CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua Anggota TLDM Meninggal Dunia Ketika Latihan Fizikal

30-9-2017 04:11 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 37041| Komen: 383


sumber : internet


Dua anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dilaporkan meninggal dunia ketika menjalani latihan fizikal di Lumut semalam.

TLDM dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan hari ini melalui laman twitter rasmi menyatakan, dua anggotanya iaitu Laskar Kelas 1 Mohd. Baihaqy Nik Mat, 28 dan Laskar Kelas 1 Muhammad Lailatulman Mohd. Sukry, 26, disahkan meninggal dunia pada pukul 3.15 petang semalam.




Laporan Bernama yang memetik kenyataan TLDM berkata, kedua-dua anggota tersebut sebelum itu mengadu kepenatan lalu direhatkan serta dimasukkan ke dalam bilik tahanan Unit Sungai Wangi, Sitiawan di Perak.

“Mereka mengalami muntah, keletihan dan sesak nafas dan diberikan rawatan awal oleh petugas pusat tahanan sebelum disahkan meninggal dunia."

“Pemeriksaan awal oleh doktor bertugas tidak menemui sebarang kesan pukulan atau penderaan fizikal.” 

Sementara itu, kenyataan tersebut turut memaklumkan satu Lembaga Siasatan akan ditubuhkan bagi meneliti prosedur operasi standard (SOP) latihan fizikal dan memaklumkan punca sebenar kematian dua anggotanya itu yang masih dalam siasatan polis.

Selain itu, dinyatakan juga, TLDM akan memberi kerjasama sepenuhnya bagi membantu siasatan pihak polis. 

"Sekiranya terdapat pelanggaran terhadap SOP tersebut, TLDM tidak akan berkompromi atau melindungi individu yang melanggari prosedur semasa melaksanakan tugas.” - CARI




18

Bagus
35

Marah
23

Terkejut
24

Sedih
29

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (147 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote insulin 30-9-2017 01:00 PM
Takziah kepada keluarga mangsa.
Quote Pixie902 30-9-2017 01:28 PM
Ditempatkan di bilik tahanan?
Dah muntah2 dan sesak nafas tak dihantar cepat2 ke hospital ke?


Quote Orix 30-9-2017 01:28 PM
Fishy nya 2 org meninggal dlm masa yg sama tp tak de kecederaan
Quote Felycya 30-9-2017 01:37 PM
Innalillahi Wainna Ilaihirrajiun..

Takziah buat keluarga arwah..
Quote alieyrina 30-9-2017 01:40 PM
Muda lagi..kesian nya..mcm mana family nak terima nanti..
Quote Decaffeinated 30-9-2017 01:41 PM
bilik tahanan, muntah2, dua orang sekali gus....?

banyak leads.....

Quote tanakkampung1x 30-9-2017 01:48 PM
'Berdasarkan kenyataan itu, kedua-dua mereka menjalani latihan fizikal mengikut prosedur'.

'Punca sebenar kematian masih dalam siasatan polis. TLDM akan memberi kerjasama penuh dalam siasatan.'


Belum ada siasatan lagi dah kata 'mengikut prosedur''
Quote Felycya 30-9-2017 01:49 PM
KUALA LUMPUR: "Saya nak lihat sendiri arwah suami, nak baca laporan bedah siasat. Saya inginkan kepastian punca sebenar kematiannya," kata Bazlin Mohammad, 28.

Isteri Allahyarham Laskar Kelas I, Mohd Baihaqy Nik Mat, 28, anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang dilapor meninggal dunia selepas menjalani latihan fizikal di Lumut petang semalam, berkata laporan bedah siasat dijangka diperoleh jam 3 petang ini.

Jururawat berkenaan berkata, arwah seorang yang sihat dan tidak menghidapi apa-apa penyakit.


  
"Sebagai jururawat, saya tahu keadaan kesihatan manusia. Maklumat awal mengenai kematian suami, saya tidak boleh saya terima setakat ini," katanya ketika dihubungi BH, sebentar tadi.

Sambil menegaskan tidak berpuas hati dengan laporan awal kematian suaminya, Bazlin berkata, beliau melihat penjelasan itu tidak jelas dan meragukan.

"Ketika pegawai di tempat arwah bekerja memaklumkan suami meninggal dunia ketika dalam tahanan, saya tidak percaya dia boleh mati begitu sahaja.

"Takkanlah suami dan rakannya yang turut dikenakan tindakan tahanan, boleh muntah dan sesak nafas bersama-sama," katanya yang kini berada di Hospital Ipoh menunggu jenazah suaminya.

