CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Baru 8 Tahun Kahwin Suami Saya Dah Macam Orang Utan, Suami Jiran Handsome Je - Keluhan Isteri

27-9-2017 01:30 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 23035| Komen: 128|Original author: Oleh : Hafiz BZ



Pasti sudah banyak kali kita terbaca di media sosial mengenai keluhan dari para suami tentang si isteri yang sudah tidak cantik selepas beberapa kali bersalin.

Bermacam-macam keluhan sebagai contohnya badan si isteri sudah mula gempal, penampilan semakin tak terurus, perut mula banyak selulit macam kulit limau, dingin bila diajak berjimak dan macam-macam lagi.

Namun buat pertama kali dalam sejarah "acara membuka pekung sendiri" di media sosial, seorang isteri pula mengadu tentang perubahan fizikal suaminya selepas 8 tahun berkahwin. Menurut wanita yang tidak mahu identitinya didedahkan kepada umum, suaminya yang dulu "handsome gila" dan berbadan sado kini sudah berubah seperti "Orang Utan". 

Jom kita baca luahan hati yang dipetik dari Kisah Rumah Tangga (KRT).



ADMIN dan semua pembaca Kisah Rumah Tangga (KRT). Saya nak luahkan perasaan dan stress saya tentang suami saya ini. 

Gambar sekadar hiasan

Masa mula-mula berkahwin, suami saya ini punyalah handsome 'gile'. Bibir merah, badan sado, sedap mata memandang sehingga saya bangga bila keluar dengan dia walaupun saya adakalanya cemburu juga bila ada perempuan lain yang memandang-mandang dia. 

Tetapi selepas lapan tahun berkahwin (lapan tahun ye, bukan 15 tahun) dan dikurniakan empat orang anak, suami saya dah jadi macam orang utan saja. Dengan perutnya sudah boroi, kepalanya sudah mula botak, sudahlah dahi dia luas seperti padang golf, mulut pula berbau busuk, nak cium pun geli wei! 

Gambar sekadar hiasan


Bila saya tengok suami jiran walaupun anak mereka dah lima dan kahwin pun dah 20 tahun, tetapi masih kelihatan handsome. Bila dia keluar dengan anak dia, dah macam adik beradik pula saya tengok. 

Bukannya seperti suami saya yang serabai gile tak reti nak bergaya langsung. Nak keluar dengan dia pun saya malu. Nak bawa pergi kenal-kenal dengan kawan sekolah pun saya tak sanggup. 

Nak 'bersama' dengan suami, saya terpaksa bayangkan muka suami seperti suami jiran saya, baru saya boleh teransang pada suami sendiri. Kalau saya tak bayangkan begitu, saya cuma nampak babi saja di atas perut saya. 

Boleh semua makcik-makcik bawang dan pakcik-pakcik halia beri pandangan? Saya sudah puas menasihatkan suami saya ini, tetapi diabuat tak peduli saja. 

Apa perasaan anda wahai lelaki kalau ada isteri yang mengadu di page KRT seperti masalah saya ini? Sentap tak? Pengajarannya, susah nak jumpa seorang isteri yang menghina atau mengadu tentang bentuk fizikal suaminya. Jadi para suami ingat, jangan nak menghina isteri. 

Sekian dari saya. 

Nah! Mungkin ramai pembaca yang terkejut atau ragu-ragu tentang kesahihan cerita ini. Adakah kisah benar atau sekadar sarkastik buat para suami yang suka menghina isteri sendiri? 

Mahu percaya atau tidak itu hak masing-masing, tetapi yang penting kisah ini boleh dijadikan satu pengajaran iaitu janganlah sesekali mengaibkan pasangan kita atau berkongsi masalah rumah tangga terutamanya di laman sosial. Ingat! hargai pasangan anda. - CARI 




4

Bagus
1

Marah
6

Terkejut
6

Sedih
16

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (39 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sikatkutu 27-9-2017 01:42 PM
celaka... babi atas perut tu lawak  
Quote prettyuglybabe 27-9-2017 01:59 PM
hahahaha... kelakar walaupun rasanya cerita ni hanya rekaan ala-ala hasanah..
Quote UsuFie 27-9-2017 02:08 PM

alahai...babi atas perut...

zalim kau kak...





