Susulan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengarahkan pengusaha kedai dobi menghentikan dasar perkhidmatan untuk muslim sahaja, pengusaha dobi terbabit telah akur dan tidak lagi menggunakan papan tanda berkenaan sejak pagi tadi . Memetik laporan China Press, pemilik kedai dobi tersebut yang dikenali sebagai Kamarul Nizam turut memohon maaf kepada Sultan Johor, rakyat negeri Johor dan seluruh rakyat di Malaysia yang tersinggung dengan dasarnya yang menerima kecaman pelbagai pihak, walaupun sebelum ini dipuji oleh beberapa tokoh agama Johor. “Saya sudah patuh pada titah Tuanku. Saya memohon maaf pada Tuanku, rakyat Johor atas apa yang berlaku." "Saya berharap kekecohan selama beberapa hari ini akan reda. Saya sudah tidak menggunakan papan tanda berkenaan."
Bagaimanapun, beliau berkata akan tetap meneruskan perniagaannya dengan mengalu-alukan semua bangsa hadir melanggan di kedainya tanpa sebarang diskriminasi. Sultan Johor dipetik akhbar The Star hari ini membidas dasar kedai dobi itu, dan memerintahkan pemiliknya memohon maaf atau berdepan penutupan.- CARI
|
21
Bagus |
27
Marah |
15
Terkejut |
14
Sedih |
10
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT