CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Dahlah Minta Duit, Pukul Bini Macam Binatang Depan Orang Ramai Pula Tu!

29-9-2017 01:54 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9824| Komen: 47|Original author: Oleh: Myra Rozi

Kawasan sebuah pasar tani yang terletak di Sungai Petani Kedah kecoh gara-gara 'drama' yang berlaku di antara sepasang suami isteri.

"Malu kat orang kot!" berkali-kali isterinya memberikan peringatan namun langsung tidak dipedulikan oleh si suami.

Dalam rakaman berdurasi 2 minit 40 saat itu, si suami bertindak merampas beg tangan isterinya dan cuba untuk mendapatkan wang membeli dadah.

 
Disebabkan ketagihan yang melampau, dia sanggup memukul isteri dan anak lelakinya di hadapan orang ramai.

Orang ramai yang berada di situ kemudian bertindak membuat laporan sebelum lelaki itu diserahkan kepada pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).


Netizen yang melihat rakaman tular yang tersebar di media sosial ini kebanyakannya mengutuk perlakuan lelaki dayus tersebut.

Menurut sumber mStar Online, lelaki berkenaan didapati positif dadah jenis marijuana dan methamphetamine berdasarkan keputusan saringan air kencing yang dilakukan.

Sebelum ini juga dia pernah ditahan disebabkan bertindak agresif terhadap keluarganya.

Isteri mana yang tak sedih bila dapat suami begini. Perangi dadah habis-habisan, semoga keluarga kita semua dijauhkan dari kejadian seumpama ini. -CARI
18

Bagus
11

Marah
17

Terkejut
13

Sedih
15

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (84 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote barfi 29-9-2017 02:17 PM
Minit ke berapa dia bantai bini dia? Aku dengar bini dia je jerit2..

By the way jantan pengisap dadah macam ni sama hina jah dengan sampah. Baik awal2 ko tinggalkan
Quote taikpekatt 29-9-2017 02:24 PM
Sebelum ini juga dia pernah ditahan disebabkan bertindak agresif terhadap keluarganya.

Si isteri pun satu. Dah tau laki cmtu, mntk je la cerai. Nnt silap2 anak mengikut jejak ayah x guna.
Quote krustykrab 29-9-2017 02:25 PM
macam mofti maidin je pangai

@puanM
Quote raradhia 29-9-2017 02:27 PM
kesiannya, anak2 xpatut pun tgok mak bapak mcm ni. .
Quote kautaumanner 29-9-2017 02:30 PM
krustykrab replied at 29-9-2017 02:25 PM
macam mofti maidin je pangai

@puanM

dia punya samseng tahap samseng @sebu1 punya samseng



Quote devilito2 29-9-2017 02:48 PM
dadah punya hal...
Quote diss69 29-9-2017 02:57 PM
kesian kt ank...peristiwa tu akn lekat diingatannya..
Quote syidasaleh 29-9-2017 03:15 PM
Klu sebelum ni pernah kena tangkap maksudnya apa?mmg kaki pukul.selayak la direjam.penagih ni susah nak jumpa yg betul2 insaf dan menyesal.ada dua pakcik gini.sorg dah meninggal sbb hiv.lg sorg masih lg mengisap.
Quote lolita737 29-9-2017 03:15 PM
sedihnya tengok video ni..

sedih sbb anak dia terpaksa tengok kelakuan bapa dia..pukul mak dia dpn org ramai.
Quote Artemesiaa 29-9-2017 03:47 PM
Mesti si anak dah selalu tengok kejedian sebegini berulang kali.  Harap si anak jadi orang berguna dah tak terpengaruh dengan perangai paknya tu.
Quote vanillaninja 29-9-2017 03:57 PM
I cuma kesian dekat anak tu je. Apa la nasib dapat bapak tak guna macam tu. The wife pun kalau dah tau husband kaki dadah, kenapa la masih bersama? Tak sayang anak ke? Bukannya tak tau kesan dadah tu macam mana
Quote jazaa100 29-9-2017 04:00 PM
syidasaleh replied at 29-9-2017 03:15 PM
Klu sebelum ni pernah kena tangkap maksudnya apa?mmg kaki pukul.selayak la direjam.penagih ni susah  ...

Jgn nanti org dah hantar balai polis, masuk lokap...si isteri pulak dtg jamin....dua tiga hari pastu naik motor peluk pinggang laki round keliling kampung bak kata @cmf_blingblings
Quote moonbug 29-9-2017 04:09 PM
Harap anaknya membesar jd org berguna. Amin
Quote moonbug 29-9-2017 04:10 PM
Wife nya sila mohon cerai saje dari suami tu
Quote syidasaleh 29-9-2017 04:23 PM
jazaa100 replied at 29-9-2017 04:00 PM
Jgn nanti org dah hantar balai polis, masuk lokap...si isteri pulak dtg jamin....dua tiga hari pas ...

Bukan tu je.klu masuk dlm bila hantar surat ayat menyesal,insaf dan taubat tu tak pernah takde.kita pun percaya la.bila keluar tu 2 mggu pertama solat tak tggl lepas tu mula la buat balik.pi mai pi mai tang tu jugak la
Quote caprut 29-9-2017 04:24 PM
bodoh prempuan. prcaya la prempuan yg kawen dgb mat dadah ni mostly da tau laki dorg ni amek dadah b4 kawen lg. aku rsa yg xtau tu 90 percent je. ni stok2 bohsia la ni msa muda
Quote mizzmimi 29-9-2017 04:38 PM
Nyaringnya suara ko kak.. berdedai2 orang datang tengok dek mulut ko.. bilanya laki dia pukul? Nampak dia tarik2 beg je.. or scene pukul off record kot..

Quote mahalnya 29-9-2017 04:54 PM
Baik la cerai sblm ko n anak2 ko sekali kena bunuh
Quote cmf_blingblings 29-9-2017 05:07 PM
jazaa100 replied at 29-9-2017 04:00 PM
Jgn nanti org dah hantar balai polis, masuk lokap...si isteri pulak dtg jamin....dua tiga hari pas ...

mcm yg dok ada tulahhh, laki rogol anak mak tak percaya siap pi jamin laki

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:02 AM GMT+8 , Processed in 0.050863 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top