Bazlin berkata, kali terakhir dia berhubung dengan suaminya pada Rabu lalu.

"Suami memaklumkan, dia dikenakan tindakan tahanan selepas melanggar peraturan ketika berada di sana, beberapa kali lewat ke tempat kerja. Kali terakhir dia lewat pada Isnin lalu.

"Dia juga sempat berpesan kepada saya pada malam Ahad untuk mengejutkannya pagi Isnin itu, namun dia terlewat bangun dan masuk kerja lewat.

"Ketika menghubungi saya, dia berpesan supaya saya tidak risau kerana tindakan tahanan adalah perkara biasa," katanya.

Mohd Baihaqy dan Laskar Kelas I Muhammad Lailatulman Mohd Sukri, 26, dilaporkan meninggal dunia di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, Sitiawan, Perak ketika menjalani latihan fizikal di kem berkenaan.

TLDM menubuhkan lembaga siasatan bagi meneliti prosedur operasi standard (SOP) latihan fizikal dan memaklumkan punca sebenar kematian dua anggotanya itu masih dalam siasatan polis.

Kenyataan itu turut memaklumkan hasil siasatan awal mendapati dua anggota terbabit mengadu penat dan direhatkan sebelum muntah dan sesak nafas dan diberi rawatan awal oleh petugas pusat tahanan.

Ia juga memaklumkan, mereka disahkan meninggal dunia oleh petugas paramedik yang tiba pada jam 3.15 petang dan hasil pemeriksaan awal doktor tidak menunjukkan sebarang kesan pukulan atau penderaan fizikal. BH online
Quote CardiGans85 30-9-2017 01:57 PM
Pelik n fishy
Quote xy_daen 30-9-2017 01:59 PM
Cover up. Ada la tu yg tak ikut prosedur...
Quote Amina_Mirza 30-9-2017 02:01 PM
Innalillah. Jangan ada foul play dah ler
Quote R2D2 30-9-2017 02:03 PM
TLDM tubuh Lembaga Siasatan siasat kematian dua anggotanya

KUALA LUMPUR 30 Sept. - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menubuhkan Lembaga Siasatan bagi menyiasat kematian dua anggotanya, Laskar Kelas 1 Mohd Baihaqy Nik Mat, 28, dan Laskar Kelas 1 Muhammad Lailatulman Mohd. Sukri, 26, yang dilaporkan meninggal dunia di Bilik Tahanan Unit Sg. Wangi, Sitiawan petang semalam.

Menurut kenyataan TLDM, Lembaga Siasatan itu akan meneliti prosedur operasi standard (SOP) sedia ada dan jika ada pelanggaran terhadap SOP tersebut pihak TLDM tidak akan berkompromi atau melindungi mana-mana yang melanggar prosedur semasa menjalankan tugas.

“Punca sebenar kematian masih dalam siasatan polis dan TLDM akan membantu dengan memberi kerjasama sepenuhnya,” kata kenyataan itu hari ini.

TLDM dalam kenyataan semalam memaklumkan dua anggotanya meninggal dunia ketika menjalani latihan fizikal di Lumut.

Kedua-duanya disahkan meninggal dunia ketika pukul 3.15 petang semalam. -


Quote pooh~key 30-9-2017 02:05 PM
Racun diletakkan kat dalam makanan mereka ke sister oiii???
Quote mawar_pink 30-9-2017 02:21 PM
2 org meninggal pd ms yg sama...mcm ada yg xkena je..ada sesuatu yg nak disorok?aku dah xblh nk berbaik sangka dah dgn askar ni pas kes arwah farhan
Quote noradaniez 30-9-2017 02:30 PM
Bau ikan sangat ni....
Quote kuzaime 30-9-2017 02:59 PM
Innalillahiwainnalillahiroji'un .. Salam takziah buat keluarga. Harap2 siasatan tu nnti telus lah hendaknya..
Quote zackry14 30-9-2017 03:08 PM
Takziah. Jgn jd mcm kes arwah paan
Quote simatakucing 30-9-2017 03:15 PM
Apekebenda nih,buat sakit hati jelah bace brite cmni
Quote abil_tetra 30-9-2017 03:19 PM
erm 2 sekali...pastu awal2 claim kata ikut prosedur

setuju bini dia cek betul2

sblm kes farhan, lama dulu ada lg kes fishy...yg kata bunuh diri tp lutut elok cecah lantai
tgk gmbr dlm forum ni la jugak,ntah apa kesudahan kes pun xtau...

Lihat semua komen(383)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:25 PM GMT+8 , Processed in 0.150354 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top