Quote idakamaruddin 27-9-2017 02:13 PM
byk dosa kakak ni dapat

1st sbb masa main byg lelaki lain - dah kira berzina dah tu
2nd menghina suami dgn panggilan babi
3rd buka aib suami kt public

moga akak ni diberi hidayah

Quote cocorex 27-9-2017 02:15 PM
Kuatnyer ko boleh tampung babi
Quote jerukkedondong 27-9-2017 02:16 PM
Babi atas perut yawnnn..
Kalau babi hutan harus hitam gemok padat dan menyondol2...
Mmg sedih...
Quote haryatie 27-9-2017 02:20 PM
Edited by haryatie at 27-9-2017 02:22 PM

babi atas peruttt.....eeee
bgtau la suami minta dia jaga penampilan diri tu
bgtau kat org luar apa org boleh buat..
ckp terus terang buat perbandingan antara suami tu dgn jiran sebelah..
kalau beranii...
x akan la org pulak nak gi ckp dgn laki tu
buat tu, buat ni...
pelik betulll...
Quote harrypoter 27-9-2017 02:34 PM
8 taun kawin 4 org anak....takde keje lain ke asyik beranak je
Quote imransulaiman 27-9-2017 02:36 PM
Ceraikan saja suami tu!
Quote abangadek 27-9-2017 02:49 PM
i ada kawan ofis, dia kawen ngan laki agak berusia gak la, kakak ni cantik lagi sbb muda.. masa gurau2 cerita2 bab rumahtangga akak ni ada cakap dia payah nk teransang dgn suami dia sbb suami dia tua, perut boroi, mulut busuk mmg xjaga penampilan sebijik pulak dgn cerita kt atas ni

camna nk nasihat kalau laki tu buat dono jahhh
Quote Andyscenes 27-9-2017 03:18 PM
idakamaruddin replied at 27-9-2017 02:13 PM
byk dosa kakak ni dapat

1st sbb masa main byg lelaki lain - dah kira berzina dah tu

my wife selalu ckp stupid like pig. T_T
Quote idakamaruddin 27-9-2017 03:25 PM
Andyscenes replied at 27-9-2017 03:18 PM
my wife selalu ckp stupid like pig. T_T

kesiannye ko andy kene maki ngn bini mcm babi

akak tumpang sedih je la

dah itu jodoh kamu

moga diberikan hidayah


Quote AbukRokok 27-9-2017 03:33 PM
Bersangka baik
suami menganut fahaman "Kehenseman/Kejantanan lelaki diukur dari besarnya Perut" yang giat disebarkan di sosial media oleh kumpulan tertentu dengan agenda tersendiri.

lagipun kalau suami ko hensem,... ko plak yang xsenang duduk kat rumah..risau suami dirampas
Quote AbukRokok 27-9-2017 03:35 PM
apakah mungkin lepas ni byk scene Desperate Housewives akan berlaku .... ditambah pengaruh MNLF  
Quote AbukRokok 27-9-2017 03:37 PM
abangadek replied at 27-9-2017 02:49 PM
i ada kawan ofis, dia kawen ngan laki agak berusia gak la, kakak ni cantik lagi sbb muda.. masa gura ...

cakap kat akak tu kat luar sana byk je jin golok
Quote MyNameIsIris 27-9-2017 03:57 PM
Andyscenes replied at 27-9-2017 03:18 PM
my wife selalu ckp stupid like pig. T_T

amboiiii kuangasamnya mulut dia


cc @idakamaruddin
Quote MyNameIsIris 27-9-2017 03:58 PM
terbalik loorrr
walaupun botak, husband iols makin kacak pulak
Quote snazzydaisy 27-9-2017 04:19 PM
haishhhh... another betina yang tak tahu bersyukur...
kutuk hubby bagai nak rak sampai ke tahap menghina...
entah2 diri sendiri pun ghupe ala2 badak betina kepam! lagi mau komplen kaa?

Quote insulin 27-9-2017 04:43 PM
Kasihannya. Suami siapa ni ye?

Lihat semua komen(128)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:54 AM GMT+8 , Processed in 0.034972 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top