"Tindakan menggantung kain rentang tertera “Hak milik Bumiputera” dan “Ruang Muslimah disediakan” tidak membawa sebarang maksud perkauman mahupun agama." Demikian penjelasan pengendali sebuah salun di Negeri Sembilan yang dipetik daripada akhbar China Press berhubung kain rentang berkenaan digantung sejak cawangan di Seremban 2 itu memulakan operasi pada Februari 2012. Memetik laporan Astro Awani, selain kesal dengan tuduhan yang tidak berasas daripada masyarakat, Ketua Pegawai Operasi rangkaian salun itu, Khairul berkata dia hairan kenapa ia dijadikan isu selepas 5 tahun kain rentang itu digantung di depan salun berkenaan. “Di bawah bumbung 1Malaysia, kami berniaga tanpa sebarang idea istimewa, ini ialah tindakan ahli politik mensensasikan berita. Biarlah mereka, saya malas nak layan.”
Beliau menjelaskan perkataan “hak milik Bumiputera” bermakna bos rangkaian salun itu seorang Bumiputera dan tidak mempunyai rakan kongsi kaum lain, manakala tujuan lain ialah untuk mengubah tanggapan stereotaip orang ramai terhadap salun dan kedai gunting rambut lelaki. “Kebanyakan orang akan fikir salun ialah perniagaan orang Cina, manakala kedai gunting rambut lelaki pula kebanyakan dikendalikan orang India yang menawarkan perkhidmatan menggunting dan mencuci rambut lelaki atau mencukur misai dan janggut.” Baru-baru ini, pemilik sebuah kedai dobi layan diri di Muar, Elit Laundry memohon maaf dan menurunkan papan tanda “mesra Muslim” selepas diarahkan berbuat demikian oleh Sultan Johor. - CARI |
6
Bagus |
9
Marah |
6
Terkejut |
8
Sedih |
7
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Nenasketum replied at 1-10-2017 09:17 PM
Franchise salon bangsa Cina pun dari dulu ada sediakan bilik untuk yang bertudung. Sekaranh pulak ya ...
ADVERTISEMENT