ALOR SETAR 22 Ogos - Seorang lelaki yang cuba menyeludup dadah jenis syabu bernilai lebih RM3 juta dengan menaiki sebuah bas ditahan sepasukan anggota dan pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia negeri di Terminal Bas Shahab Perdana di sini kelmarin. Suspek yang merupakan penduduk tempatan berusia 43 tahun ditahan kira-kira pukul 10.30 pagi dan setelah diperiksa, dia didapati membawa 20 ketulan mampat berbalut pita pelekat berwarna coklat mengandungi hablur kristal putih disyaki syabu. Pengarah Kastam negeri, Datuk Abd. Aziz Abdul Latif berkata, dadah seberat 20.5 kilogram yang dirampas itu dianggarkan bernilai RM3,894,430. "Ketulan dadah tersebut diletakkan dalam beg yang bahagian atasnya ditutup dengan dua beg pakaian, bagaimanapun kedua-dua beg tersebut tidak mengandungi pakaian. "piihak kami sedang menyiasat dari mana dadah ini diambil dan ke mana lelaki itu mahu memasarkan dadah yang dibawanya," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. Menurut Abd. Aziz, bapa kepada dua orang anak yang baru pulang dari Thailand pada hari yang sama itu ditahan reman sehingga Selasa depan untuk siasatan lanjut.
|
10
Bagus |
11
Marah |
12
Terkejut |
7
Sedih |
17
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT