CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Fitnah Anwar Ibrahim, Mahkamah Perintah KJ Bayar RM210 Ribu

29-9-2017 05:50 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4603| Komen: 21

sumber : FMT


Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar diperintah membayar ganti rugi RM150,000 kepada bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana memfitnahnya dalam satu ceramah di Lembah Pantai pada 19 Februari, 2008.
 
Memetik laporan Malaysian Insight, kata-kata fitnah itu terkandung dalam klip video bertajuk "Anwar and kin no threat" dan disiarkan dalam laman web, termasuk Malaysiakini.com.

Namun, dalam pembelaannya, Khairy berkata Malaysiakini.com tidak melaporkan kenyataannya dengan tepat tetapi menteri belia dan sukan itu tidak membuat sebarang pembetulan kerana sibuk.

Akan tetapi, Hakim Mahkamah Tinggi, Azizul Azmi Adnan membuat keputusan itu selepas membenarkan saman fitnah yang difailkan ketua umum PKR itu dan menolak permohonan Khairy untuk meminda pernyataan pembelaannya.


Selain itu, Ketua Pemuda Umno itu juga diperintah membayar kos kepada Anwar sebanyak RM60,000.

Ketika membuat keputusan itu, Azizul berkata, ucapan fitnah diucapkan itu adalah serius dan membabitkan seorang ahli politik yang dikenali ramai.

"Kenyataan itu juga dibuat pada majlis umum dan diterbit serta tersebar kepada orang ramai," katanya.

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang bertindak bagi pihak Khairy bagaimanapun memaklumkan pihaknya akan memfailkan notis rayuan berhubung keputusan itu Isnin depan.

Peguam J Leela, bertindak bagi pihak Anwar.Perbicaraan kes saman fitnah itu selesai selepas 12 saksi memberi keterangan bermula pada 19 September 2016.

Bagaimanapun, Khairy selepas itu menfailkan permohonan untuk meminda pernyataan pembelaannya.- CARI
15

Bagus
6

Marah
12

Terkejut
7

Sedih
19

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (68 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mizzmimi 29-9-2017 04:16 PM
Ni cash ke hutang?
Quote sofiazara 29-9-2017 04:18 PM
padan muka
Quote dodolgemok 29-9-2017 04:33 PM
Kahkahkah cash lah kan tall dark hensem!
Quote mahalnya 29-9-2017 04:42 PM
xpa tall dark encom ada duit ratus jota blh byr
Quote CARI-LTS 29-9-2017 05:50 PM
sumber : FMT



Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar diperintah membayar ganti rugi RM150,000 kepada bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana memfitnahnya dalam satu ceramah di Lembah Pantai pada 19 Februari, 2008.

Memetik laporan Malaysian Insight, kata-kata fitnah itu terkandung dalam klip video bertajuk "Anwar and kin no threat" dan disiarkan dalam laman web, termasuk Malaysiakini.com.


Namun, dalam pembelaannya, Khairy berkata Malaysiakini.com tidak melaporkan kenyataannya dengan tepat tetapi menteri belia dan sukan itu tidak membuat sebarang pembetulan kerana sibuk.


Akan tetapi, Hakim Mahkamah Tinggi, Azizul Azmi Adnan membuat keputusan itu selepas membenarkan saman fitnah yang difailkan ketua umum PKR itu dan menolak permohonan Khairy untuk meminda pernyataan pembelaannya.


Selain itu, Ketua Pemuda Umno itu juga diperintah membayar kos kepada Anwar sebanyak RM60,000.


Ketika membuat keputusan itu, Azizul berkata, ucapan fitnah diucapkan itu adalah serius dan membabitkan seorang ahli politik yang dikenali ramai.


"Kenyataan itu juga dibuat pada majlis umum dan diterbit serta tersebar kepada orang ramai," katanya.


Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang bertindak bagi pihak Khairy bagaimanapun memaklumkan pihaknya akan memfailkan notis rayuan berhubung keputusan itu Isnin depan.


Peguam J Leela, bertindak bagi pihak Anwar.Perbicaraan kes saman fitnah itu selesai selepas 12 saksi memberi keterangan bermula pada 19 September 2016.


Bagaimanapun, Khairy selepas itu menfailkan permohonan untuk meminda pernyataan pembelaannya.- CARI
Quote gede-bab 29-9-2017 06:00 PM
lain kali jangan berani 'main belakang' Kj..kalau anak jantan mailah  main 'depan'...
Quote PongKang 29-9-2017 06:32 PM
ka ching!! {:kill
Quote Orix 29-9-2017 06:41 PM
So adakah heols akan bayar guna duit heols sendiri atau .................. well u know
Quote de_ikea 29-9-2017 08:05 PM
Orix: So adakah heols akan bayar guna duit heols sendiri atau .................. well u know

Chuols tak tag iols ke. Hihihi.
Quote ice_sky92 29-9-2017 09:24 PM
Cash la. Allah maha adil....
Quote debab76 29-9-2017 09:33 PM
untung jadi anuar income byk masuk dr saman

p/s: KJ tetap di hati
Quote grouper 30-9-2017 12:56 AM
Kesian kj...ehh polo sukan sea aritu die mng ke x..klau mng dptle cover sikit2 duit saman ni...kesian die
Quote husie91 30-9-2017 07:20 AM
Alaaa saje je ni nk tunjuk konnonya telus. Setakat 200k apa la sgt bg kj. Celah gg je
Quote nisako 30-9-2017 10:59 AM
Sikit je pun.............
Quote cikmanggabatu 30-9-2017 12:11 PM



rasanya ds anwar dh juta2 dia collect dari hasil saman fitnah.
Quote Despacito 30-9-2017 08:54 PM
Bayar jgn tak bayar
Quote Jeanspurple 30-9-2017 09:07 PM
Alasan sibuk uols...
Walaupun minat kj, iols padankan je muka dia kat sini. Tulah lain kali beretika la sikit bila berpolitik.
Quote Joannalee 1-10-2017 01:16 AM
Xpe kJ byk rm... or blh minta wan bro tlg top up
Quote insulin 1-10-2017 01:21 AM
Alaaa... 150k tu umpama RM150 je bagi KJ ni....

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:23 AM GMT+8 , Processed in 0.049024 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top