Baru sahaja dikecam gara-gara memuat naik gambar dengan menunjukkan isyarat lucah, kali ini Aeril Zafrel mengamuk pula sebab tertipu dengan seorang Dato.
Pelakon itu bersama isterinya, Wawa Zainal telah membuat laporan polis selepas ditipu sebanyak RM100,000 sejak Mac tahun lalu. Ahli perniagaan tersebut dikenali sebagai Dato Ahmad Shazali Bin Zahidi yang mengusahakan perniagaan wangian jenama Hot Perfume. Lagi mengecewakan bila usaha untuk menjejaki Dato terbabit menemui jalan buntu. "Saya percayakannya kerana dia pernah menghasilkan minyak wangi untuk beberapa selebriti lain. Dia memberitahu jika ingin menghasilkan minyak wangi, saya perlu membayar wang pendahuluan.
"Selepas menyerahkan wang, dia berjanji produk akan dikeluarkan dalam tempoh tiga bulan. Malangnya sehingga sekarang dia terus senyap," katanya kepada Harian Metro. Menurutnya lagi selepas beberapa bulan didesak, Dato terbabit bersetuju untuk memulangkan semula wang namun cek yang diberikan ditendang. "Saya ada menghubungi isteri dan anaknya, tetapi saya difahamkan mereka juga tidak dapat menghubunginya. Dari awal urusan perniagaan ini dilakukan, saya masih menyimpan segala bukti perbualan kami. "Jadi selepas 19 bulan, saya tidak boleh berdiam diri lagi. Saya membuat laporan ini bagi menuntut hak saya semula. Saya berharap dia atau wakil keluarganya datang berjumpa saya bagi menyelesaikan perkara ini. Saya juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya tidak ada sebarang maklum balas," ujarnya. Kasihan betul bila kena tipu sebegini. Harap dapat cari jalan penyelesaian terbaik tak lama lagi. -CARI
|
6
Bagus |
7
Marah |
6
Terkejut |
7
Sedih |
6
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ruby76 replied at 2-10-2017 01:14 PM
Kesiannya. Siapa lah dato tu...reveal je la namanya supaya org lain x terkena.
EvieWanKenobi replied at 2-10-2017 01:38 PM
memang tak boleh percayakan
sape2 dah sekarang terutama
membabitkan wang ringgit..
ADVERTISEMENT