Kamal Adli kata, dia tak nak kerap bercerita mengenai soal jodoh dengan Emma Maembong sebab takut peminat bosan dengan isu sama sahaja.
Menurut aktor berusia 31 tahun itu, dia lebih selesa berdiam diri berhubung soal jodoh sebelum orang mula bosan dan haters bertambah. "Secara zahirnya saya sudah bersedia untuk berkahwin dan berserah kepada jodoh dan takdir. "Malah, saya serius dan tak main-main dalam hubungan ini," katanya kepada mStar Online. Kalau dah nama artis, pasti ada kumpulan peminat sendiri yang teruja nak tahu perkembangan terkini terutama isu ‘bila nak kahwin’, kan? Pun begitu, Kamal tak mengeluh apabila sering diasak pertanyaan mengenai hubungannya dengan aktres berkenaan. Yalah, apa sahaja dilakukan selebriti, pasti menjadi perbualan netizen. "Saya tak salahkan orang yang bertanya kerana mereka mahu tengok kami bahagia dalam perhubungan. "Cuma soal jodoh ini kita tak tahu dan saya berharap peminat mendoakan yang terbaik buat kami," katanya. Peminat Kamal dan Emma yang tak sabar nak lihat mereka melangkah ke fasa seterusnya tu, bersabar, okey. Sampai masanya, pasti Kamal umumkan. - CARI
|
11
Bagus |
7
Marah |
9
Terkejut |
11
Sedih |
7
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
bambimbom replied at 24-9-2017 03:46 PM
Kamal ni dgn heroin lain biase2 je.. tp bile dpt partner dgn Zahirah kemain lg.. tau la girl tu cant ...
beruangmuda replied at 24-9-2017 03:10 PM
sakit pulak ati meols tgk si kamal nih, awek semua yg lawo2 jah padahal kepam yachh
ADVERTISEMENT