikari tanpa menyusahkan mana-mana pihak.

Sudah menetap setahun di hutan berhampiran Kuala Tualak di Kedah, rahsia untuk bertahan tinggal di situ adalah keserasian, kebahagiaan dan penerapan kasih sayang di antara mereka berdua.

Foto: Bernama
Menurut laporan Astro Awani, mereka mendiami pondok daif tersebut bersama tiga anak iaitu Putera Danny Quefiq, 6, Puteri Dannysha Queyllyaa, 4, dan Iman Muhammad Naufal Fath, 18 bulan.

Difahamkan Hidayah kini sedang sarat mengandung anak yang keempat.

Tidak kemudahan elektrik dan bekalan air paip bukan satu masalah untuk keluarga ini.

Foto: Astro Awani
"Saya sanggup meninggalkan ibu bapa dan menetap di dalam hutan kerana saya lebih menyayangi suami dan keluarga saya dan hutan ini merupakan punca rezeki bagi kami," ujar Nor Hidayah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang, Datuk Badrul Hisham Hashim ada melawat pasangan terbabit dan menawarkan mereka dalam Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Walau bagaimanapun, mereka menolak tawaran terbabit dan menyatakan kehidupan sebegitu adalah sebagai bukti pengorbanan cinta yang suci. -CARI
7

Bagus
13

Marah
8

Terkejut
11

Sedih
5

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (53 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nobito 21-9-2017 10:05 AM
Letak dalam gua je dik.....nanti kita buat rombongan tengok manusia pra sejarah .
Quote trakea 21-9-2017 10:27 AM
Itu kawasan ladang la bodoh. Pekerja astro awani miskin hina semua ada hati nak kata orang duk di hutan. Kalo tengok pondok mereka jelas lebih selesa dari flat pprt pekerja astro awani
Quote prettyuglybabe 21-9-2017 10:31 AM
by umur 40 silap-silap anak 15..
harap anak-anak mereka diberi pendidikan yang sempurna..
supaya hujung-hujung tak masuk bersamamu minta sedekah..
Quote Simunggu 21-9-2017 10:33 AM
IQ rendah..
Quote trakea 21-9-2017 10:34 AM
nobito replied at 21-9-2017 10:05 AM
Letak dalam gua je dik.....nanti kita buat rombongan tengok manusia pra sejarah .

Gelandangan di KL boleh la tinggal kat gua. Lagi selesa dari flat pprt pekerja astro awani. Tapi keluarga ini dah ada dangau 3 tingkat. Apa kelas masuk gua.
Quote umbut 21-9-2017 10:36 AM
Lajunya produce, masuk 4.. x kisah ler cinta sejati agung ke.. budak2 tu ada hak utk hidup biasa .. xda eletrik, nyamuk mlm2..
Quote Electromagnet 21-9-2017 10:37 AM
SIan anak2. Pada aku diorang Selfish ..
Quote trakea 21-9-2017 10:37 AM
Apa bangang nak suruh pindah ke pprt. Dangau 3 tingkat dlam kebun getah dah ada. Jauh lebih bagus
Quote idakamaruddin 21-9-2017 10:37 AM
kemain nama anak putera puteri bagai ujung2 duk dlm utan jua

ni mesti bini insecure

takut laki duk menggatal cari pmpn lain baik diajak awal duk dlm hutan sbb xde manusia lain dh

hr2 duk belek bini je keje nyee
Quote MainemHu 21-9-2017 10:39 AM
just wow

walau hidup dalam hutan nama anak tetap urban hokay
Quote trakea 21-9-2017 10:39 AM
Flat bukan pprt pun mereka pandang hina. Inikan pula pprt. Terus reject. Hahaha
Quote biskutsusu 21-9-2017 10:41 AM
nama anak anak macam tengok drama astro bella.
Quote zuraidah1 21-9-2017 10:43 AM
jap aku tanya laki aku nk wt umah kt utan cm ni x..
Quote trakea 21-9-2017 10:46 AM
@haryatie
Sukahati dia la nak huni dangau besar dalam kebun. Ada kacau flat kecik engkau ka ?
Quote haryatie 21-9-2017 10:48 AM
trakea replied at 21-9-2017 10:46 AM
@haryatie
Sukahati dia la nak huni dangau besar dalam kebun. Ada kacau flat kecik engkau ka ?

mmg aku suka hati..x reti bca apa yg aku tulis sudahhh..bengung...
Quote chinta89 21-9-2017 10:52 AM
keserasian, kebahagiaan dan penerapan kasih sayang di antara mereka berdua.


yelah kaka.. kalau laki ko x wat hal, ko jagungkanlah cinta hagung ko tuh!

"Saya sanggup meninggalkan ibu bapa dan menetap di dalam hutan kerana saya lebih menyayangi suami dan keluarga saya dan hutan ini merupakan punca rezeki bagi kami," ujar Nor Hidayah.


mak pak ko didik elok2, ini jln ko pilih? ko ngn ina  sohailaksa elok la berkawan baik... jantan mcm ni, langsung xde matlamat ko tau? semua nk senang. x pyh nk bersusah payah bg kemudahan kat anak isteri. asik2 tau bagi permata hati lps sorang2 keluar budak kat rahim ko tuh. shame u!

"Bagi saya inilah pengorbanan cinta yang suci ditunjukkan oleh pasangan ini dan saya yakin ramai tak mampu untuk berkorban seperti ini.


alahaiiiii kesiannya ko nih! ni jantan pemalas, bukan bukti cinta sejati. kalau dia nk buktikan ape2, bg la kesenangan dan keselesaan kat anak bini wei bongok!
Quote chinta89 21-9-2017 10:55 AM
biskutsusu replied at 21-9-2017 10:41 AM
nama anak anak macam tengok drama astro bella.

nama anak keaminnnn urban tp duk dalam hutan
Putera Danny Quefiq, 6, Puteri Dannysha Queyllyaa, 4, dan Iman Muhammad Naufal Fath, 18 bulan.


apelah nama anak keempat dan seterusnya deols tu?

gamaknya cane eh anak dia besar2 nt nk bgtau asal usul mak pak dia Tarzan n Jane?
Quote shernazz 21-9-2017 11:14 AM
depa cari makan dgn.menjual hasil hutan ke?
kalau gitu bagus la sebab bujan mudah nak cari ulam dsb kat pasar akang ni..lagi lagi yang jarang dijumpai...
jangan ko jual.kayu jati udah la dik..

apa nak sebut anak pompuan dia tu?
kiulaila ke? que haidar?
Quote myakayina 21-9-2017 11:22 AM
tak tau nak komen apa.. mcm mana rumah dorang dlm hutan tu? pondok usang je ke? kesian kat anak2 jela..

Lihat semua komen(207)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:30 AM GMT+8 , Processed in 0.160074 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top