Siapa sahaja yang tidak gemarkan teh ais? Rakyat Malaysia dengan teh tarik atau pun teh ais memang sukar dipisahkan. Namun, bila mendengarkan nama teh ais gajah, adakah anda masih teruja atau pun berasa keliru? Maklumlah jarang pula didengari nama seperti itu.
Kini menjadi viral satu sajian minuman di sebuah gerai tepi jalan Kuala Nerang, apabila teh ais gedabak atau pun dipanggil teh ais gajah diperkenalkan. Memetik laporan Harian Metro, penghasilan menu bersaiz gergasi itu telah membuatkan orang ramai tak melepaskan peluang untuk berkunjung ke gerai itu. Namun, sebenarnya menurut pemiliknya Nur Ayu Md Yusof, 25 minuman tersebut telah mula diusahakannya semenjak 5 tahun yang lalu.
“Sebenarnya, penghasilan teh ais ini biasa saja sama seperti teh ais yang dijual di gerai lain tetapi keistimewaannya adalah apabila ia disediakan dalam satu bungkusan yang besar seberat hampir tiga kilogram menyebabkan ia tular di media sosial. “Dengan kuantiti teh ais sebanyak ini, ia dijual dengan harga RM7 sebungkus serta mampu dikongsi seramai lapan orang. “Malah dengan isipadunya yang besar dan banyak itu menyebabkan ia digelar teh ais gajah,” katanya. Selain itu di sini juga terdapat minuman lain bersaiz besar seperti sirap ais, air jagung, milo ais dan sebagainya. Harga yang dijual untuk teh ais ini adalah RM7. Bagaimana, berbaloi kan? - CARI |
25
Bagus |
14
Marah |
25
Terkejut |
20
Sedih |
21
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
AyaqMeloSuam replied at 2-10-2017 06:38 PM
Wah... tokey gerai ayaq koala nerang... biru mata hitamku...{:question
ADVERTISEMENT