CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Ibu Tak Pernah Balas Surat Anaknya, Luahan Remaja Ini Buat Ramai Sebak!

25-9-2017 11:15 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 4931| Komen: 16|Original author: Oleh: Adib Za

Tak dinafikan ramai pihak yang berasa kesal dan juga mengecam perbuatan khianat yang dilakukan oleh suspek yang membakar pusat tahfiz baru-baru ini. 

Mereka bagai tidak sabar melihat kesemua suspek dijatuhi hukuman dan juga ditempatkan di Sekolah Henry Gurney, iaitu buat pesalah yang di bawah umur.

Dalam pada itu, baru-baru ini tular di media sosial tentang sepucuk surat yang dipercayai daripada seorang penghuni sekolah terbabit. 


Katanya, surat tersebut dihantar buat ibunya di Baling, Kedah namun telah dihantar ke alamat yang salah. Seorang netizen telah memuat naik surat tersebut dan katanya meskipun berasa marah dengan kesalahan berat yang dilakukan anak ini, namun tetap surat tersebut menyentuh hatinya. 


"Walau ramai mengherdik, kecam dan memaki, aku juga x lepas memaki selepas tahu tentang khianat yg depa lakukan..
Tapi tersentuh juga bila baca surat salah seorang penghuni Henry Gurney yg tersalah post surat kealamat rumah orang lain ni..

"Ya, depa ni budak2 yg pernah melakukan kesalahan berat .. berlinang juga mata jantan aku bila baca warkah ni.. 
kita belum diuji dgn anak senakal/jahat mereka.. syukur lah .." tulisnya. 

Berikut pula antara isi kandungan surat tersebut yang boleh mencuit banyak hati: 


Assalamualaikum, kepada keluarga yang dirindui selalu, adik harap semuanya baik-baik sahaja hendaknya. Amin..
Mak dah makan ke belum? Adik baru selesai makan. Mak hari ini nak masak apa? Adik di sini rindu sangat pada masakan mak. Bilalah adik nak balik ni, umm.. tak sabarnya nak balik jumpa keluarga di rumah.

Iman macam mana sekarang? Adik rindu sangat pada Iman. Iman tahun depan dah nak masuk sekolah, adik harap dia dapat belajar tinggi-tinggi. Boleh jadi doktor, kan mak? Amin.

Mak, adik-adik macam mana? Adik rindu sangat pada mereka. Mereka rindu tak pada adik? Adik Zul macam mana sekarang? Tentu dia semakin nakal kan mak?

Mak, kenapa adik hari-hari hantar surat, mak tak pernah balas pun? Mak ada masalah ke? Kalau mak ada masalah, ceritalah pada adik di sini..

Mak, adik rindu sangat pada mak. Adik nak sangat peluk mak tetapi jauh, nak buat macam mana. Adik terpaksa terima sebab ini semua salah adik.

Ramai di kalangan netizen lain turut berasa sayu dengan surat tersebut, malah mengakui pernah mengenali keluarganya. 


Ada juga yang mempertikaikan mengapa surat terbabit dibuka oleh orang lain? 

Kesimpulannya, buat ibu bapa di luar sana, pantaulah anak-anak agar mereka dapat dibentuk menjadi seorang yang berguna suatu hari nanti. - CARI 
15

Bagus
9

Marah
15

Terkejut
4

Sedih
12

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (63 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote harrypoter 25-9-2017 11:34 AM
kes lama daaa
Quote qistiena 25-9-2017 11:38 AM
cete lama lah...
Quote raradhia 25-9-2017 11:46 AM
sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. .apa2 pun kalau dah insaf syukur laa nak. .bdk lain nakal jgak, tp bukan nakal penjahat!
Quote chinta89 25-9-2017 12:10 PM
so, ape jd skg
Quote -electrifying- 25-9-2017 12:16 PM
asteruk niii
Quote krustykrab 25-9-2017 01:09 PM
Semoga insaf lps kuar nnt..
Quote Girl-N-Roses 25-9-2017 01:54 PM
citer ni dah lama..tp baca balik still touching
Quote haryatie 25-9-2017 01:56 PM
sedihnyaaa...
semoga Allah berikan dia hidayah dan menjadi ank yg baik kpd keluarga, agama dn masyarakat
mana parents dia pergi...
x kan la da hantar ank kat situ x pegi2 tengok
Quote jerukkedondong 25-9-2017 02:10 PM
Sedih...
Benda jahat yg kita buat walau dah berkurun kita tinggalkn tetap org ingat..org cakap .
Tu sbb pepatah mngatakan...
Buat jahat jgn sekali...
Istiqomah lh duhai adik jika benar2 sudah insaf..
Moga masih ada sinar utk mu...
Semoga Rabbul Izzati menjauhkan ank2 dn keturunan ku dr kejahatan dunia..
Aamiin{:give
Quote AvaAdore 25-9-2017 03:01 PM
Sedihnya..Teringat dulu abg iols penah masuk juvana.  Nasib baik mak pak setia dtg lawat. Ramai jgk bdk2 kat situ parents x cara da.  
Quote NadineNajmie 25-9-2017 03:06 PM
Bila baca rasa macam dejavu..rupanya memang kisah lama

Hope adik ni dah dapat khabar berita mak dia
Quote nadihazza 25-9-2017 03:12 PM
hope mak dia dapt baca surat rindu adik tu..
Quote zameyla 25-9-2017 03:13 PM
Cerita lama...

Tapi bila baca, mengalir jugak air mata...
Harap betul2 insaf adik nie...
Quote tembikai 26-9-2017 01:50 PM
walau kisah lama...tetap mendatangkan kesayuan...
Semoga Allah melimpahkan segala kebaikan dunia & akhirat buat anak ini dan keluarganya.
Quote RatuDunia94 26-9-2017 11:28 PM
Siaran ulangan....
Quote winana 26-9-2017 11:44 PM
Sedeeeeh {:cryrun

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 09:55 PM GMT+8 , Processed in 0.063974 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top